Berikut merupakan soalan yang biasa ditimbulkan oleh ibu yang ingin menyusukan anak. Jom kita check, mana tau ada antara soalan tu pun menjadi tanda tanya korang terutama korang yang menyusukan anak.
Q & A : Kemusykilan yang biasa mengenai penyusuan susu ibu. Gambar kredit Google. |
SOALAN: Kalau baby saya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Bayi, bolehkah saya menyusuinya?
JAWAPAN:
Mestilah boleh, lagipun baby yang berada di dalam 'Jagaan Rapi' sebenarnya lebih memerlukan susu ibu. Bagitau je kakitangan di unit ni yang korang ingin menyusukan baby korang. Kalau baby tak pandai menghisap, mereka akan ajar dan tunjukkan cara memerah susu yang betul untuk baby korang.
SOALAN: Perlu ke saya menjauhi makanan tertentu?
JAWAPAN:
Basically, korang boleh je nak makan yang jadi kebiasaan dan kegemaran korang.
SOALAN: Ada kemungkinan tak susu saya terlalu cair untuk baby saya?
JAWAPAN:
Taklah. Untuk pengetahuan korang, bila susu mula mengalir, biasanya kepekataan susu tersebut kadang-kadang berubah dari berkrim kepada berair. So, jangan risau. Benda ni normal je.
SOALAN: Ada kemungkinan ke susu saya boleh kering?
JAWAPAN:
Boleh je jadi gitu, tapi keadaan ni boleh diatasi dengan kekerapan korang bagi baby menyusu. Korang relaks je dan jangan lupa ambil makanan yang seimbang serta mendapat rehat seterusnya. Jangan stress stress ok!
SOALAN: Perlu ke saya melibatkan suami dalam isu penjagaan baby?
JAWAPAN:
Mestilah perlu. Awal-awal kenalah berbincang dengan suami macam mana korang nak menyusukan baby nanti.
SOALAN: Adakah penyusuan susu ibu menjejaskan payudara saya?
JAWAPAN:
Ehh, takdelah. Kalau korang nak tau, bila seorang wanita itu mengalami perubahan pada ukuran payudara lepas bersalin, mungkin ini adalah sebab otot-otot yang menyokong payudara ni dibiarkan kendur. So, untuk mengelakkan keadaan ni, korang disarankan memakai bra yang boleh mengampu payudara dengan baik dan jangan lupa bersenam untuk menguatkan otot-otot di dada.
SOALAN: Boleh ke saya menyusukan baby jika saya bersalin secara pembedahan (caesarian)?
JAWAPAN:
Korang masih boleh pegang dan menyusukan baby korang sebaik saja korang lepas bersalin. Tapi, mungkin korang perlu dibantu untuk melakukan itu.
Maklumlah, awal-awal lepas bersalin kan, bersalin secara pembedahan pulak tu. Lagi satu, mungkin korang terpaksa baring di katil untuk beberapa jam pertama, tapi korang adalah digalakkan untuk bangun dan bergerak selepas tu untuk mempercepatkan pemulihan.
Jangan asyik baring je, tapi hati-hati. Jangan lasak sangat pulak!
SOALAN: Kalau payudara saya tak membesar semasa saya mengandung, atau dengan kata lainnya saya mempunyai payudara yang kecik, boleh ke saya menyusukan baby saya?
JAWAPAN:
Mestilah boleh. Memang tak dinafikan ramai ibu yang tak mengalami sebarang perubahan pada payudara diaorang tapi jangan risau korang masih boleh menyusukan baby korang. Lagipun, saiz payudara takde kaitan dengan keupayaan menyusu.
SOALAN: Betul ke kalau payudara saya tak menghasilkan kolostrum masa mengandung, payudara saya tak berupaya menghasilkan susu?
JAWAPAN:
Tak betul tu, sebab ramai je ibu yang menghasilkan kolostrum hanya lepas melahirkan, tapi masih boleh menyusukan baby mereka dengan sempurna.
Q & A : Kemusykilan yang biasa mengenai penyusuan susu ibu. Gambar kredit Google. |
SOALAN: Saluran-saluran susu boleh tersumbat ke kalau saya tak memerah kolostrum keluar masa mengandung?
JAWAPAN:
Tak, sebab biasanya susu akan tetap mengalir walaupun kolostrum tak dikeluarkan. korang mungkin perlu perah susu untuk disimpan lepas bersalin, so eloklah korang belajar cara melakukannya.
SOALAN: Perlukah saya menyusikan baby pada waku malam?
JAWAPAN:
Boleh je nak menyusukan baby pada waktu malam, selagi baby nak. Cara yang paling senang adalah dengan membiarkan baby korang tidur dengan korang, so baby boleh menyusu tanpa menggangu korang dan bila-bila baby nak.
Lagipun, menyusu pada waktu malam akan bagi baby lebih masa untuk menyusu. Keadaan ni jugak kan membantu korang mengekalkan bekalan susu dan kalau korang jenis ibu yang bekerja dan takde bersama baby pada waktu siang, baby korang boleh mendapatkan kebanyakkan susu yang diperlukannya pada waktu malam.
SOALAN: Perlukah saya memberi baby saya air, glukosa atau jus buah-buahan?
JAWAPAN: Sebenarnya, untuk 6 bulan pertama, baby tak perlukan tu semua pun selain dari susu ibu.
Even, sebaik saja lepas bersalin pun, sebelum susu ibu keluar, baby tak perlukan air tambahan pun sebab baby yang normal dilahirkan dengan bekalan air yang mencukupi sehingga pengeluaran susu ibu.
SOALAN: Boleh ke saya menyusukan baby walaupun puting payudara saya tenggelam?
JAWAPAN:
Boleh, sebab baby menyusu dan mendapat susu dari payudara dan bukannya puting! Apa yang penting, sentiasa menggalakkan baby menghisap sebanyak mungkin susu, mulai dari penyusuan yang pertama.
Masa menyusu, baby akan menghisap puting dengan kuat dan ini secara tak langsung akan membantu memulihkan puting yang tenggelam.
Kredit info : Unit Pendidikan Kesihatan Hospital Putrajaya.
No comments:
Post a Comment