Petua mudah legakan batuk dan selsema anak dengan minyak bawang putih.

Baby bawah setahun, kalau batuk dengan selsema doktor tak kan bagi ubat. Kadang-kadang yang bawah 6 tahun pun sama. Tapi itulah, nak tunggu baik sendiri memang lambatlah kan. Sementara nak tunggu baik tu, kesian jugaklah tengok. Nak tidur, minum susu semua jadi tak selesa. Serba tak kena. So, bagi ibu ibu yang anak mereka selalu kena batuk dengan selsema mungkin boleh cuba cara ni, iaitu minyak bawang putih. Minyak ni boleh digunakan seawal bayi sebulan ke atas, iaitu sehingga 4 tahun.

Petua mudah legakan batuk dan selsema anak dengan minyak bawang putih.
Petua mudah legakan batuk dan selsema anak dengan minyak bawang putih. Gambar kredit Google.

Cara nak buat minyak bawang putih.

Bahan-bahan:

1-2 ulas bawang putih.
Bedtime baby oil. Tapi, nak guna minyak apa-apa pun boleh je. 

Cara nak buat:

  1. Buang kulit bawang putih.
  2. Lepas tu, bakar bawang tu dekat atas api dapur gas. Janganlah sampai hangus pulak.
  3. Tumbuk atau ketuk bawang putih yang siap dibakar tadi.
  4. Lenyekkan bawang putih yang dah ditumbuk tu dalam minyak pilihan korang. Kalau ikut bahan kat atas tu. baby oil jenis bedtime tu la.
  5. Siap, dah ready untuk sapu pada anak. Caranya, sapu pada batang hidung anak termasuklah dada dan tapak kaki. Sapulah slow-slow. Sambil-sambil sapu tu, urut-urut manjalah sikit bagi anak selesa.
  6. Ulang sapu setiap setengah jam atau sejam. Anak tidur nyenyak, sebab selsema dan batuk diaorang akan makin berkurang.

Untuk yang first time nak cuba tu, elok sapu senipis mungkin pada anak. Sebab, kadang takut anak tak serasi. Kalau tengok anak ok je, boleh teruskan dan jadikan amalan setiap kali anak kena selsema atau batuk. Tapi kalau simptom berlarutan, eloklah bawa ke doktor untuk pemeriksaan lanjut ya. 

Apa yang penting, kita ikhtiar. 

Sumber : Nursha Salleh melalui group Telegram PetuaDanKesihatan.

1 comment:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews