Korang dah masak menu lunch ke? Ke masih berperang dekat dapur. Hihi. Biasalah, time cecuti ni kadang kadang kena masuk dapur awal, menu pulak kena pelbagai, sebab lain anak lain plak seleranya. Mak dia ikut je, janji anak happy. Sebenarnya, rini cikla gantung kuali. Lauk dah ready sebab jiran sebelah bagi kari ikan. Lagipun, kari ayam semalam pun ada banyak lagi, kita kasi perangat je.
Tapi tapi tapi, cikla resepi yang nak share ni bukan resepi kari, tapi resepi ikan kicap. Cikla masak lauk ni kelmarin ke, kelmarin dulu. Cumanya tak dan nak share. Ni baru dapat share sambil golek golek, rehat rehat, hehe. Ohhh, cikla agak mesti ramai yang dah tau masak ni kan, tapi bezanya mesti ada macam macam versi, gaya dan cara. Betul? Haa, tapi kalau yang ni cara cikla laa.
Bahan-bahan:
5 ekor ikan mabong (sederhana besar).
2 biji bawang merah (hiris).
3 ulas bawang putih (tumbuk lumat).
1/2 inci halia (tumbuk lumat).
1 sudu kecil jintan manis (tumbuk lumat).
1 sudu kecil jintan putih (tumbuk lumat).
1 sudu kecil biji ketumbar (tumbuk lumat).
1/2 - 1 sudu kecil lada hitam (tumbuk lumat).
1 biji cili merah (potong serong).
5-6 biji cili api (belah dua).
Kicap lemak manis kipas udang (letak ikut suka. Nak pekat letak banyak).
Bawang besar (potong bulat -ikut suka nak letak pun ok, tak letak pun ok).
Minyak, air asam jawa, gula dan garam secukup rasa.
Cara nak masak:
Ikan dibersihkan dan diperap dengan garam dan kunyit, kemudian goreng. Dah siap, angkat dan ketepikan. Luakkan sedikit minyak gorengan ikan tadi, lepas tu tumis bahan hiris sampai kekuningan. Sesudah itu, masukkan bahan tumbuk. Tumis sampai wangi dan naik bau. Masukkan kicap secukupnya, dan kacau.
Bila nampak kicap macam berkilat je, masukkan air asam jawa, cili besar, cili padi dan bawang besar yang dipotong bulat. Perasakan dengan gula dan garam. Kalau nampak pekat sangat, tambah sedikit air. Biarkan mengeleggak dan kuah masak.
Last, masukkan ikan dan gaul rata. Rasa kuah ok ke tak, kalau tak ok korang tambahkam apa yang patut. Dah mendidih, bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Jujur, cikla jarang dah masak kicap ikan since lepas operation total thyroid 3 tahun lepas. Sebab apa tak makan tu? Kicap kan dari soya, walaupun bukan dari soya yang pure. So, memang memula dulu sedaya upaya cikla cuba elak ambil makanan berasaskan soya. La ni je, baru start makan sikit sikit balik.
Oklahhh, selamat mencuba!
0 comments: