Punca sakit sendi.

By Cikla Shahril - June 26, 2020

PUNCA SAKIT SENDI. Sakit sendi yang biasa berlaku adalah di kawasan sendi lutut. Kalau yang ni mak cikla pun ada kena jugak. Maklumlah, biasa orang tua je yang selalu kena sakit ni kan? Orang cakap, pelincir bahagian situ dah semakin berkurang seiring dengan peningkatan usia. Tapi, percayakah korang kalau cikla cakap, zaman sekarang ni yang muda belia pun berisiko untuk kena jugak. So, nak tau apa puncannya? Meh baca ni. 

Punca sakit sendi.
Punca sakit sendi. Gambar kredit Google.

Punca sakit sendi.

  1. Faktor usia. Umur yang semakin meningkat akan menyebabkan kawasan sendi menjadi semakin tak berfungsi.
  2. Sendi yang mugkin cedera. Kecederaan yang lalu pada sendi seperti ligamen yang koyak akan menyebabkan sendi tu jadi tak stabil Keadaan ni akan menyebabkan kecederaan yang seterusnya mudah berlaku. 
  3. Faktor genetik. Penyakit yang melibatkan sendi seperti rheumatold arthritis, SLE dan ankylosing spondylosis biasanya berkait rapat dengan genetik. 
  4. Berat badan berlebihan. Untuk pengetahuan korang, mereka yang mempunyai lebihan berat badan akan memberi tekanan yang lebih pada sendi dan ini boleh menyebabkan kecederaan kepada kawasan tersebut. 
  5. Jangkitan. Terdapat beberapa jenis jangkitan bakteria dan virus yang boleh menyebabkan keradangan. 
  6. Melakukan kerja berlebihan. Kalau seseorang melakuan kerja secara berlebihan, contohnya mengangkat barang berat, ia boleh mencederakan kawasan sendi. Ia akan menyebabkan sakit sendi berlaku.
  7. Jantina. Kebanyakan sakit sendi selalu berlaku pada wanita. 

Moga bermanfaat. 

Kredit : Ediagnosa.com

  • Share:

You Might Also Like

1 Orang yang komen.

  1. Bila dah sakit tu, semua kerja tergendala..hmm

    ReplyDelete