Nak tau khasiat ulam-ulaman yang menjadi kegemaran korang tu? Haa, inilah dia.

Siapa suka makan ulam-ulaman? Kalau makan tu, mesti ada. Tak pernah miss. Cikla suka jugak, kalau dapat cicah sambal belacan, pergghh lagi syok. Tapi tak semualah ulam yang cikla boleh telan. Lagi lagi yang hat pahit pahit tu. Memang tak tertelan. Hehe. 

Korang nak tau tak apa manfaat dan kebaikan ulaman ni untuk kesihatan? Meh baca ni. 

Nak tau khasiat ulam-ulaman yang menjadi kegemaran korang tu? Haa, inilah dia.
Nak tau khasiat ulam-ulaman yang menjadi kegemaran korang tu? Haa, inilah dia. Gambar diubahsuai dari carian Google. 

1. Selom - mengandungi kalsium dan vitamin C yang baik untuk kesihatan.

2. Timun jepun - membantu mengatasi masalah sembelit dan gastrik. 

3. Pucuk ubi - membantu mengurangkan sakit kepala, manakala air rebusannya pula boleh bantu mengurangkan cirit birit. Tapi, kalau korang jenis badan banyak angin, elok tak payah makan pucuk ubi ni.

4. Jantung pisang - tinggi serat dan mampu bantu elak sembelit.

5. Bendi rebus - membantu menguatkan daya ingatan dan kecergasan memori, mencegah sembelit, merawat ulser, mengurangkan darah haid berlebihan, meningkatkan kesuburan, dan melegakan bengkak dan radang.

6. Pegaga - amalan meminum air rebusan pegaga dikatakan boleh menaikkan seri wajah.

7. Peria Katak - membantu merendahkan tekanan darah tinggi dan kawal paras gula darah pada pesakit diabetes. 

8. Daun kaduk - air rebusan daun dikatakan dapat melawas kencing, melegakan selsema, sakit pinggang dan  sengal tulang. 

9. Petai - kaya dengan antioksidan dan serat. 

10. Terung pipit - mengurangkan rekahan tumit kaki dan melegakan sakit perut. 

Bagi cikla, walaupun ulaman ni banyak khasiat, tapi pengambilannya perlu sederhana. Nanti kalau ambil berlebihan, lain pulak jadinya. Hehe. 

Selamat berulam.

1 comment:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (636) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews