Fakta menarik mengenai aturan jam biologi badan manusia.

Manusia dijadikan oleh Allah sangat unik. Setiap apa yang berlaku dalam diri manusia itu pasti ada tujuan dan kelebihannya yang tersendiri. 

Jom baca fakta mengenai aturan jam biologi badan manusia ni. Memang sangat menarik, dan yang kita tak tau pun sebelum ni.

Fakta menarik mengenai aturan jam biologi badan manusia.
Fakta menarik mengenai aturan jam biologi badan manusia. Gambar kredit Google. 

(1) Pukul 1-2 pagi. - Manusia dikatakan mendapat tidur yang paling lena. Pada fasa ni jugak, aktiviti kebanyakan organ direhatkan. 

(2) Pukul 4-5 pagi. - Suhu badan manusia paling rendah. Badan manusia pada fasa ini jugak dalam keadaan rehat.

(3) Pukul 5-6 pagi. - Peningkatan tekanan darah dikatakan paling tinggi pada fasa ni berbanding masa lain. Hormon melatonin iaitu hormon yang menyebabkan rasa mengantuk mula berhenti. Hormon kortisol iaitu hormon stress pulak akan meningkat sehingga otak memberi signal pada badan get ready untuk bekerja seharian. Tapi, takdelah sampai menyebabkan stress. 

(4) Pukul 7 pagi. - Peningkatan hormon seksualiti. Peningkatan hormon testosteron pada lelaki dan wanita terjadi pada siang hari, sehingga membangkitkan rasa ghairah. Sebab itulah, masa pagi hari adalah masa yang baik untuk 'bercinta'.

(5) Pukul 8 pagi. - Pergerakan usus aktif ketika ini. So, pada masa inilah paling sesuai untuk membuang air besar. Selain itu, pengukuran berat badan adalah paling tepat dilakukan pada pagi hari selepas membuang. 

(6) Pukul 9 pagi. - Kadar metabolisme adalah paling tinggi. So, masa ini adalah masa yang tepat untuk korang makan breakfast, sebab lemak-lemak yang diserap dari makanan yang korang ambil masa breakfast tu tak akan disimpan malah ia akan terus diproses menjadi tenaga.

(7) Pukul 10-11 pagi. - Masa untuk fokus! Badan dan otak akan mencapai tahap rangsangan ideal untuk beraktiviti sepanjang hari. Selain itu, korang akan jarang rasa mengantuk pada masa ini melainkan kalau korang kurang tidurlah.

(8) Pukul 11 pagi -2 petang. - Time ni stress dikatakan meningkat. So, rehat diperlukan untuk fresh kan diri. 

(9) Pukul 2-3 petang. - Koordinasi terbaik, di mana badan membenarkan kita melakukan banyak aktiviti (multitaasking) sekaligus sebab otak mapu melakukan koordinasi pada titik tertinggi. Tapi, di posis lain pulak, proses pencernaan makanan belum selesai, so that kemampuan fizikla badan agak menurun.

(10) Pukul 3-5 petang. - Denyut jantung dikatakan paling stabil masa ni. So, kalau korang nak bersukan, inilah masa yang tepat sebab tahap adrenalin berada pada tahap yang tinggi. Denyutan jantung dan tekanan darah jugak adalah paling stabil untuk beriadah. 

(11) Pukul 5 petang - 8 malam. - Proses detokfikasi, di mana hati berfungsi memproses racun atau toksik. Metabolisme jugak adalah yang paling tinggi time ni, sehinggakan korang disarankan supaya mengambil lebih air kosong. Keinginan untuk makan jugak tinggi sebab kemampuan deria bau dan merasa meningkat. 

(12) Pukul 8-10 malam. - Metabolisme dan pergerakan kurang aktif. Pembakaran lemak tak banyak berlaku masa ni. Kalau makan pada malam hari, kebanyakannya akan disimpan dalam bentuk lemak.

(13) Pukul 10-11 malam. - Hormon seksualiti meningkat lagi masa ni, tap peningkatan rasa ghairah iaitu libido takdelah terlalu tinggi kalau dibandingkan pada waktu pagi. Maklumlah, badan letih setelah bertungkus lumus beraktiviti di siang hari. Kan!

Kredit info : Majalah iSIHAT. 

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews