Adab mandikan baby newborn.

Islam itu mudah dan indah. Dalam setiap perbuatan yang perkara yang dilakukan sebaiknya biarlah ada adab-adabnya. Betul? Begitu jugak dalam hal memandikan anak yang baru lahir. Bukan nak kata cara kita memandikan anak kita sebelum ni salah, tapi kalau ikut apa yang disarankan oleh Islam, lebih sweet kan? Hihi. Jujur, cikla pun kurang arif pasal ni, walaupun anak dah nak masuk 5 dah ni haa. Tapi takpe, bila lambat tahu dari langsung tak tau kan.

Sebenarnya, ada beberapa hal yang ibu kena ambil tahu termasuklah masa mencuci najis baby dan mandi. Biasa ibu kalau nak lap najis baby guna kapas lembab je kan. Lepas tu, masa mandi ada yang teruskan masukkan baby dalam besen mandian kan. Cikla tak cakap benda ni semua salah, tapi ada cara yang lebih baik yang ibu-ibu boleh lakukan. Jom kita belajar sama-sama.

Adab mandikan baby newborn.
Adab mandikan baby newborn. Gambar kredit Google.

  1. Mandikan baby pada waktu Dhuha, sebab pada waktu ini fisiologi kitaran darah dan degupan jantung baby dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam tau.
  2. Mulakan rsraman pertama ke atas belakang baby secara perlahan-lahan, lepas tu baru siram ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggung baby.
  3. Gosok dan belai-belai lembut baby masa memandikannya. Perbuatan ni dikatakan akan menjadikan pengaliran darah baby lancar dan baik. Boleh jugak kalau nak gunakan sabun yang sesuai untuk baby
  4. Then, siram pulak dari belakang hingga ke kepala baby. Lakukan siraman di kepala secara perlahan, so that air tak mengalir masuk ke dalam lubang telinga baby. Masalah lain pulak nanti. Masa siram air tu, tangan ibu gosok-gosoklah sikit dahi baby tu tau. 
  5. Apa yang terbaik, tugas memandikan baby ni dilakukan oleh ayah. Sambil mandikan tu, berzikir dalam hati Ya Latif, Ya Hadi. 
  6. Oh ye, pastikan siraman tak dilakukan pada muka baby sebab ia dikhuatiri boleh menyebabkan baby lemas sekaligus menyebabkan lubang hidungnya jadik lembap. So, baby akan mudah kena selesema dan jangkitan kuman.
  7. Last, lakukan siraman ke atas dada baby seterusnya hingga ke bawah. Tapi, ibu tak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh baby sebab bimbang air dan sabun akan menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.
  8. Dah siap mandi, lapkan seluruh badan baby dengan tuala yang bersih. Caranya, mulakan dari kepala sebab kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun baby basah. Keadaan ni dikatakan akan menyebabkan masalah paru-paru lemah. 

Moga bermanfaat.

Sumber : Baitus Solehah.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (448) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews