'santai tapi sampai'

Masa senggugut 'menyerang' memang tak best sama sekali kan. Mana taknya, hidup jadi tak keruan. Duduk sakit, baring sakit, berdiri...

Sakitnya bila senggugut menyerang. Apa yang korang buat ehh nak bagi lega?

Masa senggugut 'menyerang' memang tak best sama sekali kan. Mana taknya, hidup jadi tak keruan. Duduk sakit, baring sakit, berdiri sakit. Mungkin ada yang tak tau, rasa sakit ni disebabkan oleh uterus atau bahasa kampungnya, rahim yang menguncup untuk menyingkirkan lapisan rahim. 

Walaupun benda ni normal, tapi kalau jenis yang sampai kronik tu mohon jangan dibiarkan berlarutan ye. Senggugut ni jugak biasanya berlanjutan selama satu atau dua hari, sebelum atau semasa haid. Rasa cramp ni pulak boleh berlaku dekat bahagian pelvis, belakang, paha ataupun perut. 

Tapi, rasa sakit tu biasanya start  betul-betul dekat bawah pusat dan 'merebak' ke arah paha dan belakang korang. Tapi itulah, lain orang, lain tahap 'kesakitannya'. Ada yang sakitnya biasa biasa je, senang cakap masih boleh bertahanlah. 

Sakitnya bila senggugut menyerang. Apa yang korang buat ehh nak bagi lega?
Sakitnya bila senggugut menyerang. Apa yang korang buat ehh nak bagi lega? Gambar diubahsuai daripada Google. 

Ada pulak yang sakitnya memang teruk gila, muntah muntah, sampai pengsan pengsan pun ada tau. Kesian kan. Simptom lain pulak, mungkin korang alami cerry berry, sakit kepala dan pening. Hurmm, kita tengok macam biasa biasa je senggugut ni kan, tapi rupanya lebih dari tu. 

Seingat cikla, dulu masa zaman remaja yak yak yeayy dulu takdelah kena senggugut yang teruk. Kalau ada pun, sesekali je la, macam lenguh cramp manja kat area pinggang dengan peha. Bahagian perut masih ok lagik. 

Adik cikla pulak cakap, masa dia kena senggugut memang sampai meraung, berguling guling tahan sakit. Memang terpaksa redha telan pil kaler pink tu nak bagi lega. Tu pun kadang tak lega lagi. Huhu. 

Namun, kisah seorang hamba Allah yang cikla baca ni lebih sadis. Period pain yang dia terpaksa hadap tiap bulan dan disangkanya normal, rupanya petanda 'sakit' yang tak penah dia terfikir pun. 

Lagilah, dia ni seorang yang takut nak jumpa doktor dan makan ubat. Mulanya perut dia cramp gila. Tak tahan sakit sangat, pegilah hospital. 

Doktor cek, pastu buat scan itu ini baru tau rupanya ada ketumbuhan sebesar 6 cm kat rahim dia. Allahu. Luckily, dia agak cepat dapatkan rawatan, sebab kalo ketumbuhan tu pecah, bole jadik kanser. Nauzubillah. 

So, kaum perempuan kena alert pada perubahan diri sendiri pasni, lagi lagi korang yang selalu kena senggugut teruk. Kalo ada yang tak kena, cepat cepat dapatkan rawatan. 

Sakitnya bila senggugut menyerang. Apa yang korang buat ehh nak bagi lega?
Sakitnya bila senggugut menyerang. Apa yang korang buat ehh nak bagi lega?

Tapi kan, cikla nak tanya, korang yang tetiap bulan kena senggugut ni, apa yang korang buat nak bagi lega. Hurmm, cikla agak petua tok nenek moyang kita nak legakan senggugut ni memang banyak. Petua natural lagik. Memang terbaik. 

Cikla nak share tip petua yang mungkin boleh membantu korang. At least boleh kurangkan rasa sakit tu kan. Rasa tenang sikit jiwa tu. Hihi.

Pertama, minum air suam. Kita semua tau kot yang minum air secukupnya ni elok sesangat nak nyahkan toksin dalam badan tu. Toksin dah takde, opkos la darah lancar semua kan. Ada gak yang cakap air suam ni boleh bagi otot rahim yang kejang tu lega sikit. 

Lagi satu, cer terai amik segenggam halia pastu tumbuk sampai lumat. Dah lumat tu, masukkan kat dalam segelas air suam, pastu minum. Ala, macam air teh tu kan. 

Ada sesetengahnya pulak suka amik "supplements" macam  magnesium, vitamin D, minyak ikan yang kaya Omega 3. Terpulang memasing empunya badan.

Tapi, bagi cikla, satu cara yang paling senang dan selalu orang buat, adalah letak minyak angin atau minyak panas pada kawasan yang sakit. 

Korang guna jek minyak kayu putih apa apa brand, then sapu jek kat area yang tak selesa tu. Tapi, kenalah ulang ulang sapu kan sampai rasa lega. 

Kalau cikla, sapu minyak urut moden MMG laa, apa lagi. Pasalnya, memang dah ada sesiap minyak kayu putih ni dekat dalam dia. Nak lagi syok, lepas sapu tu, tuam perut dengan air panas masuk dalam botol. Tapi, botolnya kasi lapiklah, kang tak memasal melecuq pulak perut tu. Sakit lain pulak mendapatnya. 

Kes naya diri sendiri namanya tu. Hihi. 

Klik SINI untuk pertanyaan lanjut mengenai minyak urut moden MMG.

2 comments:

  1. haih, senggugut ni selalu je kena, so penyelesaiannya memang air suam dengan minyak panas lah... tak berani lagi nka telan pil pink tu

    ReplyDelete
  2. kami senggugut sakit kat ari2, peranakan.. belakang tak sakit, peha tak sakit. nipple jarang2 je sakit. tapi senggugut kami kuat masa remaja. lepas kawen dah kurang, kami ada PCOS. Kami TTC 7 years dah. Doakan kami ye..

    ReplyDelete