Kenapa agaknya suami berkecil hati dengan isteri? Meh baca ni.

By Cikla Shahril - June 26, 2020

KENAPA AGAKNYA SUAMI BERKECIL HATI DENGAN ISTERI? MEH BACA NI. Sebagai insan biasa, memang kita tak lepas dari melakukan kesilapan. Begitu juga dalam realiti berumah tangga. Ada kalanya suami berkecil hati dengan isteri, dan begitu jugak dengan isteri yang mungkin pernah terasa hati dengan suami. P.Ramlee pun dan nyanyikan, sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri. Betul tak?

So, kita sebagai isteri sedar tak mungkin kita tak sedar yang suami kita ada berkecil hati dengan kita. Lagi-lagi kalau suami kita tu jenis yang suka pendam perasaan. Diam je, senyap dan membisu seribu bahasa. Tu lagi bahaya sebenarnya. Yang isteri pulak langsung tak tau dan anggap takde hal serius yang berlaku. 

Kenapa agaknnya suami berkecil hati dengan isteri? Meh baca ni.
Kenapa agaknnya suami berkecil hati dengan isteri? Meh baca ni. Gambar kredit Google. 

Jom kita check apakah perlakuan atau tingkah laku kita sebagai isteri yang mungkin kita pernah buat dan kita langsung tak tau pun yang perbuatan beri kesan negatif pada suami. 

  • Bercakap kasar atau tinggi suara jika ada perkara yang tak puas hati.
  • Halang hobi suami dan selalu pertikai minat suami.
  • Sindir suami di media sosial dan khayalak ramai.
  • Keterlaluan dalam mengarah suami buat kerja.
  • Tak minta maaf bila melakukan kesalahan dan selalu rasa diri tu betul 24 Jam.
  • Membandingkan suami sendiri dengan orang lain dan puji lebih pada orang lain dari suami.
  • Bercerita tentang buruk suami pada orang lain.
  • Selalu fikir negatif tentang suami dan tak percaya pada suami.
  • Pandang rendah pada suami dan megah dengan kelebihan sendiri.


Sama-samalah kita perbaiki mana yang kurang. Moga Allah menerima segala amalan kita. Aamin. 

Kredit : Kaki Share

  • Share:

You Might Also Like

1 Orang yang komen.

  1. Suami pun kena sama2 jaga hati isteri juga, barulah harmoni gittew :)

    ReplyDelete