Serangan jantung. Jom alert!

Zaman sekarang ni macam selalu je kita dengar berita dan cerita mengenai kematian yang disebabkan oleh serangan jantung kan. Muda-muda lagi pulak tu. Memanglah orang kata dah ajal kan, tapi selagi kita boleh cegah dari terkena 'penyakit' tu, kita ikhtiarlah sehabis baik. InshaAllah. 

Hurmm, apa dia pulak penyakit jantung ni sebenarnya ye? Basically, sakit jantung ni jadik bila salur darah jantung menjadi sempit. Penyempitan ni berlaku bila dinding sebelah dalam saluran darah diselaputi lemak terutamanya kolesterol, so keadaan ini akan menyebabkan ada bahagian jantung yang tak mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. 

Keadaan ni pulak dikatakan berpunca dati beberapa sebab, seperti merokok, tekanan perasaan, kurang bersenam, kandungan lemak yang tinggi dalam badan, darah tinggi, diabetes, keturunan, dan faktor usia terutama mereka yang berusia 35 tahun ke atas berisiko.

Apa pulak gejala penyakit ni?

Serangan jantung. Jom alert!
Serangan jantung. Jom alert! Gambar kredit Google.

  1. Rasa sakit dada bahagian kiri atau tengah dada yang menular ke bahu, lengan kiri, leher, dagu dan belakang badan. 
  2. Sesak nafas, keletihan, badan berpeluh dan kadang kala rasa loya. 
  3. Jantung berdebar, rasa pitam atau pening dan kadang kadang sakit di bahagian ulu hati (gejala utama). 

Apa yang disarankan, korang segera berjumpa doktor dengan segera kalau mengalami gejala yang cikla nyatakan kat atas tu. Korang akan diperiksa secara detail termasuklah pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan bahagian dada dan beberapa ujian lain seperti ECG dan X-RAY dada. 

Kredit : Kementerian Kesihatan Malaysia. 

2 comments:

  1. risau kan penyakit ni. semoga kita semua dilindungi oleh Allah Taala. aamiin

    ReplyDelete
  2. eloknya setahun sekali kita buat full medical check up kan.. Tapi tu la bila kita masih muda kita rasa macam tak perlu kot. rupanya masa ni la nak jaga-jaga pun.

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews