Mandi lama punca kulit jadi kering? Ye ke?

Korang tau tak, bagi sesetengah orang, masalah kulit kering boleh menjadi masalah yang membimbangkan bagi mereka. 

So, masalah kulit kering ni pulak akan menimbulkan masalah-masalah kulit yang lain, seperti beruam, berkilat, kesan penuaan, garis halus dan kedutan. 

Korang nak tau tak apa punca berlakunya kulit kering ni? Betul ke orang cakap kalau mandi lama-lama boleh sebabkan benda ni jadi gini?

Mandi lama punca kulit jadi kering? Ye ke?
Mandi lama punca kulit jadi kering? Ye ke? Kredit gambar Google.

  1. Cuaca, yang mana pendedahan kepada cuaca yang terlalu sejuk termasuklah duduk di kawasan beraircond terlalu lama. 
  2. Mandi dengan air yang terlalu panas. 
  3. Mandi terlalu lama. Tabiat ni dikatakan boleh menyebabkan lebih banyak air menguap keluar dari badan. So, hadkan masa mandi sehingga 5 hingga ke 10 minit. 
  4. Menggunakan sabun atau bahan antiseptic secara berlebihan. Ia boleh menyebabkan kulit jadi tegang dan ketat. Rasa seperti menyegat pada kulit menandakan lapisan minyak semulajadi pada kulit hilang dan kulit jadi kering. 
  5. Menggosok badan keterlaluan, terutama mereka yang kerap menggunakan skrub badan. Memanglah fungsi skrub ni untuk hilangkan sel kulit mati, tapi janganlah guna kerap sangat. 
  6. Geseran tuala pada kulit. Sebaiknya, keringkan badan dengan cara yang lembut. 
  7. Pengambilan ubat tertentu, contoh ubat jerawat, ubat darah tinggi dan kolesterol.

Apa cara paling mudah nak atasi masalah ni? Sudah tentulah, korang disarankan menggunakan pelembap kulit termasuklah losen dan krim yang sesuai dengan kulit korang. 

Selain tu, korang kena pandai memilih produk penjagaan diri yang sesuai dengan kulit.

Kredit : Ruangan Hati, Harian Metro.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (639) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (37) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (454) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews