'santai tapi sampai'

14 nasihat emas dari Imam Syafi'i. Jom baca. Gambar diubahsuai dari carian Google. 1. Bila kau tak mahu merasakan lel...

14 nasihat emas dari Imam Syafi'i. Jom baca.

14 nasihat emas dari Imam Syafi'i. Jom baca.
14 nasihat emas dari Imam Syafi'i. Jom baca. Gambar diubahsuai dari carian Google.

1. Bila kau tak mahu merasakan lelahnya belajar, maka kau akan menanggung pahitnya kebodohan.

2. Jangan cintai orang yg tidak mencintai Allah, kalau Allah saja ia tinggalkan, apalagi kamu. 

3. Barangsiapa yang menginginkan husnul khatimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan manusia.

4. Doa di saat Tahajud adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran. 

5. Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat.

6. Siapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi, maka ia benar-benar menasihatimu. Siapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu.

7. Berapa banyak manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kafan sedang di tenun.

8. Jadikan akhirat dihatimu, dunia ditanganmu dan kematian dipelupuk matamu.

9. Berkatalah sekehendakmu untuk menghina kehormatanku, diamku dari orang hina adalah suatu jawaban. Bukanlah ertinya aku tidak mempunyai jawaban, tapi tak pantas bagi singa meladeni anjing.

10. Amalan yang paling berat diamalkan ada 3. Pertama, dermawan saat yang dimiliki sedikit. Kedua, menghindari maksiat saat sunyi tiada siapa-siapa. Ketiga, menyampaikan kata-kata yang benar dihadapan orang diharap atau ditakuti.

11. Orang yang hebat adalah orang yang memiliki kemampuan menyembunyikan kemeralatannya, sehingga orang lain menyangka bahawa dia berkecukupan kerana dia tak pernah meminta.

12. Orang yang hebat adalah orang yang memiliki kemampuan menyembunyikan amarah, sehingga orang lain menyangka bahawa dia merasa redha.

13. Orang yang hebat adalah orang yang memiliki kemampuan menyembunyikan kesusahan, sehingga orang lain menyangka dia selalu senang.

14. Apabila engkau memiliki seorang sahabat yang membantumu dalam ketaatan kepda Allah, maka genggam eratlah dia, jangan engkau lepaskan. Kerana mendapatkan seorang sahabat yang baik adalah perkara yang susah, sedangkan melepaskannya adalah perkara yang mudah.

Moga bermanfaat. 

#sharingilmu
#cooypaste

0 comments: