Memang tak dinafikan rasa bimbang, fobia dan takut trerutama bila berhadapan dengan suasana cemas adalah perkara biasa dan ini semua orang pernah merasainya.
Namun, kalau keadaam ni terlalu berlebihan dan melampau malah berlarutan melebihi 6 bulan sehingga mengganggu aktiviti rutin seharian, ia bukanlah sesuatu yang normal lagi.
Basically, Anxiety Disorder (AD) adalah gangguan kebimbangan atau keresahan yang berlaku secara berlebihan, kerap dan berpanjangan.
Keadaan ini boleh menyebabkan aktiviti harian seseorang itu terganggu. Kalau ini terjadi, mereka yang mengalaminya mesti mesti mendapatkan rawatan segera.
Untuk pengetahuan korang jugak, dalam bidang psikologi AD ni dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gangguan panik dan kecelaruan keresahan umum.
So, antara simptom fizikal yang ketara adalah mereka akan mengalami sesak nafas dan jantung akan berdegup laju.
Anxiety Disorder : Apa yang korang kena tau mengenainya? Gambar kredit Google. |
Kesan keadaan ini akan menyebabkan rasa sakit pada bahagian dada, tangan dan badan shaking (menggeletar), rasa macam tercekik, berpeluh, rasa loya yang datang dari dalam perut dan rasa pening macam nak pitam.
Kebanyakan mereka yang mengalami simptom yang cikla senaraikan kat atas tu rasa ini adalah heart attack atau stroke, seterusnya mereka akan hilang kawalan, makin cemas dan rasa macam nak mati.
Manakala, gangguan panik biasanya terjadi secara tiba-tiba dan kerap, contohnya 2 hingga 3 kali seminggu.
Tapi, kalau ia berlaku semakin kerap, kenalah pergi jumpa doktor untuk pemantauan lanjut. Ada pakar psikologi mengatakan, takde punca tertentu yang boleh menyebabkan AD sebenarnya.
Tapi ia mungkin disebabkan atau mempunyai kaitan dengan kejadian trauma pada masa lalu, masalah kesihatan, penggunaan ubatan tertentu, keturunan dan tekanan yang belarutan dalam tempoh yang lama.
Anxiety Disorder : Apa yang korang kena tau mengenainya? Gambar kredit Google. |
Kesan AD yang kronik jika tak dirawat pulak adalah seperti kemurungan, insomnia, suka menyendiri dan apa yang paling teruk rasa ingin untuk membunuh diri.
Tapi, bak kata pepatah, "etiap penyakit ada ubatnya." Begitu jugak dengan AD ni. Terdapat beberapa pilihan rawatan untuk merawat AD ni, iaitu;
- Ubat-ubatan, yang mana ia membantu menstabilkan bahan kimia yang mengawal fungsi otak seperti seratonin, dopamin dan norepinefin yang berada dalam keadaan tak normal.
- Psikoterapi.
- Terapi kognitif bersama rundingan ahli keluarga untuk mencri penyelesaian. Apply teknik bertenang menerusi pernafasan, zikir untuk muslim dan rehatkan otot. Cara ini adalah untuk mengawal dan mendapatkan kembali keyakinan diri.
Apa yang penting, JANGAN mengambil ubat penenang tanoa nasihat doktor.
Kredit perkongsian tip dari Dr. Gurdeep Singh, Pakar Psikitari Hospital Thomson.
No comments:
Post a Comment