Cramp betis masa mengandung? Siapa yang selalu kena?

Cikla nak tanya. Sapa selalu kena cramp masa mengandung? Ada pulak yang kata cramp ni jadi bila otot kaki terpaksa menampung berat badan yang berlebihan sebab rahim yang membesar jugak turut bagi tekanan dari pengaliran darah dari vena utama kaki naik ke atas. 

This situation jugak melibatkan kesan hormon progesterone. Hormon ni hormon utama yang terhasil masa kita mengandung, yang mana  ini secara tak langsung bagi kesan pada ketahanan dan kekuatan otot kaki jugak.

Cramp betis masa mengandung? Siapa yang selalu kena?
Cramp betis masa mengandung? Siapa yang selalu kena? Gambar diubahsuai dari carian Google.

Huurmmm, korang nak tau tak apa punca jadi cramp ni? Tu dia.

1 - Otot betis korang yang mungkin keletihan, nak nak pulak kalau korang sejenis yang aktif berjalan the whole days. So, memalam tu sebelum tidur eloklah urut urut dulu kaki tu. Baru selesa nak tidur nanti.  

2 - Pemilihan kasut yang korang pakai mungkin tak sesuai sebab tekanan pada urat saraf kaki boleh sebabkan kaki cepat lenguh dan cramp. Lagi lagi kalau kaki korang bengkak. Uishh, lagi hazab bin sadis. 

3 - Peredaran darah yang tak lancar. So, korang kenalah rajin sikit rendam kaki dengan air panas dalam 15 minit gitu untuk lancarkan peredaran darah. Korang kena rajin bersenam gak tau.

4 - Mungkin badan korang kurang garam mineral, contohnya kalsium, tak pun magnesium atau fosforus pulak terlebih-lebih. Jadinya, minum susu tu kenalah konsisten, dan jangan lupa ambil air masak secukupnya jugak.

5 - Mungkin disebabkan cuaca jugak. Kan biasanya memalam sejuk. Pastu, tidur pulak dengan tak berselimut. So, kenalah beringat lepas ni.

Cramp betis masa mengandung? Siapa yang selalu kena?
Cramp betis masa mengandung? Siapa yang selalu kena? Kredit Google.

Apa nak buat kalau tetiba kena cramp lagi lagi kena bila time sorang-sorang? 

Korang, try luruskan kaki perlahan-lahan, pastu bengkokkan bahagian buku lali kaki dan jari-jari kaki ke arah korang. Tapi, pastikan sendi lutut semua lurus tau. 

Kalau boleh, try bongkokkan badan. Pastu, try capai jari kaki korang, dengan lembut dan sopan, then tarik jari-jari kaki perlahan-lahan.

Tapi, kalau cikla, cara paling CEPAT nak bagi lega, sapu minyak urut moden MMG je. Sapu dan gosok perlahan-lahan bahagian yang sakit tu, inshaAllah memang akan rasa lega sangat. 

Lepas ni, tidur kenalah berselimut ye, kalau tak nak pun pakailah stoking. Janji kaki tu tak terdedah dengan cuaca sejuk. 

Hurmm, seriau pulak teringat betis tetiba cramp malam kelmarin. Sakit wehhh. 

#sharinginfotips

3 comments:

  1. Simpul biawak...jangan kata mengandung, tak mengandung pun, silap sikit je Sis kena, time tidur plak tu, adeiii...sakit gilerrr

    ReplyDelete
  2. kena juga masa mengandung. maybe sbb kaki kecik, bdn berat tu kena tu. huhu

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..jom follow blog aku ya Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan.. Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (639) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (37) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (454) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews