Intoleransi laktosa di kalangan bayi. Bahaya ke?

Korang pernah dengar istilah ni tak? Untuk pengetahuan korang, intoleransi laktosa adalah keadaan di mana badan tak dapat nak serap laktosa. Laktosa ni pulak sejenis gula yang terkandung secara eksklusif dalam susu dan produk tenusu. Badan kita hanya akan dapat laktosa yang dah dicernakan dalan bentuk yang lebih ringkas, iaitu glukosa dan galaktosa. Proses ni pulak berlaku kena ada tindakan enzim laktase. Enzim laktase ni duduk dia pada sel-sel dekat usus kecik korang. So, kalau dinding sel usus kecil korang rosak atau alai kecacatan, ia akan menjejaskan jumlah enzim laktase korang.

Ohh ye, mungkin ada yang confius antara alahan susu lembu dengan intoleransi laktosa ni. Haa, beza tau dua-dua ni. Kalau alahan susu lembu, ia disebabkan oleh tindak balas imun badan terhadap protein susu. Manakala, intoleransi laktose pulak adalah simptom yang disebabkan oleh penghadaman laktosa dalam usus. 

Ok, habis kisah intoleransi laktosa secara umum. Sekarang cikla nak share sikit tanda atau kesan intoleransi laktosa pada baby pulak. 

Intoleransi laktosa di kalangan bayi. Bahaya ke?
Intoleransi laktosa di kalangan bayi. Bahaya ke? Gambar diubahsuai dari carian Google.

Apakah tanda dan gelaja penyakit pada baby?

Gejala akan timbul atau kelihatan 1/2 hingga 2 jam lepas memakan makanan atau minum yang mengandungi laktosa. Tanda pada baby adalah seperti berikut, baby merengek dan menangis, kulit melecet di bahagian punggung, berak cair yang berbau busuk dan berbuih, mengalami perut kembung dan memulas dan kentut yang berlebihan. 

Apakah pula masalah yang mungkin akan timbul disebabkan penyakit ini?

Intoleransi laktosa yang berlaku sementara tak akan menyebabkan komplikasi pada anak. Tapi, ia akan jadi lebih serius dan memudaratkan kalau tak dirawat, iaitu, kurang air dalam badan atau dehidrasi, kurang zat makanan dan terencat tumbesaran mereka. 

Bahaya jugak kan?

Kredit Portal MyHealth.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (639) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (37) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (454) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews