Nak tau 12 golongan manusia yang didoakan malaikat? Baca ni.


Nak tau 12 golongan manusia yang didoakan malaikat? Baca ni.
Nak tau 12 golongan manusia yang didoakan malaikat? Baca ni. Gambar kredit Google. 

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. 

"Barangsiapa yang tidur dalam keadaan bersuci, maka malaikat akan berasamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa, 'Ya Allah, ampunilah hambaMu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci." (HR Imam Ibnu Hibban dari Abdullah bin Umar).

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. 

"Tidaklah salah seorang di antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya, 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah, sayangilah ia." (HR Imam Muslim dari Abu Hurairah, Shahih Muslim 469).

3. Orang-orang yang berada di saf barisan depan dalam solat berjemaah 

"Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat kepada (orang-orang) yang berada pada saf-saf terdepan." (HR Imam Dawud dan Ibnu Khuzaimah).


4. Orang yang menyambung saf solat berjemaah (tak membiarkan kosong di dalam saf).

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf-saf." (HR Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban).

5. Para malaikat mengucapkan AAMIN ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. 

"Jika seorang imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamin', kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu." (HR Imam Bukhari).

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. 

"Para malaikat akan selalu berselawat (berdoa) kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata, "Ya Allah, ampunilah dan sayangilah ia." (HR Imam Ahmad).

7. Orang-orang yang melakukan solat Subuh dan Asar berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

"Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkn. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut akan berkata, 'aamin' dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan." (HR Imam Muslim).

9. Orang-orang yang berinfak. 

"Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu di antara keduanya berkata, 'Ya Allah, berikanlah ganti pada orang yang berinfak.' Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit (bakhil)." (HR Imam Bukhari dan Imam Muslim). 

10. Orang yang sedang makan sahur. 

"Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat (berdoa) kepada orang-orang yang sedang makan sahur. InshaAllah termasuk di saat sahur untuk puasa 'sunnah'." (HR Ibnu Hibban dan Ath Thabrani).

11. Orang yang menziarahi orang yang sedang sakit.

"Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga ke maghrib dan di waktu malam hingga ke Subuh." (HR Imam Ahmad).

12. Orang yang sedang mengajarkan kebaikan kepada orang lain. 

"Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku ka atas seorang yang paling rendah di antara kalian. Sesuangguhnya, penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan semuanya berselawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain." (HR Imam Tirmidzi).

Kredit instagram CEWEK HIJRAH.

1 comment:

  1. Semoga kita ada kesempatan duduk di bawah salah 1 kategori

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (447) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews