Minuman ni boleh bantu menurunkan berat badan? Wahh, biar betul ni!

Rasanya mereka yang nak turunkan berat badan mesti tercari-cari cara atau petua yang senang nak. Kalau cikla, agak malas jugaklah kalau nak apply tip yang agak remeh, lagipun cikla ni kadang-kadang bukanlah penyabar orangnya, hahaha. 

So, meh cikla nak share 3 minuman mudah nak buat yang katanya boleh bantu turunkan berat badan. Haaa, nanti bolehlah korang cuba ye. 

Minum air limau nipis.

Minuman ni boleh bantu menurunkan berat badan? Wahh, biar betul ni!
Minuman ni boleh bantu menurunkan berat badan? Wahh, biar betul ni! Gambar kredit Google.

Kalau korang mengalami maasalah berat badan yang berlebihan, air limau nipis dikatakan dapat membantu menyelesaikan masalah korang itu. 

Caranya, sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi, kemudian perah jus limau tu dalam gelas berisi air sejuk. Nak rasa manis-manis sikit, letakkan madu sikit. Lepas tu, masukkan dalam peti sejuk. Amalkan meminum air ni setiap kali selepas korang makan tengahari dan makan malam. 

Kalau nak hasil terbaik, kenalah plus dengan senaman ringan. Konsisten amal meminum air ni selama sebulan, inshaAllah berat badan korang akan beransur turun. Cubalah! 

Minum teh cina.

Minuman ni boleh bantu menurunkan berat badan? Wahh, biar betul ni!
Minuman ni boleh bantu menurunkan berat badan? Wahh, biar betul ni! Gambar kredit Google. 

Kalau perut korang jenis tak tahan air yang terlalu masam, cuba try test cara ni pulak. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina, pastu rendam dalam air sebtelum diapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan 2 kali sehari, sebaiknya sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Minum air asam jawa.

Minuman ni boleh bantu menurunkan berat badan? Wahh, biar betul ni!
Minuman ni boleh bantu menurunkan berat badan? Wahh, biar betul ni! Gambar kredit Google. 

Kalau korang nak tau, air asam jawa dikatakan boleh bantu kurangkan kadar lemak dalam badan. Caranya, ambil sebuku asam jawa, lepas tu ramas dalam segelas air. 

Dah siap tu, masukkan dalam peti sejuk. Minum air ni selepas korang makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, korang akan dapati badan korang akan rasa fresh dan langsing. 

Selamat mencuba.

Kredit : Grup Telegram Petua dan Kesihatan. 

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (448) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews