Showing posts with label infotips kurus langsing. Show all posts
Showing posts with label infotips kurus langsing. Show all posts

15/01/2025

Rahsia kurus dengan oren, betul ke boleh?

Siapa je tak nak kurus dengan cara yang mudah, kan? Bila sebut pasal oren, mesti terus terbayang buah yang juicy, manis-manis masam tu. Tapi, betul ke oren ni boleh bantu kita kurus? Jawapannya, ya, memang boleh! Jom kita sembang pasal macam mana buah oren ni boleh jadi kawan baik untuk perjalanan kuruskan badan korang.

Oren ni power sebab dia rendah kalori tapi tinggi nutrisi. Bayangkan, satu biji oren saiz sederhana cuma ada lebih kurang 60-70 kalori je. Tapi yang bestnya, dalam satu biji oren, korang boleh dapat banyak vitamin C, serat dan air. 

Rahsia kurus dengan oren, betul ke boleh?

Serat ni lah hero utama bila nak kurus. Dia buat perut rasa kenyang lebih lama, so takde la korang asyik nak mengunyah je sepanjang hari. Lagi satu, serat bagus untuk penghadaman, jadi tak adalah masalah ‘sembelit’ yang kadang-kadang jadi halangan bila nak kurus.

Selain tu, oren ni kaya dengan air. Bila badan cukup air, metabolisma pun jadi lebih efisien. Kiranya, badan korang boleh bakar lemak dengan lebih berkesan. Kalau korang jenis susah nak minum air kosong, jus oren boleh jadi pilihan. Tapi, kena ingat, pilih jus yang tak ada gula tambahan tau!

Nak lagi tips? Cuba makan oren sebelum makan besar. Sebab apa? Oren ni boleh kurangkan selera makan. Bila perut dah rasa penuh sikit, korang automatik akan makan lebih sikit masa hidangan utama. Ni tips yang ramai tak tahu tapi sangat membantu untuk kawal portion makan.

Lagi satu, oren ni senang nak bawa ke mana-mana. Masuk je dalam beg, tak perlu risau tumpah ke apa. Kalau lapar masa tengah drive ke, tengah lepak ke, terus boleh capai oren tu. Cepat, sihat, dan confirm kenyang!

Tapi, nak kurus dengan oren ni tak semestinya korang makan oren je hari-hari. Balance kan dengan makanan lain macam protein, sayur dan karbohidrat sihat. Dan paling penting, jangan lupa senaman. Oren ni cuma membantu, tapi effort korang yang menentukan kejayaan.

Jadi, macam mana? Lepas ni, kalau rasa nak snek yang sihat, try makan oren. Mana tahu, dengan konsisten, badan pun makin slim. Nak sihat dan kurus tak susah kalau korang tahu cara. Selamat mencuba!

25/10/2024

Kenapa diet ekstrem bukan jawapan kepada nak kurus cepat?

Pernah tak korang rasa macam nak try diet ala-ala ‘ekspres’ untuk capai berat badan yang korang impinkan? Bayangkan macam ni, korang nekad potong kalori, buang semua makanan kegemaran dan hasilnya, wow, turun berat! But, wait the minute! Hasilnya kadang-kadang tak macam yang kita sangka.

Pertama sekali, bila kita kurangkan makanan mendadak, badan kita jadi blur. Awal-awal, iyelah memang terasa ringan dan lebih slim. Tapi lama-lama, korang mungkin mula rasa tak bermaya, mudah mengamuk dan yang paling kronik, bila nampak sepotong kek pun dah rasa macam "ni rezeki terakhir aku, biar aku kunyah slow-slow!" Haha.

Selain jadi tak selera dan serba tak kena, diet macam ni juga buat badan kita kekurangan nutrisi. Rambut rapuh, kulit kusam, sistem imun merajuk. Semua ni tanda-tanda badan kita ‘mogok’ sebab tak cukup makan. Paling sadis, berat yang hilang cepat ni mungkin kembali, siap ada bonus lagi! Huhu  Fenomena ni orang panggil "yo-yo dieting". Sekali naik, sekali turun, berulang-ulanglah macam yoyolah.

Kenapa diet ekstrem bukan jawapan kepada nak kurus cepat?

Dan jangan lupa kesan psikologi jugak. Bila kita larang diri dari makan makanan favorite kita, minda kita pun ‘terusik’. Kadang-kadang, kita jadi terlalu stress dan rasa bersalah nak makan. Tak seronok kan kalau hidup cam gini? Lebih baik makan sepotong pizza sesekali, hirup aiskrim sambil senyum dan ingat, hidup terlalu singkat untuk diet menyeksakan! Bukan korang nak makan berpinggan pinggan pizza tu. Betul tak?

Jadi, daripada pilih jalan singkat yang menyakitkan, apa kata kita nikmati ‘journey’ ni? Makan makanan yang berkhasiat, bersenam ikut keselesaan dan bagi masa badan korang untuk sesuaikan 'diri'. Percayalah, hasilnya akan lebih kekal, korang pun akan rasa lebih gembira, bukan setakat kurus tapi bahagia.

So, diet secara drastik tu mungkin nampak ‘glamour’ di permukaan, tapi ia macam 'perangkap' jangka panjang. Kita boleh kuruskan badan, tapi jangan sampai ‘kurus’ jiwa. Kesihatan ni aset tak ternilai, jadi jagalah ia dengan cara yang bijak dan santai. Gitu!.

30/09/2024

Tips mudah langsing tanpa diet dan ubat.

Dengan tip ini, korang bukan sahaja akan lebih langsing tapi juga lebih bahagia. Selamat mencuba dan jangan lupa untuk senyum! Jom check!

Tips mudah langsing tanpa diet dan ubat.

1. Minum air kosong: Berita baik! Korang tak perlu nak bersusah payah untuk kurus. Cuma minum air kosong dengan banyak. Tahu tak? Setiap kali minum air, badan akan membakar kalori. Dan tiada kalori dalam air kecuali jika korang memasukkan gula, susu atau coklat ke dalamnya!

2. Makan slow slow: Nikmati setiap suapan seperti korang sedang makan di restoran lima bintang. Jangan biarkan makanan korang menjadi “makanan cepat saji” dalam mulut anda. Biar makanan ini meresap ke dalam jiwa sebelum meresap ke dalam perut! Gitu, haha.

3. Kunyah makanan dengan  baik: Mengunyah lebih banyak membantu sistem pencernaan korang. Dan kalau korang kunyah terlalu banyak, korang mungkin akan terlupa korang sebenarnya nak makan lagi.

4. Tambah sayur: Sayuran adalah kawan baik korang. Mereka memberi tenaga, bukan kalori. Bayangkan sayuran sebagai superhero yang menyelamatkan korang daripada kalori jahat.

5. Makan dalam pinggan kecil:  Bila pinggan kecil, saiz hidangan akan kelihatan besar. Korang akan makan dengan penuh kepercayaan walaupun sebenarnya kuantitinya hanya secubit!

6. Pilih kudapan sihat: Jangan biarkan kudapan korang menjadi “pencuri kalori”. Pilih buah-buahan atau kacang sebagai teman kudapan. Sihat dan sedap, seolah-olah buah itu tahu rahsia langsing.

7. Aktiviti fizikal: Berjalan kaki adalah cara paling natural dan mudah untuk membakar kalori. 

8. Tidur cukup: Tidur bukan sahaja baik untuk otak, tapi juga untuk berat badan. Kalau korang tidur lebih, korang tak akan menginginkan makanan tengah malam. Lagipun, siapa yang memerlukan makanan tengah malam bila mereka boleh tidur?

9. Elak makanan manis: Gula mungkin rasa manis, tetapi ia hanya sekadar “musuh dalam selimut”. Kurangkan pengambilan gula dan korang mungkin akan mendapat lebih banyak tenaga dan kurang nafsu makan.

10. Jangan skip sarapan: Ambillah sarapan, melainkan korang mahu mula hari dengan perut yang marah dan mood yang lebih teruk daripada hujan di hari minggu!

11. Makan buah sebagai pencuci mulut: Buah adalah pencuci mulut yang mesra berat badan. Jika korang mahukan pencuci mulut yang tak memberi korang rasa bersalah, buah adalah pilihan yang sangat baik.

12. Minum teh hijau: Teh hijau bukan sahaja sedap, tapi juga membantu mempercepatkan metabolisme. Ia juga memberi korang alasan untuk menjauhkan diri daripada kafein!

13. Pilih makanan yang di grill: Makanan yang dipanggang adalah pilihan yang lebih sihat daripada makanan yang digoreng. Lagi pula, siapa yang mahu peluh berlebihan daripada menggoreng makanan? Kan?

14. Kawal portion hidangan: Mengawal portion hidangan adalah kunci. Bayangkan korang seorang chef di restoran mewah yang hanya menyediakan bahagian yang sepadan dengan saiz pinggan korang.

15. Jangan makan sebelum tidur: Cuba elakkan makan sebelum tidur. Kalau tak, korang mungkin akan bangun dengan “hadiah” tambahan di pinggang keesokan harinya.

16. Senyum selalu: Senyuman bukan sahaja meningkatkan mood, tapi juga menjadikan hidup lebih ceria. 

Moga bermanfaat. 

25/09/2024

10 tips paling mudah untuk tubuh kekal langsing dan sihat.

Dengan sedikit disiplin dan tips mudah ini, korang boleh kekalkan badan yang langsing dan sihat tanpa rasa terseksa. Dan kalau ada hari-hari malas, tak apa senyum dan cuba lagi esok! Jom kita baca apakah tips itu. 

10 tips paling mudah untuk tubuh kekal langsing dan sihat.

Minum air, tapi bukan air manis. 

Air kosong tu kan murah! Kalau rasa air kosong tak cukup 'thrill', bayangkan ia air magic yang buatkan korang jadi lebih cantik. Serius, air putih ni kunci segala kebaikan.

Jangan lupa sarapan.

Kalau korang anggap sarapan tak penting, itu salah ye. Cuba korang bayangkan kereta tanpa minyak. Mana nak jalan kan? Camtu jugak dengan sarapan. Ambil sarapan yang sihat supaya perut tak buat konsert rock belum tiba lunch hour lagi, haha.

Makan secara perlahan.

Makan tu macam bercinta, kena pelan-pelan nikmati. Kalau makan laju sangat, bukan sahaja tak sempat nak rasa makanan, perut pun tak sempat nak bagi isyarat “stop!”. Kekenyangan terlampau tu memang bahaya!

Banyakkan ambil serat.

Serat ni macam 'teman tapi mesra' yang senyap-senyap jaga perut kita. Makan lebih buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh untuk kenyang lebih lama dan sistem penghadaman yang lancar. Nak glamor pun kena sihat dalam-dalam, kan?

Elakkan makan lewat malam.

Kalau lepas jam 10 malam, lapar melampau, anggap je dapur tu tutup. Cari je drama Korea atau filem seram untuk hilangkan fokus dari perut yang berbunyi. Makan malam awal-awal, baru boleh tidur dengan nyenyak! Kalau lapar sangat, ambil snack untuk mengatasi mengurangkan rasa lapar tu. 

Senam, jangan malas.

Kalau rasa jogging itu bosan, cuba senaman yang tak nampak macam senaman. Zumba ke atau menari sebab apa yang penting berpeluh. Ingat, badan aktif plus badan sihat. Jangan lupa fefeling sambil buat squat!

Tidur yang cukup dan berkualiti. 

Jangan ingat berjaga malam tu 'cool'. Badan kita ni macam handphone, kalau tak charge penuh, mula la nak 'hang'. Tidur awal, bangun segar bugar!

Kurangkan gula.

Gula tu memang manis, tapi kesannya nanti tak seindah rasa. Nak awet muda dan langsing? Kurangkan gula dalam diet. Senyum manis tu dah cukup buat orang cair, tak payah tambah gula lagi!

Makan dalam kuantiti kecil, tapi kerap.

Kalau asyik lapar, cuba makan dengan lebih kerap tapi dalam kuantiti kecil. Anggap macam snack untuk badan, tapi bukan snack jajan ya! Pilih yang sihat, contoh almond, yogurt rendah lemak atau buah-buahan.

Kawal stres.

Stres boleh buatkan kita makan macam ada pesta. Jadi, cuba kawal stres dengan hobi atau sekadar duduk tenang sambil hirup teh herba. Bak kata orang, jangan bawa masalah dunia masuk dalam perut!

Moga bermanfaat. 

23/09/2024

Kurus dengan yogurt: Rahsia slim tanpa tahan lapar.

Yogurt, si comel dalam peti sejuk yang selalu kita pandang sebelah mata. Tapi, tahukah korang yogurt ni boleh jadi kawan baik korang dalam misi nak kurus? Nak kurus tapi malas nak tahan lapar? Mari kita bongkar rahsia yogurt!

Kurus dengan yogurt: Rahsia slim tanpa tahan lapar.

Sarapan ala-ala model.

Pernah tak terfikir nak mulakan hari dengan sarapan ala model Victoria's Secret? Mudah je, ambillah semangkuk yogurt dan campurkan dengan buah-buahan kegemaran korang. Bukan sahaja sedap, tapi perut pun kenyang lama. Lagi best, yogurt rendah kalori, jadi tak payah risau kalau  termakan banyak. Haha.

Snack 'cun' tengah hari.

Daripada asyik kunyah kerepek atau coklat, cuba tukar kepada yogurt. Serius, bila kawan korang nampak, mesti dorang akan tertanya-tanya apa rahsia kulit glowing korang! Nak lebih 'fefeling' sihat? Tambah sedikit granola atau kacang badam. Konon-konon makan tengah hari, padahal tengah diet. Hihi.

Senjata rahsia waktu malam.

Yogurt juga bagus untuk dijadikan supper! Kalau perut dah mula berbunyi sebelum tidur, ambil sedikit yogurt sebagai kudapan. Kurang kalori, tapi tetap kenyang. Dah tak ada alasan nak melantak mi segera lagi!

Probiotik, penghadam setia.

Yogurt kaya dengan probiotik yang membantu penghadaman. Kalau nak kurus, sistem penghadaman kena tip top! Lagipun, bila perut tak 'bergas', badan rasa lebih ringan dan selesa. Ini memang pakej kombo yang kita semua mahukan. Yes!

Mitos vs realiti.

Ramai orang fikir yogurt ni untuk orang yang ‘jaga badan’ je, tapi sebenarnya yogurt sesuai untuk semua. Nak kulit cantik? Nak perut tak buncit? Nak badan kurus? Semua ada dalam satu bekas yogurt je!

So, nak kurus dengan yogurt? Mudah je! Jadikan yogurt kawan baik anda dalam setiap hidangan. Bukan saja badan boleh slim, tapi kulit pun makin glowing. Lagipun, bila orang tanya rahsia kurus, boleh la jawab dengan penuh gaya: "Oh, I just live on yogurt, darling!"  Hihi.

18/09/2024

10 hobi terbaik untuk bakar kalori dan tampil langsing.

Menjaga tubuh supaya langsing dan sihat tak semestinya memerlukan sesi latihan yang membosankan. Korang boleh membakar kalori sambil menikmati aktiviti yang disukai. Berikut adalah 10 hobi terbaik yang bukan sahaja menyeronokkan tapi juga efektif untuk membakar kalori. Jom baca.

10 hobi terbaik untuk bakar kalori dan tampil langsing.

1. Berkayak.

Aktiviti ini melibatkan penggunaan seluruh otot badan, terutamanya bahagian atas badan dan core. Ia membantu membakar kalori dengan cepat dan juga merupakan cara yang baik untuk menikmati alam semula jadi.

2. Menari.
  
Sama ada korang menyertai kelas tarian atau menari di rumah, tarian adalah cara yang menyeronokkan untuk meningkatkan kadar degupan jantung dan membakar kalori.

3. Berlari.
  
Berlari adalah salah satu bentuk latihan kardio yang paling berkesan. Korang boleh berlari di luar atau menggunakan treadmill di rumah, dan ia membantu membakar kalori serta meningkatkan kecergasan kardiovaskular.

4. Berkebun.
  
Aktiviti berkebun seperti menggali tanah, menanam dan menyiram tanaman memerlukan usaha fizikal dan boleh membakar kalori sambil anda menikmati waktu di luar rumah.

5. Berbasikal.

Berbasikal adalah cara yang baik untuk bersenam sambil menjelajah kawasan baru. Ia melibatkan banyak otot kaki dan boleh membakar kalori dengan efektif.

6. Memanjat gunung (hiking).
  
Aktiviti ini memerlukan kekuatan dan daya tahan yang tinggi serta memanfaatkan banyak otot tubuh. Ia juga menawarkan pemandangan yang menakjubkan dan cabaran yang memuaskan.

7. Berenang.

Berenang adalah latihan yang sangat baik untuk seluruh tubuh. Ia memberikan latihan yang rendah impak tetapi berkesan dalam membakar kalori dan meningkatkan kekuatan otot.

8. Bersukan.

Sukan seperti bola sepak, bola keranjang atau badminton memerlukan pergerakan pantas dan usaha yang tinggi, menjadikannya cara yang hebat untuk membakar kalori sambil bersosial.

9. Yoga atau pilates. 

Walaupun tak membakar kalori sebanyak aktiviti kardio, yoga dan pilates membantu meningkatkan kekuatan dan flexsible serta membakar kalori melalui pergerakan tubuh yang berterusan.

10. Melakukan Projek DIY.
  
 Aktiviti seperti membina perabot, mengecat atau melakukan kerja-kerja rumah lain boleh memerlukan banyak pergerakan dan usaha fizikal, yang membantu membakar kalori dengan cara yang menyeronokkan.

Dengan memilih hobi yang korang minati, korang bukan saja boleh membakar kalori tapi juga menikmati masa lapang korang dengan cara yang produktif dan menyeronokkan. 

17/09/2024

Langsingkan tubuh dengan kekacang: Rahsia kurus tanpa rasa bersalah.

Nak kurus tapi tak sanggup tinggalkan snek? Jangan risau, kekacang ada untuk selamatkan hari korang! Betul, kacang yang crunchy dan sedap tu bukan sekadar makanan ringan, tapi juga boleh jadi senjata rahsia untuk dapatkan tubuh yang langsing. Macam mana tu? Jom baca.

Langsingkan tubuh dengan kekacang: Rahsia kurus tanpa rasa bersalah.
Langsingkan tubuh dengan kekacang: Rahsia kurus tanpa rasa bersalah. Image kredit to Google.

1. Kacang sebagai senjata rahsia.

Kacang almond, walnut atau pistachio, semuanya ada kuasa super. Mereka ni bukan sahaja sedap, tapi juga penuh dengan protein, serat dan lemak baik yang buat perut rasa kenyang lebih lama. Jadi, takdelah asyik nak buka peti sejuk setiap 5 minit.

2. Mengunyah dengan gaya.

Cuba bayangkan ni, setiap kali korang makan kacang, korang sebenarnya sedang bersenam kecil. Ya, mengunyah tu kerja keras juga, tau! Ia bantu melatih rahang dan secara tak langsung, tolong jaga bentuk muka yang menawan.

3. Kacang vs. nasi lemak.

Korang nak tahu rahsia terbesar? Sepinggan nasi lemak mungkin boleh buat korang gembira kejap, tapi segenggam kacang almond boleh buat perut korang puas lebih lama. Plus, kacang-kacang ni takkan menyebabkan seluar jeans korang makin ketat. Hihi.

4. Selitkan dalam hidangan.

Kacang ni serbaguna! Campurkan dalam salad, yogurt atau makan begitu saja. Dengan setiap gigitan, bayangkan lemak-lemak jahat sedang berlari meninggalkan tubuh korang. Bayangkan macam korang adalah hero dalam filem aksi, cuma musuhnya adalah lemak berlebihan. Haha.

5. Jangan keterlaluan.

Tapi ingat, walaupun kekacang ni baik, jangan makan sekampit sekaligus. Satu genggam kecil dah cukup. Lagipun, kita nak langsing, bukan nak jadi 'kacang' sendiri! 

Jadi, kalau korang rasa nak snek, pilihlah kekacang. Mereka ni bukan sahaja snek yang sihat, tapi juga boleh jadi 'BFF' baru dalam misi nak dapatkan tubuh impian. Siapa sangka, nak kurus pun boleh jadi seronok, kan?

15/09/2024

Nak kembali langsing selepas bersalin dengan kaedah santai tapi berkesan? Meh baca ni.

Selamat datang ke dunia ibu! Memiliki bayi adalah pengalaman yang luar biasa, tapi ramai ibu baru juga ingin kembali ke bentuk badan mereka selepas bersalin. Jangan risau, proses ini bukanlah sesuatu yang perlu dibuat dengan tekanan. 

Dengan beberapa tip yang santai tapi berkesan ini, ibu-ibu boleh mencapai matlamat tersebut dengan lebih mudah.

Nak kembali langsing selepas bersalin dengan kaedah santai tapi berkesan? Meh baca ni.

1. Bertenang dan bersabar.

Perkara pertama yang perlu diingat adalah bersabar. Badan kita telah melalui perubahan besar dan memerlukan masa untuk kembali ke bentuk asal. Jangan terlalu membebankan diri dengan harapan yang tidak realistik.

2. Mulakan dengan diet seimbang.
  
Makan makanan yang seimbang adalah kunci utama. Fokus kepada makanan kaya dengan serat, protein dan nutrien. Sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin penuh boleh membantu ibu rasa kenyang lebih lama dan memberikan tenaga yang diperlukan untuk penjagaan bayi.

3. Minum air secukupnya.

Kadang-kadang rasa lapar sebenarnya adalah rasa haus. Pastikan ibu minum cukup air sepanjang hari. Ini bukan sahaja membantu mengekalkan hidrasi tapi juga boleh membantu mengurangkan rasa lapar.

4. Aktiviti fizikal ringan.

Mulakan dengan aktiviti fizikal ringan seperti berjalan kaki. Aktiviti ini bukan hanya membantu membakar kalori api juga baik untuk kesihatan mental. Bersenam secara perlahan dan bertahap boleh bantu kembalikan kecergasan tanpa menambah stres.

5. Tidur yang cukup.
 
Tidur mungkin agak sukar untuk ibu baru, tapi ia sangat penting. Kurang tidur boleh mempengaruhi keseimbangan hormon yang mengawal rasa lapar dan kenyang. Cuba dapatkan waktu tidur yang berkualiti bila ada peluang.

6. Elakkan diet drastik.

Diet yang terlalu ketat boleh menyebabkan kekurangan nutrien dan mengganggu penyusuan susu ibu. Pilih pendekatan yang lebih sihat dan berterusan untuk mengelakkan kesan sampingan negatif.

7. Dapatkan sokongan.

Jangan ragu untuk meminta bantuan daripada keluarga atau rakan. Sokongan moral dan praktikal boleh membuatkan proses ini menjadi lebih mudah. Ibu juga boleh bergabung dengan kumpulan sokongan ibu yang lain untuk berkongsi pengalaman dan tips.

8. Jangan terlalu memaksa diri.

Ingatlah bahawa setiap badan adalah unik. Jangan terlalu memaksa diri untuk mencapai standard kecantikan tertentu. Fokus kepada kesihatan dan kesejahteraan adalah yang paling utama.

Dengan tip-tip ini, ibu boleh memulakan perjalanan untuk kembali langsing selepas bersalin dengan cara yang lebih tenang dan berkesan. Yang penting, nikmati setiap momen dengan bayi dan hargai diri kita!

Moga bermanfaat. 

12/09/2024

Langsing dengan air detox: Resipi untuk tubuh ideal.

Hidup sihat dan langsing tak perlu memeningkan kepala. Salah satu cara mudah yang semakin popular adalah melalui air detox. Ya, air detox! Korang tak perlu jadi ahli nutrisi untuk mencuba cara ini. Jom kita lihat bagaimana air detox boleh membantu korang mendapatkan bentuk badan idaman.

Apa itu air detox?

Air detox ialah air yang direndam dengan bahan-bahan semula jadi seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan herba. Ia bukan sahaja menambah rasa pada air biasa, tapi juga memberikan pelbagai manfaat kesihatan. Dengan menambah bahan-bahan ini, korang juga boleh memanipulasi rasa dan khasiat air tersebut.

Manfaat air detox.

1. Membantu detoksifikasi: Air detox membantu tubuh mengeluarkan toksin yang tak diperlukan. Dengan cara ini, organ-organ utama korang berfungsi dengan lebih baik dan korang merasa lebih segar dan ringan.

2. Meningkatkan metabolisme: Kandungan buah-buahan dan herba dalam air detox boleh merangsang metabolisme, membantu korang membakar kalori lebih cepat. Walaupun air detox bukanlah magik, ia boleh memberikan dorongan tambahan dalam usaha menurunkan berat badan.

3. Menjaga hidrasi: Kunci utama untuk tubuh yang sihat dan langsing adalah hidrasi. Air detox memberi rasa yang lebih menarik daripada air kosong, jadi korang lebih cenderung untuk minum lebih banyak air.

4. Mengurangkan selera makan: Kadang-kadang, korang rasa lapar padahal sebenarnya badan korang hanya perlukan lebih air. Air detox yang segar dan berperisa boleh membantu mengurangkan rasa lapar dan mencegah makan berlebihan. 

Langsing dengan air detox: Resipi untuk tubuh ideal.
Langsing dengan air detox: Resipi untuk tubuh ideal. Kredit image to detoxwater.com

Resipi air detox mudah.

1. Lemon dan timun.

   - 1 biji lemon, dihiris.
   - 1/2 biji timun, dihiris.
   - Beberapa helai daun pudina.
   - Air.

Cara : Gabungkan semua bahan dalam jug dan biarkan selama beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum diminum. Kombinasi ini membantu menyahtoksin dan menyegarkan kulit.

2. Berry blast.

   - 1/2 cawan strawberi, dihiris.
   - 1/2 cawan blueberry.
   - 1/2 cawan raspberi.
   - Air.

Cara : Campurkan buah-buahan dalam jug dan tambahkan air. Biarkan sejuk selama beberapa jam. Berry penuh dengan antioksidan dan vitamin C, ideal untuk kesihatan kulit dan sistem imun.

Tips menyediakan air detox.

- Gunakan air sejuk:  Air detox lebih sedap apabila sejuk. Jangan lupa simpan dalam peti sejuk.

- Gunakan buah-buahan segar: Buah-buahan segar memberikan rasa yang lebih baik dan khasiat yang lebih tinggi.

- Bersabar: Biarkan air detox sejuk sekurang-kurangnya 2-4 jam untuk mendapatkan manfaat maksimum dari bahan-bahan yang direndam.

Jadi, jika korang mahu langsing dan fresh tanpa rasa tertekan, mulakan hari korang dengan air detox yang penuh khasiat ini. Selain menjadikan hidrasi lebih menyeronokkan, korang juga membantu tubuh korang berfungsi dengan lebih baik. Selamat mencuba dan selamat berdetox!

11/09/2024

Tip kurus: Macam mana nak tukar tabiat makan dengan senyuman.

Mengurangkan berat badan bukanlah satu misi mustahil, tapi ia memang memerlukan sedikit kesungguhan. Bagi yang nak kurus, menukar tabiat makan adalah kunci utama. Tapi macam mana nak buat perubahan tanpa rasa macam hidup kita tiba-tiba jadi macam program diet ketenteraan? Hahaha. 

Jom kita tengok beberapa tip yang boleh buatkan perjalanan kurus ini lebih seronok.

1. Kurangkan makan, tapi jangan kurangkan gelak.

Siapa kata kuruskan badan kena serius sepanjang masa? Sebenarnya, ketawa adalah salah satu cara terbaik untuk bakar kalori (ya, serius ni!). Jadi, semasa korang cuba kurangkan makanan yang tak sihat, pastikan korang tambahkan dos ketawa. Tonton video kucing comel, baca meme lucu atau bergurau dengan kawan-kawan. Mungkin kalori yang terbakar tak banyak, tapi mood korang akan lebih baik dan itu penting!

2. Makan dengan perlahan.

Kalau sebelum ni korang selalu makan macam tengah berlumba dengan masa, pasni cuba ubah tabiat ini dengan makan perlahan-lahan. Kajian menunjukkan bahawa makan dengan perlahan boleh bantu korang rasa kenyang lebih cepat. Lagipun, makan perlahan ni macam kita bagi isyarat kat badan, "Hei, relaks lah sikit, nikmati makanan ni!" Siapa tahu, mungkin dengan cara ni, korang akan rasa macam tengah makan dalam restoran lima bintang.

3. Pilih snek sihat.

Tukar snek gula-gula dan kerepek dengan pilihan yang lebih sihat macam buah-buahan, kacang atau yogurt rendah lemak. Tapi hati-hati, snek sihat ni bukanlah magic potion yang akan buatkan korang terus kurus semalaman. Ia lebih kepada memastikan perut korang tak mengganas bila tiba waktu makan. Satu lagi tip, elakkan beli snek tak sihat bila perut tengah lapar. Beli masa kenyang, nanti tak terbeli dua bakul coklat! Haha.

4. Buat perjanjian dengan diri sendiri.

Buat perjanjian kecil dengan diri sendiri. Contohnya, “Saya takkan makan nasi lemak lebih dari sekali seminggu.” Jangan risau, 'jin makan' takkan datang kalau korang langgar perjanjian ini, tapi cubalah tepati. Lama-kelamaan, korang akan rasa bangga dengan diri sendiri sebab berjaya buat perubahan kecil yang berkesan.

5. Ukuran bukan hanya di timbangan.

Kadang-kadang, kita terlalu obses dengan angka di timbangan sampai terlupa nak rasa bangga dengan perubahan kecil lain. Contohnya, baju lama dah mula muat balik atau stamina makin bagus. Ingat, perjalanan kurus ini bukan maraton ke arah angka tertentu, tapi lebih kepada jadi versi diri yang lebih sihat.

Tip kurus: Macam mana nak tukar tabiat makan dengan senyuman.
Tip kurus: Macam mana nak tukar tabiat makan dengan senyuman. Kredit image to Google.

6. Berikan diri ganjaran, tapi bukan makanan.

Bila berjaya capai matlamat kecil, berikan diri korang ganjaran. Tapi, cuba elakkan ganjaran berbentuk makanan (kalau tak, nanti habis usaha). Sebaliknya, belilah baju baru, keluar tengok wayang atau manjakan diri dengan spa. Ini juga motivasi yang baik untuk teruskan usaha!

7. Minum air. Banyakkan, bukan sekadar basahkan bibir.

Air adalah kawan baik dalam misi kuruskan badan. Kadang-kadang, rasa lapar tu sebenarnya badan korang minta air. Jadi, sebelum pergi serbu peti ais, cuba minum segelas air dulu. Selain itu, minum air yang cukup juga buatkan kulit korang lebih cantik, haaa dah dapat bonus tambahan untuk perjalanan kurus ini!

8. Cari rakan seperjuangan supaya tak terasa seorang diri.

Kadang-kadang, susah nak tukar tabiat makan kalau kita buat seorang diri. Jadi, carilah rakan yang sama-sama nak kurus. Boleh saling bagi semangat, bertukar resepi sihat atau sesekali ingatkan satu sama lain supaya jangan terbabas!

9. Tidur cukup.

Tidur yang cukup penting untuk memastikan badan korang berfungsi dengan baik. Kurang tidur boleh ganggu hormon yang kawal selera makan dan ini boleh buat korang makan lebih banyak. Jadi, pastikan tidur korang cukup, mungkin dengan impian badan ideal sebagai bonus!

10. Ingat, perjalanan ini marathon, bukan sprinter.

Akhir sekali, ingat bahawa proses menukar tabiat makan dan kuruskan badan bukanlah sesuatu yang perlu dilakukan dalam sekelip mata. Ia adalah proses berterusan. Jadi, jangan terlalu keras pada diri sendiri kalau ada hari yang korang terbabas. Apa yang penting ialah korang teruskan usaha dan tak berhenti separuh jalan.

Selamat mencuba! 

20/09/2020

Air detoks boleh kuruskan badan? Ehh, mitos ke ni?

Air detoks boleh kuruskan badan? Ehh, iye ke atau mitos jer? Jawapannya tidak. Malah, air detoks dikatakan tak boleh menyahtoksinkan badan kita. Basically, air detoks adalah dari ramuan buah buahan yang dicampur dalam satu bekas. Dan, takde satu kajian pun yang mengesahkan air ini mampu mengurangkan berat badan.

So, detoksifikasi ada yang beranggapan ia adalah salah satu istilah yang mengelirukan sebab badan kita memang secara automatik telah menjalankan proses detoksifikasinya yang tersendiri. 

Air detoks boleh kuruskan badan? Ehh, mitos ke ni?
Air detoks boleh kuruskan badan? Ehh, mitos ke ni? Gambar kredit Google.

Contoh : 

1. Paru-paru, digunakan untuk menyingkirkan karbon dioksida di dalam badan

2. Buah pinggang, digunakan untuk menyingkirkan urea dan creatinine.

3. Hati, digunakan untuk menyingkirkan bahan yang berbahaya di dalam badan.

Malangnya, istilah detoksifikasi ini selalu disalahguna. Moga kita lebih bijak menilai sebelum mengamalkannya. 

Begitulah. 

Sumber : Detoks Diagnosa.

27/06/2020

Petua kurangkan buncit dan kempiskan perut.

Jom cuba petua mengurangkan dan mengempiskan perut yang mudah dan murah.

Petua kurangkan buncit dan kempiskan perut.
Petua kurangkan buncit dan kempiskan perut. Gambar kredit Google. 

Mengurangkan buncit.

  • Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, korang boleh cuba petua ini, iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah diperah jusnya. 
  • Kemudian, kapur dan limau tadi dicampur dan digaul rata. Amalkan menyapu campuran tersebut di sekeliling perut sebelum korang tidur. 
  • Biarkan ia kering sehingga keesokan harinya, sebelum dicuci bersih.

Mengempiskan perut.

  • Korang perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula setiap hari. 
  • Amalkan meminum air ini dan inshaAllah perut korang yang buncit itu akan menjadi kempis. 
  • Tapi petua ni disyorkan  ini mereka yang tak mengidap sebarang penyakit. 
  • Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut perut korang. 
  • Amalkan setiap malam. InshaAllah, perut korang akan kelihatan lebih menarik.

Selamat mencuba!

Info : Grup Telegram PetuadanKesihatan.

21/06/2020

Minuman ni boleh bantu menurunkan berat badan? Wahh, biar betul ni!

Rasanya mereka yang nak turunkan berat badan mesti tercari-cari cara atau petua yang senang nak. Kalau cikla, agak malas jugaklah kalau nak apply tip yang agak remeh, lagipun cikla ni kadang-kadang bukanlah penyabar orangnya, hahaha. 

So, meh cikla nak share 3 minuman mudah nak buat yang katanya boleh bantu turunkan berat badan. Haaa, nanti bolehlah korang cuba ye. 

Minum air limau nipis.

Minuman ni boleh bantu menurunkan berat badan? Wahh, biar betul ni!
Minuman ni boleh bantu menurunkan berat badan? Wahh, biar betul ni! Gambar kredit Google.

Kalau korang mengalami maasalah berat badan yang berlebihan, air limau nipis dikatakan dapat membantu menyelesaikan masalah korang itu. Caranya, sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi, kemudian perah jus limau tu dalam gelas berisi air sejuk. Nak rasa manis-manis sikit, letakkan madu sikit. Lepas tu, masukkan dalam peti sejuk. 

Amalkan meminum air ni setiap kali selepas korang makan tengahari dan makan malam. Kalau nak hasil terbaik, kenalah plus dengan senaman ringan. Konsisten amal meminum air ni selama sebulan, inshaAllah berat badan korang akan beransur turun. Cubalah! 

Minum teh cina.

Minuman ni boleh bantu menurunkan berat badan? Wahh, biar betul ni!
Minuman ni boleh bantu menurunkan berat badan? Wahh, biar betul ni! Gambar kredit Google. 

Kalau perut korang jenis tak tahan air yang terlalu masam, cuba try test cara ni pulak. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina, pastu rendam dalam air sebtelum diapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan 2 kali sehari, sebaiknya sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Minum air asam jawa.

Minuman ni boleh bantu menurunkan berat badan? Wahh, biar betul ni!
Minuman ni boleh bantu menurunkan berat badan? Wahh, biar betul ni! Gambar kredit Google. 

Kalau korang nak tau, air asam jawa dikatakan boleh bantu kurangkan kadar lemak dalam badan. Caranya, ambil sebuku asam jawa, lepas tu ramas dalam segelas air. Dah siap tu, masukkan dalam peti sejuk. Minum air ni selepas korang makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, korang akan dapati badan korang akan rasa fresh dan langsing. 

Selamat mencuba.

Kredit : Grup Telegram Petua dan Kesihatan. 

04/06/2020

Wow, jom praktik petua mudah ni untuk kuruskan badan.

Cikla percaya semua orang terutama yang perempuanlah sentiasa mahukan berat badan yang ideal dan kurus langsing. Betul? Tapi itulah. Kadang bukan senang nak dapatkannya kalau dah start berat badan tu naik, lagi lagi jenis yang berat dia cepat naik. Jenuh wehh, yang give up pun ada. 

Dah dah, jangan sedih sedih. Meh baca ni cikla nak share petua atau tip yang korang boleh cuba untuk turunkan berat badan. Apa yang penting istiqamah, displin dan semangat! 

Jangan berlapar.

Kita semua tau yang makanan bagi kita tenaga. Tapi, bila kita guna tenaga kurang dari apa yang kita ambil, badan kita akan terkejut. Badan akan mula bakar 'muscle'(otot) untuk gantikan makanan, dan ini akan menyebabkan kadar metabolisma badan jadi rendah.

So, bagi mereka yang tak tahan lapar, biasanya mereka akan makan lebih dari biasanya. Time ni jugak, walaupun kita ambil makanan seperti kebiasaanya, tapi metabolisme badan kita masih low. So, kalori yang terbakar bukan pada tahap yang sama.  

Minumlah air 8 gelas sehari.

Rupanya, air boleh kurangkan selera makan secara semulajadi, selain ia dikatakan membantu badan korang memetabolismekan lemak yang tersimpan dalam badan. Itu sebab, ada orang minum air sebelum mengambil makanan berat.

Elak mengambil minuman berkarbonat. 

Mesti ramai yang dah tau kot yang air gas atau berkarbonat biasanya tinggi gula, 7 hingga 8 sudu gula. So, dah sah sah dia tak bagus untuk kesihatan.

Kurangkan garam dan gula dalam menu harian.

Garam yang diambil secara berlebihan akan menggalakkan penangkungan air. Keadaan ni akan membuatkan badan korang menangkung sedikit air, maksudnya berat badan korang akan jadi kurang disebabkan air. Selain tu, kurangkan gula jugak. Kurangkan manis dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman.  

Wow, jom praktik petua mudah ni untuk kuruskan badan.
Wow, jom praktik petua mudah ni untuk kuruskan badan. Kredit Google. 

Mesti mengambil sarapan. Jangan skip!

Nak turunkan berat jangan skip sarapan. Sebab? Ada kajian cakap, meeka yang tak ambil sarapan lebih 'berisiko' untuk gemuk. Pasalnya, sarapan dikatakan boleh menstabilkan hormon dan paras gula dalam darah. So, kadar metabolisme juga akan meningkat untuk bakar kalori. 

Banyakkan buah dan sayuran dalam menu diet harian.

Buah dan sayur memang kaya dengan sumber vitamin, mineral dan serat termasuklah kandungan lemak yang rendah. 

Fokus diet untuk sihat, bukan semata-mata nak kurus je.

Tukar mindset korng, kalau sebelum ni korang nak diet untuk kurus, tapi lepas ni set nak diet untuk sihat. So, secara automatik korang akan pilih makanan atau menu yamg menyihatkan buka makanan yang semata-mata menguruskan tapi tak semestinya menguruskan. Faham tak tu? Hihi. 

Tukar cara masak, sama ada merebus atau grill makanan.

Kedua-dua cara ni adalah cara paling bagus untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan. Kalau sayur pulak, elok korang tumis dengan menggunakan minyak yang sedikit. 

Wow, jom praktik petua mudah ni untuk kuruskan badan.
Wow, jom praktik petua mudah ni untuk kuruskan badan.  Kredit Google.

Masa makan guna piring jenis rata.

Elak menggunakan piring cekung, gunalah piring rata. Lepas tu ambil sayur dulu, then baru nasi. Last, baru ambil lauk. Senang cakap, amalkan konsep suku suku separuh. Lagi satu, kalau kat umah tu, makanlah dekat meja makan. Jangan makan sampai tengok tv. Cuba ya!

Banyakkan berjalan.

Aktiviti berjalan dikatakan membantu membakar sebahagian kalori dari makanan yang korang ambil. Bayangkan, setiap 25 langkah, 1 kalori akan digunakan. Kalau beribu ribu langkah, kira ajelah berapa kalori yang korang dah bakar. Lagi lagi kalau korang turun naik tangga. Tapi kena ingat jugak, buat santai santai je. Janganlah paksa diri. Ok.

Kredit info petua : Group telegram Petua dan Kesihatan.