Cramp betis masa mengandung? Siapa yang selalu kena?

By Cikla Shahril - June 05, 2020

CRAMP BETIS MASA MENGANDUNG? SIAPA YANG SELALU KENA? Hai korang. Cikla nak tanya. Sapa selalu kena cramp masa mengandung? Ada pulak yang kata cramp ni jadi bila otot kaki terpaksa menampung berat badan yang berlebihan sebab rahim yang membesar jugak turut bagi tekanan dari pengaliran darah dari vena utama kaki naik ke atas. This situation jugak melibatkan kesan hormon progesterone. Hormon ni hormon utama yang terhasil masa kita mengandung, yang mana  ini secara tak langsung bagi kesan pada ketahanan dan kekuatan otot kaki jugak.

Cramp betis masa mengandung? Siapa yang selalu kena?
Cramp betis masa mengandung? Siapa yang selalu kena? Gambar diubahsuai dari carian Google.

Huurmmm, korang nak tau tak apa punca jadi cramp ni? Tu dia.

1-Otot betis korang yang mungkin keletihan, nak nak pulak kalau korang sejenis yang aktif berjalan the whole days. So, memalam tu sebelum tidur eloklah urut urut dulu kaki tu. Baru selesa nak tidur nanti.  

2-Pemilihan kasut yang korang pakai mungkin tak sesuai sebab tekanan pada urat saraf kaki boleh sebabkan kaki cepat lenguh dan cramp. Lagi lagi kalau kaki korang bengkak. Uishh, lagi hazab bin sadis. 

3-Peredaran darah yang tak lancar. So, korang kenalah rajin sikit rendam kaki dengan air panas dalam 15 minit gitu untuk lancarkan peredaran darah. Korang kena rajin bersenam gak tau.

4-Mungkin badan korang kurang garam mineral, contohnya kalsium, tak pun magnesium atau fosforus pulak terlebih-lebih. Jadinya, minum susu tu kenalah konsisten, dan jangan lupa ambil air masak secukupnya jugak.

5-Mungkin disebabkan cuaca jugak. Kan biasanya memalam sejuk. Pastu, tidur pulak dengan tak berselimut. So, kenalah beringat lepas ni.

Apa nak buat kalau tetiba kena cramp lagi lagi kena bila time sorang-sorang? 

Cramp betis masa mengandung? Siapa yang selalu kena?
Cramp betis masa mengandung? Siapa yang selalu kena? Kredit Google.

Cramp betis masa mengandung? Siapa yang selalu kena?
Cramp betis masa mengandung? Siapa yang selalu kena? Kredit Google.

Korang, try luruskan kaki perlahan-lahan, pastu bengkokkan bahagian buku lali kaki dan jari-jari kaki ke arah korang. Tapi, pastikan sendi lutut semua lurus tau. Kalau boleh, try bongkokkan badan. Pastu, try capai jari kaki korang, dengan lembut dan sopan, then tarik jari-jari kaki perlahan-lahan.

Tapi, kalau cikla, cara paling CEPAT nak bagi lega, sapu minyak urut moden MMG je. Sapu dan gosok perlahan-lahan bahagian yang sakit tu, inshaAllah memang akan rasa lega sangat. Lepas ni, tidur kenalah berselimut ye, kalau tak nak pun pakailah stoking. Janji kaki tu tak terdedah dengan cuaca sejuk. 

Hurmm, seriau pulak teringat betis tetiba cramp malam kelmarin. Sakit wehhh. 😣

#sharinginfotips

  • Share:

You Might Also Like

3 Orang yang komen.

  1. Simpul biawak...jangan kata mengandung, tak mengandung pun, silap sikit je Sis kena, time tidur plak tu, adeiii...sakit gilerrr

    ReplyDelete
  2. kena juga masa mengandung. maybe sbb kaki kecik, bdn berat tu kena tu. huhu

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..jom follow blog aku ya Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan.. Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete