'santai tapi sampai'

Memang tak dinafikan bukan semua alat solek tu ada tertulis bila tarikh luputnya kan. Kadang kita main agak-agak je, kalau masih ok lagi ta...

Berapa lama agaknya alat solekan kita boleh bertahan ye?

Memang tak dinafikan bukan semua alat solek tu ada tertulis bila tarikh luputnya kan. Kadang kita main agak-agak je, kalau masih ok lagi takpelah. Tapi kalau dah expired? Tak memasal muka jadi masalah. Lagi satu, adalah penting macam mana cara korang menyimpan alat solekan tu. Jom kita check beberapa alat solekan yang kita boleh tahu bila expired date dia.

Berapa lama agaknya alat solekan kita boleh bertahan ye?
Berapa lama agaknya alat solekan kita boleh bertahan ye? Gambar kredit Google.

Maskara.

Maskara adalah alat solekan yang paling korang kena jaga dan alert tentang kebersihannya. Sebab, bakteria mudah membiak dan tumbuh bila korang dah bukak maskara tu, lepas tu batangya dikembalikan ke dalam tiubnya. Selepas 4 bulan korang gunakan, eloklah korang tukar pada yang baru. Ataupun, kalau maskara korang tu ada bau macam petrol tu haaa. Pun kenalah dibuang. Paatu, kalau maskara korang nampak kering, jangan korang pepandai nak tambah air pulak nak bagi dia lembap. Perbuatan ni boleh menyebabkan peningkatan bakteria pada maskara. Nanti bila korang pakai, mungkin akan menyebabkan kerengsaan seperti kemerahan, gatal dan ketumbit. 

Gincu atau lipstik.

Kebanyakan gincu tak mengandungi air. Walaupun begitu, dia tetap berisiko menyebabkan bakteria bertambah disebabkan oleh pengulangan pendedahan dekat kawasan mulut. Kalau gincu tu nampak macam berubah dari segi tekstur, elok tak payah pakai lagilah. Buang je. Macam tu jugak dengan lip gloss, kalau orang pakai tu rasa pelik je, lagi-lagi dah expired kan, tak payah guna lagilah. Maklumlah, tengok macam elok je kan. Setahun sekali tukar gincu atau lip gloss pun ok. Dan, jangan kongsi gincu dengan orang lain. Ingat tu!

Eyeliner.

Kebanyakan wanita ingat eyeliner boleh digunakan dalam tempoh yang lebih lama berbanding dengan alat solekan yang lain. Sebenarnya, ia perlu diganti setiap 3 bulan, lebih-lebih lagi jenis yang basah. Kalau eyeliner jenis pensil ok lagi rasanya. Tapi, apa yang terbaik untuk kesihatan mata korang, eloklah ganti seperti yang disarankan. Bukan pe, dikhuatiri kalau lagi lama guna akan menyebabkan penyebaran lebih banyak bakteria pada bahagian mata. Kesan dia macam maskara jugak, mata korang mungkin akan mengalami kegatalan, kemerahan yang teruk, konjuktivis dan sebagainya. 

Bedak muka.

Kalau bab bedak muka pulak, kena tengok bahan apa yang digunakan untuk menghasilkannya. Ada bedak muka yang dihasilkan dari bahan estrak botani seperti esktrak teh hijau, lidah buaya (aloevera) dan chamomile, bahan-bahan ni mungkin mempunyai risiko pertumbuhan bakteria nak-nak pulak kalau dibiarkan terbuka dan terdedah pada suhu lembap. Korang kena alert jugak kepada perubahan warna dan bau bedak. Tempoh yang disarankan penggunaannya adalah 2 tahun. 

Concealer.

Penggunaan concealer jenis batang dan serbuk yang disarankan adalah selama 2 tahun. Tengok pada perubahan warna dia.

Bedak asas jenis cecair. 

Alat solek jenis ni elok digunakan sekitar 6 bulan hingga setahun. Kalau korang nak tau, bakteria sangat suka pada produk yang berasaskan air. Sebaik je penutup bedak dibuka, ia boleh bertahan selama setahun. Elak dari mencelup jari ke dalam bekas bedak, dan jauhkan dari persekitaran yang lembap dan haba. 

Let's check!

1 comment:

  1. kita yang tak tahu ni guna je selagi tak habis. nasib baik takde kesan sampingan time tu

    ReplyDelete