Mengapa orang kafir sebaik mana pun tetap dimasukkan ke dalam neraka? Jawapan Dr. Zakir Naik ini membuatkan seorang pemuda terdiam.

Jom baca dialog menarik antara Dr. Zakir Naik dan seorang pemuda. 

Pemuda : Ada seorang yang terlalu baik, anti rasuah, membina masjid, rajin menderma sehingga hidupnya dikorbankan untuk menolong orang, lalu suatu hari telah meninggal dunia dan dia bukanlah seorang muslim. Dia akan masuk syurga atau neraka?

Dr. Zakir Naik : Neraka. 

Pemuda : Eh? Kan dia orang baik. Kenapa masuk neraka? 

Dr. Zakir Naik : Kerana dia bukan Muslim.

Pemuda : Tapi dia orang baik. Ramai orang dapat manfaat dan bantuan disebabkan dia, bahkan umat islam juga. Malah pembinaan masjid. Apakah jahatkah Tuhan kalau orang sebaik dia dimasukkan ke dalam neraka juga. 

Dr. Zakir Naik : Allah SWT tidak jahat, tapi hanya adil. 

Pemuda : Adil dari segi mana?

Dr. Zakir Naik : Kamu sekolah setakat mana?

Pemuda: Saya ini Master Sains lulusan USA. Kenapa?

Mengapa orang kafir sebaik mana pun tetap dimasukkan ke dalam neraka? Jawapan Dr. Zakir Naik ini membuatkan seorang pemuda terdiam.
Mengapa orang kafir sebaik mana pun tetap dimasukkan ke dalam neraka? Jawapan Dr. Zakir Naik ini membuatkan seorang pemuda terdiam. Gambar diubahsuai dari carian Google.

Dr. Zakir Naik : Bagaimana kamu boleh mendapat lulusan Master Sains dari USA?

Pemuda :  Kerana saya belajar di sana. Pelajar lulusan universiti sana.

Dr. Zakir Naik : Apakah nama kamu didaftarkan di sana. Kamu mendaftar?

Pemuda: Ya, terang jelas, ijazahnya masih baru. 

Dr. Zakir Naik : Sekiranya waktu itu kamu tidak mendaftar, tapi kamu tetap ke sana, hadir setiap kuliah, senyap-senyap ambil peperiksaan, malah kamu telah mendapat markah yang sempurna, adakah kamu akan mendapat ijazah?

Pemuda : Tentu tidak. Itu namanya mahasiswa haram, walaupun dia bijak, dia tidak berdaftar sebagai mahasiswa, universiti mempunyai peraturannya. 

Dr. Zakir Naik : Bermakna universiti kamu itu jahat, ada orang yang begitu bijak tidak diberikan ijazah hanya kerana semata-mata tidak mendaftar?

Pemuda: Terdiam. 

Dr. Zakir Naik : Bagaimana?

Pemuda : Ya. Itu bukan jahat. Itu adalah peraturan. Mahasiswa itulah yang bersalah kerana dia tidak mahu mendaftar, akibatnya dia tidak mendapat ijazah dan gelaran rasmi dari kampus. 

Dr. Zakir Naik : Lihatlah. Universiti pun mempunyai peraturannya sendiri, apatah lagi peraturan dunia dan akhirat ini. Kalau syurga diibaratkan ijazah, dunia ibarat bangku kuliah, maka syahadah ibarat pendaftaran. Maka tidak mungkin kita akan diakui dan mendapat ijazah, walaupun kita mengikuti kuliah dan mampu melaluinya dengar gemilang. Ini adalah peraturan. Menerapkan nya bukanlah kejahatan tetapi merupakan keadilan. 

Pemuda : Terdiam. Tanpa berkata-kata.

Dapat sesuatu? Salam Jumaat kalian. 

#sharingilmu
#copypaste 

1 comment:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (636) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews