Semua orang tau kot, apa bendanya otak tu kan. Otak merupakan organ terpenting pada manusia dan merupakan pusat kawalan utama bagi badan.
Dalam bahasa Inggeris, otak dipanggil brain. Umumnya, fungsi otak adalah menerima maklumat melalui deria dari dalam dan luar tubuh, yang mana ia akan menganalisa maklumat ini dan kemudiannya menghantar perutusan kepada badan yang mengawal fungsi dan tindakannya.
Otak juga meningati pengalaman lepas, dan merupakan punca fikiran, mood dan emosi.
Tahukah korang, otak yang tak 'dijaga' dengan baik akan mengalami kerosakan. Kerosakan yang macam mana? Meh baca sampa habis.
10 perkara yang merosakkan otak? Kredit gambar Google. |
Tak ambil sarapan pagi.
Kalau korang nak tau, otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak 25% dari keperluan tenaga badan.
So, katakanlah korang tak mengambil sarapan pagi, ini akan menyebabkan paras gula dalam darah jadi rendah dan bekalan nutrisi ke otak akan berkurang.
Keadaan ini akan menyebabkan banyak sel-sel otak akan mati dan keseluruhan otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut. Kesimpulannya, jangan skip breakfast tau.
Makan berlebihan.
Ada yang cakap, kalau kita makan banyak otak akan jadi semakin baik. Mungkin korang tak tau, kalau makan berlebihan akan menyebabkan darah dialirkan lebih banyak kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan makanan yang dumakan.
Keadaan ini akan menyebabkan darah kurang dialirkan ke otak. Kesannya, korang akan jadi mengantuk, rasa malas dan hilang kosentrasi.
Kurang berimaginasi.
Untuk pengetahuan korang, kurang berimaginasi akan menyebabkan tahap kecerdaasan otak akan menurun. So, rajin-rajin mengasah otak dengan cara berfikir. Tapi, pastikan fikir hal-hal yang baik dan positif aje ye kawan-kawan.
Mengambil gula berlebihan.
Gula putih ni memang jahat kan, lagi-lagi kalau diambil berlebihan. Bukan apa, gula yang berlebihan dalam badan akan menyebabkan penyerapan protein dan nutrisi terganggu sekaligus mengganggu perkembangan otak yang sihat.
Tidur berlebihan.
Tidur memang bagus untuk kesihatan otak kita, tapi kalau ia berlebihan pun tak elok jugak. Ini kerana ia akan menyebabkan otak menjadi kurang aktif dan melemahkan daya berfikir korang. Apa yang penting, dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti.
10 perkara yang merosakkan otak? Kredit gambar Google. |
Merokok.
Khas untuk perokok tegar, kalau korang nak tau asap rokok sangat merbahaya tau termasuklah bagi kesan negatif pada mereka yang menghidunya. Ia mengandungi perlbagai jenis racun yang membunuh secara senyap, termasuklah membunuh sel otak yang sihat.
Jarang berfikir.
Jarang berfikir juga boleh membuatkan otak menjadi slow dan kurang aktif. So, selalulah berfikir untuk mengasah otak kita supaya keupayaan otak meningkat.
Menghidu udara yang tercemar.
Kalau korang nak tau, otak merupakan organ yang menggunakan oksigen paling banyak dalam badan manusia. So, kalau korag selalu menghidu udara yang tercemar, sel-sel otak yang sihat akan menjadu rosak dan kurang aktif. Apa yang terbaik, jauhkan diri dari asap atau sumber udara yang tak sihat termasuklah asap rokok.
Tidur dengan menutup muka.
Kalau yang ni cikla baru tau. Tidur dengan cara meniarap dan menekup muka ke bantal atau menutup muka dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas. Keadaan ini akan menyebabkan otak kekurangan oksigen.
Tidak membaca Al-Quran.
Sebagai umat Islam, kita patut tahu yang membaca Al-Quran memberi banyak manfaat terutamanya kepada tubuh badan kita termaasuklah otak. Maaf cakap, tidak membaca Al-Quran akan menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal. Nauzubillah, minta dijauhkanlah.
Kredit : indok.com dan Wikipedia.com/
Tk
ReplyDeletekongsi ilmu
Saya setuju no.10 tu, ada juga yang cakap membaca Al-Quran boleh mengelakan penyakit nyanyuk.
ReplyDelete