Nak bedak tahan lama dan nampak rata walaupun kulit berminyak? Meh baca tip ni.

By Cikla Shahril - June 03, 2020

NAK BEDAK TAHAN LAMA DAN NAMPAK RATA WALAUPUN KULIT BERMINYAK? MEH BACA TIP NI. Siapa sahabat cikla yang kulit dia jenis berminyak? Bagi cikla, orang yang kulit dia jenis macam ni kadang masalah jugak nak buat bedak yang dipakai tu tahan lama dan nampak rata kan. Nanti baru pakai kejap, muka dah jadi macam terlebih shining, siap berkilat lagi. Haa, cikla ada tip macam mana nak buat bedak yang dipakai tu tahan lama. Nak tau? Meh baca ni. 

Macam mana nak buat bedak tahan lama walaupun kulit berminyak?

Nak bedak tahan lama dan nampak rata walaupun kulit berminyak? Meh baca tip ni.
Nak bedak tahan lama dan nampak rata walaupun kulit berminyak? Meh baca tip ni. Gambar diubahsuai dari carian Google.


Pertama : Bersihkan keseluruhan muka dahulu sebelum memakai mekap. Kalau korang nak tau, bilasan air  lepas korang guna cleanser tu akan bantu menyahkan minyak dan kotoran yang melekaat dekat muka. Lagi satu, kalau kotoran ni semua tak dibersihkan sebaiknya, nanti mekap korang akan jadi tak sekata. Tak memasak cik jerawat pulak timbul. Masalah lagik. Hehe. 

Kedua : Guna ais untuk kawal pengeluaran minyak, sebab muka yang berminyak memang senang sangat nampak berminyaknya walaupun korang baru je lepas bersihkan muka korang tu. Walaupun ia dapat membantu secara sementara, rasa sejuk ais akan membuatkan kulit muka jadi fresh dan menegangkan kelenjar minyak, sekaligus pengeluaran minyak berlebihan dapat dikawal.

Ketiga : Jangan lupa guna pelembap muka, tapi pastikan pilih pelembap yang sesuai dengan kulit muka koranglah. Sebaiknya, pilih pelembap yang mempunyai kandungan yang ringan, sebab tekstur sebegini boleh kawal kadar minyak di muka korang, selain ia menjadikan mekap atau bedak korang pakai tu tahan lama walaupun the whole days.  

Nak bedak tahan lama dan nampak rata walaupun kulit berminyak? Meh baca tip ni.
Nak bedak tahan lama dan nampak rata walaupun kulit berminyak? Meh baca tip ni. Kredit Google.


Nak bedak tahan lama dan nampak rata walaupun kulit berminyak? Meh baca tip ni.
Nak bedak tahan lama dan nampak rata walaupun kulit berminyak? Meh baca tip ni. Kredit Google.


Keempat : Pilih bedak jenis tekstur ringan, contohnya bedak jenis loose powder sebab bedak camni tekstur dia lebih lembut dan membuatkan ia lebih selesa bila ditepekkan di kulit muka, dan yang paling penting tak menyumbat pori-pori kulit. Selain itu, bedak camni jugak boleh bantu kurangkan kadar minyak di kulit dan melekat dengan baik di kulit muka berminyak. Tambahan pulak, bedak loose powder akan menjadikan kulit muka nampak  lebih fresh dan bebas minyak.

Kelima : Ada orang suka bawak kertas minyak ke mana-mana je. Kalau dalam handbag dia tu, ada je standby kertas minyak. Kertas minyak ni fungsi dia untuk kurangkan lebihan minyak di kulit muka. Tapi, korang kena ingat jangan gosok kertas minyak ini kuat-kuat dekat kulit muka tu sebab dia ni akan  membuatkan mekap dan bedak yang korang pakai tu rosak. Cara yang paling bagus pakai dia, just tekap tekap je perlahan-lahan sampai minyak kat kulit muka tu hilang. So, mekap pun tak rosak. 

Keenam : Kurangkan menyentuh kulit muka direct menggunakan tangan korang, contohnya menggaru, pegang dagu, tutup mulut dengan tangan dan lain-lain. Ini akan membuatkan mekap atau bedap korang tu jadi luntur sebab adanya lebihan minyak pada muka. Lagi satu, tabiat ni akan mendedahkan kulit muka kita kepada penyebaran bakteria dan kuman dari tangan ke muka. 

Kredit info : Group telegram Petua Dan Kesihatan.

  • Share:

You Might Also Like

2 Orang yang komen.

  1. saya jarang guna bedak sebab becapuk, tapi since tukar skincare pakai bedak dah tak bercapuk. so mungkin bercapuk ni sebab kulit tak berapa ready kot. kan

    ReplyDelete
  2. SELAMAT HARI RAYA!!! Best entry ini :) done follow, follow me back.. thanks
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete