20 June 2020

Banteras jerawat dengan masker kunyit? Kulit jadi cerah dan licin gak tau.

Semua orang tau kot yang kunyit ni memang banyak kegunaan dan manfaat dia, terutama dalam masakan, kecantikan dan kesihatan. Mak-mak yang dalam pantang pun ramai guna kunyit ni sebagai salah satu bahan dalam pemulihan diri selepas melahirkan. 

Tapi, sebenarnya kunyit jugak dah diakui sangat power untuk mencegah miss jerawat yang selalu menyibuk dekat muka korang tu, sekaligus mencerah dan melicinkan kulit. 

Banteras jerawat dengan masker kunyit? Kulit jadi cerah dan licin gak tau.
Banteras jerawat dengan masker kunyit? Kulit jadi cerah dan licin gak tau. Gambar kredit Google.


Korang nak tau apa yang bagusnya sangat kunyit ni? Tu diaaa.

  • Bersifat antikeradangan, so kunyit yang disapu pada kulit yang berjerawat dikatakan mampu mengurangkan bengkak dan kemerah-merahan.
  • Bersifat antimikrob yang mana ia mampu mematikan kuman jerawat dari terus bermaharajalela dekat muka korang tu. 
  • Bersifat mencerahkan kulit muka dan berseri-seri walaupun warna dia menguningkan muka. 

Banteras jerawat dengan masker kunyit? Kulit jadi cerah dan licin gak tau.
Banteras jerawat dengan masker kunyit? Kulit jadi cerah dan licin gak tau. Gambar kredit Google.

Resepi masker kunyit mudah.

Bahan-bahan:

2 sudu tepung beras.
1/2 sudu serbuk kunyit.
1 sudu madu.
2 sudu dadih asli. 

Cara:

  1. Campurkan tepung beras, kunyit, dadih dan madu asli dalam mangkuk yang sesuai. 
  2. Gaul semua bahan-bahan tadi.
  3. Kemudian, sapukan pada muka dan biarkan selama 15 minit sampai kulit betul-betul kering dan menegang. 
  4. Cuci dengan air sejuk. 

Kalau korang nak tau, dadih dikatakan mampu mengawal penghasilan sebum, untuk menjadikan kulit muka kurang berminyak. 

Lagi satu, kuman dalam dadih tu dikatakan bagus melawan virus yang menyebabkan jerawat. 

Selain tu, madu pulak bersifat antikeradangan dan antikuman yang mana dia jugak mampu meredakan jerawat dari membiak secara berleluasa, sekaligus dia ni berfungsi melembapkan kulit supaya lebih lembut dan bersinar bak mentara. Ceewahhh!

Selain dari kunyit, ada banyak lagi bahan semulajadi yang boleh korang gunakan untuk mencantikkan kulit muka korang. 

Pokoknya, kenalah rajin dan konsisten kan. Barulah dapat hasil yang diinginkan. 

Contohnya :

1. Putih telur - Bantu mengecilkan liang pori dan buat kulit lebih licin dan soft gitu.

2. Pisang - Selain sedap dibuat kek pisang, dia ni elok untuk menghidrat kulit sekaligus menghalang kulit kering. Cara dia, just lenyek je pisang tu, then sapu pada kulit, Biar kering sat, sebelum dicuci dengan air sejuk. Wow, freshh kan!

3. Tomato - Berkesan membantu melembutkan kulit dan buat liang pori lebih halus. Cara dia, lenyek tomato yang dah masak tu, lepas tu sapu je pada kulit. Biar sekejap sebelum dicuci bersih. Mudah kan?

4. Bijiran oat - Bantu kawal minyak berlebihan pada muka korang. Kisar oat lepas tu sapu je pada kulit muka tu, biarlah dlalam 15 minit gitu sebelum dibilas menggunakan air sejuk. 

5. Air bilasan beras - Haa, petua ni memang popular. Ia dikatakan mampu mengurangkan jerawat dan mencerahkan kulit. Apa yang terbaik, guna bilasan ketiga dan keempat untuk kesan yang perfectoooo.
Selamat mencuba!

Kredit : Ruangan Hati, Harian Metro (sharing dari Fyza Shah).

No comments:

Post a Comment