Buah pinggang korang sihat tak? Meh baca info ni kalau nak tau.

By Cikla Shahril - June 23, 2020

Semua orang tau kot yang buah pinggang atau ginjal adalah antara organ paling penting dalam badan kita. Antara fungsi buah pinggang adalah seperti berikut:

  • Menyingkirkan sisa buangan dan toksin daripada badan korang.
  • Menjaga keseimbangan kandungan garam potassium, sodium dan asid dalam badan. 
  • Menghasilkan hormon erythropoletin yang mana hormon ni membantu merangsang penghasilan sel darah merah. 
  • Memastikan tulang kita kuat dan sihat melalui metabolisme kalsium serta penghasilan vitamin D. 

Tengok, penting tak penting buah pinggang ni kan. Kalau korang nak tau jugak, setiap hari buah pinggang korang tu boleh menapis sebanyak 110 hingga 140 liter darah untuk menghasilkan 1-2 liter air kencing. 

Penghasilan air kencing ni pulak melibatkan beberapa proses penyingkiran dan penyerapan semula yang amat amat kompleks. Proses ni semestinya pentng untuk memastikan keseimbangan kimia dalam badan korang. 

Buah pinggang korang sihat tak? Meh baca info ni kalau nak tau. Gambar kredit Google. 

Korang mesti pernah dengar mengenai penyakit buah pinggang kan. Antara yang bahaya adalah penyakit buah pinggang kronik. Penyakit ini adalah penyakit yang berkekalan di mana fungsi buah pinggang semakin berkurangan. Ia pulak boleh dikategorikan kepada lima peringkat. 

Peringkat kelima adalah tahap pesakit memerlukan rawatan dialisis. Haaa, tahukah korang 1 daripada 15 orang dewasa di dunia menghadapi masalah buah pinggang. 

So, apa pulak tanda atau gejala penyakit buah pinggang ni? Antaranya:

  • Badan berasa mudah letih. 
  • Hilang selera makan, rasa loya dan muntah.
  • Kerap kencing terutama pada waktu malam.
  • Bengkak kaki dan muka. 
  • Susah nak bernafas. 
  • Mengalami gatal di seluruh badan. 
  • Pucat. 

Kalau korang nak tau lagi, majoriti pesakit tak mempunyai sebarang tanda atau gejala kecuali bila di peringkat hampir akhir atau akhir. Uishhh, memang bahaya kan. Rasa macam sihat je, tapi sebenarnya ada masalah dengan buah pinggang. Mintak dijauhkanlah. 

Macam mana pulak nak kesan penyakit buah pinggang ni pada peringkat awal? Ada 3 cara biasanyalah:

  • Melalui ujian air kencing.
  • Pemeriksaan tekanan darah.
  • Ujian darah.

Buah pinggang korang sihat tak? Meh baca info ni kalau nak tau. Gambar kredit Google. 

Cegah sebelum kena. Macam mana pulak tu?

  • Menjalani pemantauan atau saringan kesihatan yang berjadual dan mengawal tekanan darah. 
  • Mengawal paras gula dan kolesterol dalam darah.
  • Memastikan tahap kawalan bagi pesakit tekanan darah tinggi dan diabetes adalah baik iaitu keadaan optimum. 
  • Jangan makan ubat sebarangan tanpa arahan doktor.
  • Mengamalkan gaya hidup sihat seperti pengambilan makanan secara sihat, berhenti merokok dan bersenam. 

Apa yang penting. alert pada kesihatan diri sendiri. Kalau ada yag tak kena, cepat-cepat dapatkan rawatan doktor. 

Kredit : Kementerian Kesihatan Malaysia. 

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments