Advertisement

Geram semut asyik naik ke meja? Meh cuba petua ni.

GERAM SEMUT ASYIK NAIK KE MEJA? MEH CUBA PETUA NI. Serius cakap, rumah cikla ni memang banyak semut. Lagi-lagi kalau dekat atas meja makan. Pantang ada air tumpah atau makanan tertinggal atas tu, mesti datang punya askar-askar semut yang entah dari mana. Kalau dulu cikla selalu guna cara spray ridset je, tapi kejap je clear, pastu datang balik. Adeh laa, boleh stress jadinnya. tu sebab cikla jarang hidang lauk atau makanan atas meja makan. Kalau nak makan, baru hidang. Dah siap makan kemas meja, lagi elok biar kosong je. 

Geram semut asyik naik ke meja? Meh cuba petua ni.
Geram semut asyik naik ke meja? Meh cuba petua ni. Gambar kredit Google. 

Cikla ada jugak cari petua-petua senang nak halau semut ni. Cari punya cari, terjumpa petua ni haa. Try jugak la buat, alhamadullilah macam berkesan. Dah kurang jugaklah dah semut memanjat meja. Nak tau apa petuanya? Nin diaaa.

Petua nak halau semut dengan mudah. 


  1. Cari stoking terpakai yang korang dah tak gunakan lagi bagus.
  2. Pastu, stoking tu potong 4. Lebar dia dalam dua inci gitu. Potong tu pulak ikut bilangan kaki meja korang. Kalau kaki meja korang 4, potonglah empat, kalau kaki meja korang 6, potonglah enam. haa, gitu kekdahnya, haha. 
  3. Lepas dah siap potong tu, korang sarungkan dekat kaki meja, sebelum korang spray perfume. Sebenarnya ikut suka koranglah. Nak spray ridest ke, baygon ke, boleh je.
  4. Kalau nak lebih berkesan, spray keliling meja. Lagi cun!

Apa yang best, bukan takat semut je yang tak jejak kaki kat situ, lipas dengan cicak pun tak hingin nak panjat meja korang tu. Silalah cuba sendiri ye kalau nak tau menjadii ke tak petua ni. 

Kredit: petuaoranglama.


Post a Comment

1 Comments

  1. semut halus2 banyak kat rumah saya. saya syak sebut naik atas perabot yang attach dengan dinding, kalau makanan ada atas tu mesti bersemut.

    ReplyDelete