Penyakit bengkakkan kelenjar tiroid ni ada macam-macam jenis sebenarnya. Antaranya adalah Graves' disease, yang mana ia jugak dikenali toxic diffuse goiter. Penyakit ini adalah sejenis penyakit autoimun yang memberi kesan kepada tiroid.
Keadaan ini juga biasanya disebabkan oleh hyperthyroidism. Salah satu kesannya, kelenjar tiroid akan membesar.
Antara simptomnya adalah lemah otot, insomnia, jantung laju, cirit birit dan turun berat badan.
Simptom lain adalah pesakit mengalami masalah kulit dikenali dengan myxedema pretibial dan bulging eyes iaitu keadaan mata yang kelihatan tertonjol keluar (caused by Graves' ophthalmopathy).
Antara 25% - 80% dari pesakit Grave's ini akan mengalami masalah mata.
Kredit info Grup facebook tiroiddanandaori.
Oo..gud info. Kalau ciktie ni panggil tiroid je hehe
ReplyDelete