'Santai Tapi Sampai'

28 June 2020

Cara nak banyakkan susu ibu.

Semua orang tau yang susu ibu mempunyai 1001 khasiat untuk anak. Malah, bukan anak je dapat kebaikan, ibu pun boleh tumpang sekaki. 

Selain itu, ini adalah salah satu cara amat special untuk merapatkan hubungan dan kasih sayang ibu dan anak. 

Berbalik kepada khasiat susu ibu, susu ibu mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh anak untuk berkembang sihat Dalam tempoh enam bulan pertama dia hidup di dunia ni, dan penyusuan boleh diteruskan sehingga anak berusia dua tahun. 

Susu ibu jugak mengandungi antibodi yang membantu melindungi anak dari jangkitan penyakit seperti selsema, jangkitan urinari dan telinga, termasuklah mengurangkan risiko penyakit alahan dan asma. 

Selain dari antibodi yang ada dalam susu ibu, badan ibu jugak  akan menghasilkan antibodi baru ketika ibu terdedah kepada jangkitan dan antibodi tu akan dipindahkan kepada anak melalui susu badan yang diminumnya. 

Ibu jugak boleh mendapat manfaat dari segi pengurangan risiko penyakit kanser payudara dan ovari dan keretakan tulang. 

Seriously, ia memang sangat mencabar terutama ibu yang bekerja. Tapi, benda ni semua tak menjadi masalah kalau ibu sentiasa berdisiplin dan jadikan ia rutin tetap ibu seharian.

Rancang jadual pengepaman susu secara konsisten setiap hari sebab ia akan membantu ibu mempunyai bekalan susu yang cukup dan berterusan sehingga complete penyusuan eksklusif. 

Cara nak banyakkan susu ibu.
Cara nak banyakkan susu ibu. Gambar kredit Google.

Antara kaedah dan tip untuk membanyakkan susu badan, adalah seperti berikut: 

  1. Kerap dan konsisten mengepam susu sebab ni adalah hal yang paling asas meningkatkan penghasilan susu ibu. Paling bagus setiap dua hingga tiga jam sekali. 
  2. Minum air secukupnya sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Ini penting sebab komponen utama susu badan adalah air. Lagi satu, kurangkan pengambilan air manis sebab air manis akan serap cecair dalam badan dan menyebabkan hidrasi. 
  3. Ambil makanan seimbang dan bernutrisi setiap hari iaitu masa sarapan, makan tengah hari dan malam untuk menghasilkan susu yang berkhasiat. 
  4. Emosi ibu penting tau, sebab aliran susu hanya akan menjadi lancar bila ibu tenang dan ceria. Kalau ibu rasa stress, kelam kabut, serabut percaya atau tak, penghasilan susu jugak akan terganggu. So, antara tip yang disarankan adalah sambil pam susu tu, tengoklah gambar anak. Pembakar semangat tau!

Moga bermanfaat!

1 comment:

  1. Terima kasih perkngsian CikLa.Hak dan rezeki ekslusif anak.

    ReplyDelete