Jom baca 4 kisah dan ujian dalam Surah Al-Kahfi yang boleh kita jadikan pengajaran dan ikhtibar.

Surah Al-Kahfi diturunkan di Mekah, adalah surah Makiyyah yang mempunyai 110 ayat. Rasullullah sangat menggalakkan umatnya membaca surah ni setiap hari Jumaat. Kenapa agaknya ye ia menjadi sebahagian dari sunnah baginda? Umumnya, dalam surah ni diceritakan 4 kisah yang sangat menarik untuk kita jadikan sebagai ikhtibar dalam kehidupan seharian kita. 


Jom baca 4 kisah dan ujian dalam Surah Al-Kahfi yang boleh kita jadikan pengajaran dan ikhtibar.
Jom baca 4 kisah dan ujian dalam Surah Al-Kahfi yang boleh kita jadikan pengajaran dan ikhtibar. Gambar kredit Google. 

1. Ujian keimanan : Kisah pemuda gua (Ashabul Kahfi).

Kisah pemuda-pemuda yang beriman yang mana mereka tinggal di sebuah negeri bersama pemerintah yang tak beriman. Mereka melarikan diri dan bersembunyi dalam sebuah gua. 

Allah SWT melimpahkan rahmat ke atas mereka lantas memberikan perlindungan. Pemuda-pemuda tersebut akhirnya bangun dari tidur yang lama. 

Kisah ini membuktikan Allah SWT berkuasa menghidup dan mematikan ke atas sesuatu yang dikehendakinya. 

2. Ujian harta : Kisah pemilik kebun.

Kisah 2 orang pemilik kebun yang tanahnya sangat subur dan hasilnya sangat banyak. Salah seorang dari mereka tak bersyukur, malah meragui hari kiamat. 

Allah SWT memberi bukti kekuasaanNya dengan menghancurkan kebun yang dimilikinya. Peristiwa itu membuatkan pemilik kebun terssebut menyesali perbuatanya. 

Jom baca 4 kisah dan ujian dalam Surah Al-Kahfi yang boleh kita jadikan pengajaran dan ikhtibar.
Jom baca 4 kisah dan ujian dalam Surah Al-Kahfi yang boleh kita jadikan pengajaran dan ikhtibar. Gambar kredit Google.

3. Ujian ilmu : Kisah Nabi Musa A.S dan Nabi Khidir A.S.

Apabila  Nabi Musa A.S ditanya, "Siapakah manusia yang paling pandai di muka bumi ini?", lantas dia menjawab, "Akulah orangnya." 

Allah SWT menemukan Nabi Musa A.S dengan Nabi Khidir A.S. Nabi Musa A.S mengikuti Nabi Khidir A.S dengan niat menuntut ilmu darinya. 

Setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi walau kelihatan buruk di mata manusia namun tidak dapat menandingi ilmu Allah SWT. 

4. Ujian kuasa : Kisah Zulkarnain.

Kisah seorang raja yang beriman bernama Zulkarnain yang mana dia hebat dari segi pengetahuan dan kuasa. 

Tidak sombong dan tak pernah menyalahgunakan kuasa yang dianugerahkan olehNya (16:86-87). 

Berjaya membuat dinding penghalang kepada Yakjuj dan Makjuj dengan bantuan suatu kaum yang tak dapat difahami bahasa mereka. (16:95).

Moga bermanfaat. 

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews