"Luahan Rasa Tanpa Suara"

30 April 2018

Jom semak lokasi undi dengan aplikasi MySPR SEMAK!

April 30, 2018 4
Sebagai sebuah negara demokrasi berpelembagaan, setiap 5 tahun sekali, Malaysia akan mengadakan pilihan raya umum untuk memberi peluang kepada rakyat memilih kerajaan yang akan memerintah kelak. Rasanya semua orang dah tahu kot yang kita bakal menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini.

Bagi mereka yang pertama kali berpeluang mengundi, mesti korang excited kan. Betul tak? Tapi, excited excited jugak. Jangan korang lupa nak menyemak maklumat yang berkaitan dulu ye. Nanti bila dah tiba hari mengundi, maklumat tak cukup tak pasal-pasal tak jadi nak mengundi. Kena tunggu 5 tahun lagi pulak sebab mengundi lagi. Korang jangan risau. Zaman semakin canggih, macam-macam kemudahan dalam talian sudah diperkenalkan. Ini termasuklah kewujudan aplikasi mySPR SEMAK.

Aplikasi mySPR SEMAK adalah aplikasi yang boleh dimuat turun di platform App Store dan Play Store telefon pintar korang. Untuk pengetahuan korang, aplikasi ini dibangunkan untuk menyediakan kemudahan semakan secara online kepada orang awam untuk mengetahui status pendaftaran mereka sebagai pemilih. Selain itu, korang juga boleh menyemak lokasi korang mengundi masa PRU nanti, di samping korang berpeluang menyemak nama calon yang bertanding di negeri dan parlimen masing-masing. Apa yang paling best, result pilihan raya pun kita boleh tahu melalui aplikasi ini. 

Langkah demi langkah menggunakan aplikasi MySPR SEMAK.

Jom semak lokasi undi dengan aplikasi MySPR SEMAK!
Jom semak lokasi undi dengan aplikasi MySPR SEMAK! 

Jom semak lokasi undi dengan aplikasi MySPR SEMAK!
Jom semak lokasi undi dengan aplikasi MySPR SEMAK! 

Jom semak lokasi undi dengan aplikasi MySPR SEMAK!
Jom semak lokasi undi dengan aplikasi MySPR SEMAK! 

Jom semak lokasi undi dengan aplikasi MySPR SEMAK!
Jom semak lokasi undi dengan aplikasi MySPR SEMAK! 

Jom semak lokasi undi dengan aplikasi MySPR SEMAK!
Jom semak lokasi undi dengan aplikasi MySPR SEMAK! 

Jom semak lokasi undi dengan aplikasi MySPR SEMAK!
Jom semak lokasi undi dengan aplikasi MySPR SEMAK! 

Jom tunaikan tanggungjawab kita dengan jiwa yang tenang dan fikiran yang matang. 

Selamat mengundi korang! 

Pssttt : Korang mengundi dekat mana tu kali ni? 

Jom rebut peluang raih kelebihan malam Nisfu Sya'ban.

April 30, 2018 4
Korang, malam ni sebaik saja masuk waktu Maghrib tadi adalah malam Nisfu Sya'ban. Ia bermula dari lepas maghrib 14 Sya'ban sehingga subuh 15 Sya'ban. 

So, jangan lepaskan peluang minta apa saja hajat kita kepada Allah SWT. Inilah peluang kita! 

Gambar diubahsuai dari Sumber Google.

Di sini dinyatakan kelebihan malam nisfu Sya'ban sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW, 

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا، فَإِنَّ اللهَ تَعَالَى يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ: أَلاَ مُسْـتَغْفِر فَأَغْفِر لَهُ، أَلاَ مَسْتَرْزق فَأَرْزُقهُ، أَلاَ مُبْتَلى فَأُعَافِيه، أَلاَ كَذَا، أَلاَ كَذَا حَتَّى يَطلعُ الفَجْر.

Yang bermaksud, 

"Rasulullah SAW telah bersabda: Apabila tiba malam Nisfu Sya'ban maka kamu hidupkanlah malamnya dan kamu berpuasa di siang harinya, sesungguhnya Allah turun (hampir) padanya dari terbenam matahari ke langit dunia dan berfirman: Sekiranya terdapat orang yang memohon keampunan maka Aku ampunkannya, sekiranya terdapat orang yang meminta rezeki maka Aku beri rezeki kepadanya, sekiranya terdapat orang yang ditimpa bala maka Aku sejahterakannya, sekiranya begitu, sekiranya begini sehinggalah terbitnya fajar." (Riwayat Ibnu Majah)

Banyak kelebihan malam Nisfu Sya’ban, antaranya malam ini adalah terbukanya pintu langit dan malam dimakbulkan doa. Malam Nisfu Sya’ban juga dipanggil:

  • Lailatul Mubarakah (malam keberkatan). 
  • Lailatul Baraah (malam pelepasan). 
  • Lailatul Qismah wal-taqdir (malam pembahagian dan penentuan). 
  • Lailatul Takfir (malam mengkifaratkan dosa).
  • Lailatul Ijabah (malam diperkenankan doa). 
  • Lailatul Syafaah (malam syafaat). 
  • Lailatul Idil Malaikah (malam raya malaikat).
  • Lailatul Hayat (malam hidup), iaitu malam yang tidak dimatikan apabila seseorang menghidupkan malamnya.


Jom rebut peluang raih kelebihan malam Nisfu Sya'ban.
Jom rebut peluang raih kelebihan malam Nisfu Sya'ban. Sumber Google. 

7 kelebihan malam Nisfu Sya’ban.

1. Dari sayyidina Ali: Baginda Rasulullah SAW maksudnya:

"Apabila datang malam Nisfu Sya’ban maka beribadahlah di malamnya dan puasalah di siang harinya sesungguhnya Allah menurunkan rahmatNya dan para Malaikatnya pada malam itu dan berkata siapa yang minta rezeki ku beri, siapa meminta keselamatan aku pelihara, siapa yang hendak sesuatu maka akan ku kabulkan sampai terbit fajar."

2. Dari Muaz bin jabal, Bersabda baginda Rasulullahu SAW maksudnya:

"Pada malam Nisfu Sya’ban menurunkan Allah akan rahmatNyA dan para malaikatNya maka mengampuni Allah akan dosa-dosa hambanya."

Di riwayatkan bahawa pemindahan semua perkara dari lauhil mahfuz pada malam nisfu sya’ban dan selesai pada malam lailatul Qadar diserahkan urusan rezeki pada Malaikat Mikail urusan perang/gempa/bencana pada Malaikat Jibril, urusan amal pada Malaikat penghulu langit dunia dan urusan Musibah pada Malaikat maut.

3. Daripada sayyidah Aisyah  berkata:

"Malam Nisfu Sya’ban, aku terbangun dan rasulullah tidak ada di sampingku maka aku cari dan ternyata baginda ada di pekuburan sambil memandang ke langit kemudian berkata sungguh Allah menurunkan rahmatNya dan MalaikatNya ke langit dunia pada malam nisfu sya’ban dan mengampuni dosa hambanya."

4. Daripada Sayidah Aisyah berkata:

"Rasulullah berdiri sembahyang dan kemudian sujud sangat lama sehingga aku menyangka beginda telah wafat.

Was-was aku melihat sedemikian maka aku gerak-gerakan hujung kaki beliau maka bergeraklah. Kemudian aku kembali ke rumah dan ketika beginda selesai dari sembahyang,  Baginda datang dan berkata: ”tahukah kamu malam apakah ini?”

Berkata Aisyah: Allah dan Rasulnya yang lebih tahu.

Berkata Baginda: Malam ini adalah malam Nisfu sya’ban sesungguhnya Allah Memandang dan mengampuni Hamba-hambanya pada malam ini."

5. Dari Naufal al bakali bahwasanya:

Sayidina Ali keluar rumah pada malam Nisfu Sya’ban dan memandang ke langit sambil berkata keluar pada malam Nisfu Sya’ban nabiullah Daud alaihissalam dan memandang ke langit dan berkata Ya Allah sesungguhnya malam ini adalah malam mustajab do’a tidak berdo’a seseorang melainkan engkau kabulkan.

6. Diriwayatkan dari Ka’ab al ahbar berkata:

"Sesungguhnya Allah Mengutus malaikat Jibril pada malam Nisfu Sya’ban ke syurga dan memerintahkan  dihiaskan syurga."

Allah melepaskan dari api neraka pada malam ini hambanya sebanyak bilangan bintang di langit, sebilangan hari dan malam di dunia, sebilangan daun-daun pepohonan, seberat gunung-gunung dan sebilangan pasir-pasir.

7. Pada malam Nisfu Sya’ban Allah menambahkan air Zam Zam.

Jom rebut peluang raih kelebihan malam Nisfu Sya'ban.
Jom rebut peluang raih kelebihan malam Nisfu Sya'ban. Sumber Google. 

Faedah amalan pada malam Nisfu Sya’ban.

Disunatkan menghidupkan dan menghidupkan malam Nisfu Sya’ban dengan beribadah seperti sembahyang sunat tasbih, baca Al-Quran, berzikir, selawat, dan berdoa dengan niat:

  1. Panjang umur sihat wal’afiat dalam taat dan ibadah kepada Allah.
  2. Selamat dari pada musibah, bala, penyakit, wabak penyakit.
  3. Minta rezeki yang halal dan kaya hati dari sekalian makhluk dan mati dalam keadaan husnul khatimah baik kesudahan.
  4. Dan sekurang-kurangnya pada malam Nisfu Sya’ban beribadah dengan mengerjakan Solat Isyak berjamaah dan Solat Subuh berjamaah.

Semoga kita semua mendapat kerahmatan dan hidayah dari Yang Maha Esa. 

Kredit : WhatsApp Group. 

Giveaway doudou.my X cekgunorazimah.

April 30, 2018 5
Jom join giveaway ni.  Giveaway yang sangat senang tanpa syarat yang susah. Nak join? Jom!

Giveaway doudou.my X cekgunorazimah.


Khas buat pembaca cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 30 April 2018, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 14 Mei 2018 iaitu tepat jam 11.15 malamcekgunorazimah.com bersama lamanweb doudou.my bekerjasama untuk giveaway voucher pembelian pelbagai barangan di doudou.my.
Syarat-syaratnya :
  • Buat entri bertajuk "Giveaway doudou.my X cekgunorazimah" 
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. 
Copy Coding Entri Yang Disediakan Ini :



  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.
Seramai 10 orang pemenang akan dipilih untuk memenangi voucher barangan doudou.my bernilai RM30. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 16 Mei 2018.

Keputusan MENTOR OTAI akhir!

April 30, 2018 2
Program Mentor Otai akhir baru saja melabuhkan tirainya. Siapa yang mengikuti program realiti ni dari minggu pertama sehingga peringkat akhir mesti dah dapat agak kan siapa yang bakal menjadi juara. 

Pada cikla, kesemua peserta Mentor Otai ni power power belaka. Masing-masing ada kelebihan tersendiri terutama dari segi kekuatan vokal dan corak persembahan. 

*aiseh, dah macam juri pulak. Hehe. 

Tapi, cikla more kepada vokal Elvira sebab memang power giler lah. Key tinggi pun dia boleh selamba je tarik. Kalau dia jadi juara pun, memang she deserves it! Layak sangat! 

Keputusan MENTOR OTAI akhir!
Keputusan MENTOR OTAI akhir! - Gambar diubahsuai dari Google. 

So, apa kata kita semak keputusan penuh Mentor Otai akhir. Jom kita! 

Keputusan MENTOR OTAI akhir!
  • Juara : Elvira (Protege Misha Omar) membawa pulang hadiah wang tunai RM100k berserta trofi. 
  • Tempat kedua : Azie (Protege Zarul Umbrella)  membawa pulang hadiah wang tunai RM50k berserta trofi. 
  • Tempat ketiga : Alina (Protege Siti Sarah) membawa pulang hadiah wang tunai RM20k berserta trofi. 
  • Tempat keempat : AJ (Protege Tam Spider) membawa pulang hadiah wang tunai RM5k berserta trofi.

Bagi cikla, semua yang dapat masuk peringkat akhir ni semuanya dah dikira pemenang. Bukan senang tau nak sampai ke peringkat ni.  It's quite hard, uols! 

Tapi, kira oklah kan peserta dapat hadiah. Sekurang-kurangnya, 'terbayar' jugaklah semua usaha mereka selama join program ni. Dugaan yang paling besar adalah terpaksa berjauhan dari keluarga sepanjang program dijalankan. 

Walaubagaimanapun, pengalaman yang mereka dapat tu tak ternilai harganya. So, congratulations pada yang menang. Semoga terus sukses dalam karier korang ye.

29 April 2018

Its Time For A Giveaway By OmbakBergigi.

April 29, 2018 4
Hari minggu ni ke mana tu. Tak pergi ke mana? Lepak rumah je? Kalau macam tu, apa kata korang join giveaway ni. Syarat pun senang je. Jom kita! 

Its Time For A Giveaway By OmbakBergigi.

Its Time For A Giveaway By OmbakBergigi bermula dari saat ini, 12.00 tengahari 24 April 2018 sehingga 11.59 malam 8 May 2018. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join. 5 pemenang bertuah dicari. Hadiah berupa ole-ole fridge magnet dan keychain (will upload soon).

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Ombak BergigiAdd To Circle Google+ Ombak Bergigi, dan Follow Instagram @ombakbergigi (jika ada)
  2. Buat entri bertajuk ITS TIME FOR A GIVEAWAY BY OMBAKBERGIGI
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen 
  5. Segmen akan tamat pada 11.59 malam 8 May 2018.

Pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah manual dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 8 May 2018.

*support I ya.

Good luck semua!

28 April 2018

Bubur jagung makaroni : Manis dan berkrim.

April 28, 2018 9
Cikla percaya, sebelum ni korang mesti jumpa macam-macam menu yang boleh disediakan berasaskan makaroni seperti makaroni goreng, makaroni cheese, dan makaroni bakar. Apa kata kali ni korang try bubur makaroni pulak? Sejujurnya, ini kali pertama cikla buat bubur ni, asalnya sebab terbaca kawan fb cikla post pasal bubur ni. Terus teringin nak buat. Thanks Nad sebab bagi ilham. Jom kita tengok bahan-bahannya dulu.

Bubur jagung makaroni : Manis dan berkrim.
Bubur jagung makaroni : Manis dan berkrim. - Bahan-bahan. 

Bahan-bahan :

1/2 bungkus makaroni (cikla beli jenama KIMBALL). 
1 tin jagung dalam tin. 
1 kotak santan. 
2 helai daun pandan. 
Gula secukupnya, sedikit garam dan minyak.


Cara nak  buat :
  • Rebus makaroni dalam periuk dengan air dan sedikit garam serta minyak. Biarkan sampai makaroni lembut. Korang tak payah letak makaroni banyak sangat, sebab nanti lama-lama makaroninya kembang. So, jadi banyak. Kalau korang masak sepeket tu, seperiuk kau! So, korang agak-agaklah sendiri ye. Kalau tak ramai yang makan, satu mangkuk kecik tu pun dah cukup dah makaroninya. 
  • Bila dah lembut, toskan makaroni dan buang air rebusannya. Kemudian, masukkan semula makaroni ke dalam periuk. Tambahkan sedikit air, daun pandan dan gula (ikut suka. Tapi tak payahlah manis-manis sangat. Manis buah pun dah ok). 

Bubur jagung makaroni : Manis dan berkrim.
Bubur jagung makaroni : Manis dan berkrim. - Makaroni siap direbus. 

Bubur jagung makaroni : Manis dan berkrim. - Makaroni dan jagung bersatu di dalam periuk. 

  • Biarkan bahan-bahan tadi menggelegak. Selepas itu, tambahkan jagung dan santan. Masukkan secubit garam untuk menaikkan rasa lemak  bubur tu nanti. 
  • Kalau kuah nampak pekat sangat, tambahkan sedikit air masak ikut kesesuaian. Biarkan seketika, dan boleh dihidangkan.

Bubur jagung makaroni : Manis dan berkrim.
Bubur jagung makaroni : Manis dan berkrim. 

Bubur jagung makaroni : Manis dan berkrim.
Bubur jagung makaroni : Manis dan berkrim. 

Bagi cikla, bubur ni rasanya macam bubur gandum tu. Dah memang makaroni ni daripada gandum kan, haruslah rasa gandum. Hehe. Selamat mencuba!

27 April 2018

Kisah cinta tiga segi dan pengorbanan dalam drama Cinta Fatamorgana, slot Akasia TV3.

April 27, 2018 2
Waduh waduh, drama baru lagi. Korang tengok tak drama ni? Cikla tengok jugak kadang-kadang. Tapi takdelah hari-hari, ada jugak miss. Drama ni pun dah start ditayangkan pada 13 April lepas, 27 episod semuanya. 

Untuk pengetahuan korang, drama ini jugak adalah olahan dari adaptasi novel yang telah diubahsuai skripnya menjadi lebih mantap. 

Keistimewaan drama ini yang membezakan ia dari drama adaptasi novel yang lain adalah, kita tak akan dapat mengagak apakah yang akan berlaku seterusnya. 

Barisan pelakon pun memang mantap-mantap semuanya, gandingan pelakon lama dan baru. Memang kababooommm lah drama ni.

Kalau adaptasi novel kan, kita boleh baca novel asal untuk tahu what the next. Tapi, tidak dengan drama ini. 

Apa kata korang baca sinopsis drama ini secara ringkas, so that dapatlah gambaran sikit kan lebih-lebih pada mereka yang tak pernah mengikuti drama ini.

Kisah cinta tiga segi dan pengorbanan dalam drama Cinta Fatamorgana, slot Akasia TV3.
Kisah cinta tiga segi dan pengorbanan dalam drama Cinta Fatamorgana, slot Akasia TV3. Sumber Google. 

Drama : Cinta Fatamorgana (27 episod).
Pengarah : Heykal Hanifah.
Pelakon : Aeril Zafrel, Azar Azmi, Syazuwan Hassan, Shahz Jaszle, Nazeera Sardi, Norman Hakim, Faezah Elai, Rusdi Ramli, Emelda Rosmila, Dayana Roza dan Linda Rafar.
Waktu siaran : Setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam. 
Lagu tema : Fatamorgana Cinta (Asfan) utnuk intro, dan Mengejar Rindu (Hyper Act) untuk closing.

Sinopsis drama :

Drama ini mengisahkan tentang cinta tiga segi antara 3 sahabat baik iaitu Rifqi (Aeril Zafrel), Huzair (Syazuwan Hassan) dan Wildad (Azar Azmi). 

Hubungan Rifqi dan Huzair sangat rapat kerana keluarga Huzair telah menjaganya sejak kematian kedua orang tuanya. 

So, Rifqi merasa sangat terhutang budi dengan Tuan Deraman (Norman Hakim) dan Puan Habibah (Linda Rafar) yang menganggap dia seperti anak sendiri. 

Konflik bermula apabila dalam diam Rifqi dan Wildad saling jatuh cinta tapi cinta mereka terhalang kerana Huzair pun turut sama menyintai Wildad. 

Tapi, dek kerana sikap Rifqi yang terlalu 'menjaga hati' Huzair membuatkan Wildad sering berjauh hati dan merasa tiada siapa peduli dengan perasaannya. 

Walau begitu, Rifqi tetap berasa cemburu setiap kali melihat Huzair bersama Wildad tapi rasa tu hanya dipendamnya saja demi menjaga persahabatannya dengan Huzair. 

Apakah kesudahan kisah cinta terhalang ini? Korang kenalah tengok sampai episod terakhir, barulah tau apa ending nya.

Selamat menonton!

Timun jepun dan zucchini, rupa sama tapi sememangnya berbeza!

April 27, 2018 3
Pertama kali makan timun jepun atau kyuri membuatkan cikla rasa agak teruja jugaklah. Sebab apa sampai teruja bagai ni? Sebab selama ini cikla ingatkan timun jepun ni pahit. Rupa-rupanya sangkaanku meleset sama sekali. 

Apa yang cikla sangat tak sangka, rasa timun jepun ini 10 kali lebih sedap dan crunchy dari timun biasa tu. 

Sebelum ni, cikla memang selalu nampak timun jepun ni dekat supermarket dan selalu nampak orang beli timun ni dalam kuantiti yang banyak. Patutlah kan, sebab sedap. Berkhasiat pulak tu. 

Timun jepun dan zucchini, rupa sama tapi sememangnya berbeza!
Timun jepun dan zucchini, rupa sama tapi sememangnya berbeza! 

Ini kali kedua cikla makan timun jepun ni. Kali pertama cikla beli, masa pergi berbelanja barangan basah, terpandang lagi si timun jepun ni. 

So, memang terus rembat sebiji sebab nak rasa je. Kang beli banyak-banyak, buatnya pahit ke, dah jenuh pulak nak menghabiskan. Huhu. Kali kedua cikla beli dekat kedai area rumah cikla. Haruslah repeat beli lagi kan sebab sedap.

Kalau korang perasan, rupa timun jepun ni seakan-akan  zucchini. Masa cikla Google pasal ni, memang kebanyakan yang cikla jumpa mengatakan timun jepun dan zucchini adalah sama. 

Lain tau sebenarnya. Rupa paras je sama, tapi 'dalaman' sangat berbeza! 

Timun jepun dan zucchini, rupa sama tapi sememangnya berbeza!
Timun jepun dan zucchini, rupa sama tapi sememangnya berbeza! 

Timun jepun dan zucchini, rupa sama tapi sememangnya berbeza!
Timun jepun dan zucchini, rupa sama tapi sememangnya berbeza! - Ini ZUCCHINI! Sumber Google. 

Timun jepun memang berasal dari keluarga timun. Iyelah, namanya pun dah timun jepun kan. 

Tapi rupanya, zucchini pula adalah dari keluarga labu sebab bunganya macam bunga labu. Isinya pulak seakan isi terung. Nah. Memang jauh panggang dari api kan! 

Tapi, tak kisah dia dari keluarga mana pun, macam cikla bagi tau sebelum ni, timun jepun ni lagi sedap dari timun biasa tu, dan semestinya lagi sedap dari zucchini. Hihi. 

Timun jepun dan zucchini, rupa sama tapi sememangnya berbeza!
Timun jepun dan zucchini, rupa sama tapi sememangnya berbeza! 

Senang cakap, timun jepun rasa lebih fresh, crunchy, manis dan tak pahit pun. Timun jepun jugak dikatakan sangat bagus untuk pesakit kencing manis dan darah tinggi, di samping mencegah kanser jugak.

Jom makan timun jepun.

26 April 2018

Her Anniversary by Nurzariniismail.

April 26, 2018 6
Dah tidur ke? Kalau belum tidur lagi, apa kata korang join segmen plus mini giveaway ni. Hadiahnya memang menarik sangat. Rugilah kalau tak join. Mana tau, murah rezeki boleh menang kan. Amin.

Macam biasalah, nak join klik banner di bawah tu cepat-cepat jangan lambat-lambat (sila nyanyi dalam nada suara Sajat ye. Hehe). 

Her Anniversary by Nurzariniismail.
Her Anniversary by Nurzariniismail. 

Segmen ini berlangsung sehingga 25 Mei 2018. Memanglah lambat lagi tarikh tutupnya, tapi korang joinlah cepat-cepat, sebab nanti kalau lambat takut lupa. Hehe. Pemilihan pemenang adalah secara rawak. Hadiah? Tu kat bawah tu;
  • Seorang pemenang akan menerima rm50. 
  • 3 blog akan dipilih untuk menghiasi bloglist beliau selama setahun. Wow. Lama tu! 

Kepada Nurzarini Ismail dan suami, happy anniversary both of you. Semoga bahagia dan sabar menjalani asam garam hidup berumahtangga. 

So, pada yang join good luck lah. Semoga murah rezeki kita hendaknya, InshaAllah.

10 info menarik mengenai pelakon Nadiya Nisaa.

April 26, 2018 2
Nadiya Nisaa, pelakon yang sangat berbakat dan sudah lama berada dalam dunia hiburan. Rasanya tak salah kot cikla katakan pelakon comel ini  adalah pelakon versatile

Berilah apa saja watak pada dia, memang menjadilah. Watak berat, watak air mata even watak komedi pun memang 'makanan' dia ni haa. 

Cikla minat jugak tengok dia berlakon, tapi lately macam jarang pulak cikla nampak dia berlakon di tv. Atau cikla yang terlepas pandang kot.

10 info menarik mengenai pelakon Nadiya Nisaa.
10 info menarik mengenai pelakon Nadiya Nisaa. 

So, untuk peminat Nadiya Nisaa khasnya, cikla nak share dengan korang 10 info menarik mengenai pelakon kesayangan korang ni. Jom baca!

10 info menarik mengenai pelakon Nadiya Nisaa.
  1. Nama penuh Nadiya Nisaa adalah Nadiyatul Nisaa' merupakan anak kelahiran Gombak, Selangor yang dilahirkan pada 11 Julai 1985. *budak gombak rupanya.. Hehe.. Anak kedua dari 5 beradik. 
  2. Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Penyiaran dari Uitm Shah Alam dan pernah bekerja sebagai pegawai perhubungan awam di sebuah jabatan kerajaan. 
  3. Turut dikenali sebagai Icha di kalangan kawan rapat artist (Cristina Suzanne, Sherry al-Hadad, Nadia Aqilah, Sharifah Amani, Dira Abu Zahar). The Sonias menjadi nama gelaran dalam persahabatan mereka. 
  4. Mendirikan rumah tangga dengan seorang pelukis, Saiful Razman dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Omar yang berusia 7 tahun. 
  5. Sekitar tahun 2004, pelakon ini pernah muncul dalam iklan TV Hotlink Siti Nurhaliza Fantasia Tour. 
  6. Lakonan pertamanya di tv adalah drama Dengan Nama Cinta arahan Osman Ali. Tapi, dia start popular bila membintangi drama Adam dan Hawa pada tahun 2012 bersama aktor Aaron Aziz sebagai pelakon utama. 
  7. Pernah bergelar penyampai radio di stesen radio IM4U selama 3 bulan menggantikan penyampai radio tetap radio itu yang cuti bersalin. 
  8. Pernah memenangi 2 trofi (pelakon pembantu wanita terbaik dan pelakon harapan wanita terbaik) melalui filem yang sama iaitu Cun, arahan Osman Ali di 2 majlis anugerah yang berlainan. 
  9. Pernah dinobatkan sebagai pelakon pembantu wanita terbaik melalui filem Terbaik Dari Langit selain dari pelakon komedi wanita terbaik menerusi filem Gila Baby (Anugerah Lawak Warna 2015).
  10. Pernah berlakon teater menerusi nashkah Asrama-Ra dan Jam Dinding Yang Berdetak.

10 info menarik mengenai pelakon Nadiya Nisaa.
10 info menarik mengenai pelakon Nadiya Nisaa. 

Bila cikla baca info ni, banyak jugak pengikhtirafan yang diterima oleh pelakon ini kan. Baguslah, memang setimpal dengan hasil lakonannya yang tak pernah mengecewakan. 

Kepada mereka yang minat pada pelakon ni dan nak tau all about her terutamanya perkembangan kerjaya beliau, jom terjah IG beliau di SINI.  All the best to you!

Kredit Ruangan Trivia Selebriti, Sinar Harian.
Kredit gambar carian Google. 

4 tip solekan mata secara semulajadi.

April 26, 2018 2
Ada orang sangat menitikberatkan solekan di bahagian mata supaya nampak lebih wow dan tentunya menyerlah. So, solekan sebegini sebenarnya boleh je korang nak buat sendiri kat rumah. Jom check apakah teknik atau caranya.

4 tip solekan mata secara semulajadi.
Gambar diubahsuai dari carian Google.

Gunakan pembayang rona lembut dan cerah seperti lavender, krim dan coklat muda di bahagian kelopak mata. Untuk bahagian atas pula, pastikan warnanya sedikit gelap berbanding di bahagian bawah. Untuk menjadikan pembayang mata lebih tahan lama, sapukan warna asas putih atau primer yang sesuai dengan warna kulit. 

Mengenakan solekan mata kucing iaitu menggunakan celak dengan olesan garis halus pada hujung mata. So, ini akan menjadikan mata lebih nampak lebih besar atau bundar. Tapi, korang tak perlu membentuk hujungnya terlalu besar. Garisan halus pun dah cukup menampakkan unsur dramatik.

Untuk menjadikan mata korang nampak lebih besar dan cantik, jangan lupa mengoleskan celak putih terlebih dahulu di bawah mata. Teknik ni sangat penting sebenarnya kalau korang mahukan mata yang menawan. Selepas korang menggunakan pembayang mata dan celak, last sekali korang sapukan maskara untuk memberikan kesan ilusi mata yang lebih bundar dan cantik. Sapukan maskara beberapa kali untuk mengelakkan bulu mata tak bergumpal.

Jangan lupa gunakan penyepit bulu mata yang berkualiti untuk hasil yang lebih vaahhhhh!

Kredit Jurusolek professional, Nabilah Hussin  (Armany Ausi Skillz).

25 April 2018

Confius... ada tak bengkak di leher? Jom ikut perkongsian di bawah!

April 25, 2018 4
Semua orang menganggap semua bengkak atau ketulaan yang wujud di sekitar leher itu adalah bengkak tiroid. Ye, memang betullah tu sebab kebanyakan bengkak tiroid memang begitulah cirinya. 

Akan tetapi, korang kena ingat dan tahu yang bengkak tiroid berada di hadapan leher. Bukan di tepi, bukan di belakang. 

Macam cikla sendiri, dulu cikla mempunyai bengkak di hadapan sebelah kiri dan ketulan d sebelah kanan tiroid. Seingat cikla, bengkak masa tu almost 5 cm jugaklah, dan sebelah kanan pulak 2 cm.

Memang sebelum ni (masa ada bengkak), kalau cikla duduk kat depan cermin mesti belek-belek leher yang bengkak tu. 

Tapi takdelah terfikir sampai ke tahap kanser kan. Allah lebih mengetahui apa yang tidak kita ketahui. Walau apapun, cikla bersyukur sebab bertindak awal. Dah selamat operation pun. Alhamdullilah! 

Sebenarnya, ada beberapa langkah atau tip macam mana kita nak check bengkak kelenjar tiroid di leher kita. Senang je. Jom kita tengok langkah demi langkah. 

Confius ada tak bengkak di leher? Jom ikut perkongsian di bawah!
Confius ada tak bengkak di leher? Jom ikut perkongsian di bawah! Sumber Google.  

Apa yang korang perlukan adalah segelas air dan cermin. 

Langkah 1 : 

Lihat pada cermin. Sebelum tu, tanggalkan semua aksesori yang ada di leher korang terutamanya scarves dan sebagainya sebab nak bagi jelas keadaan leher korang tu. 

Fokus pada kawasan hadapan leher korang (di atas tulang selangka atau collarbone dan halkum atau adam's apple bagi lelaki) sebab di kawasan inilah kelenjar tiroid korang berada. 

Langkah 2 :

Sambil korang melihat pada bahagian leher terbabit, dongakkan sedikit kepala korang ke belakang. 

Langkah 3 :

Ambil segelas air tersebut  minum dan telan. 

Langkah 4 :

Sambil menelan tu, lihat pada bahagian leher. Periksa kalau ada sebarang pembesaran di kawasan ini bila korang menelan. 

Langkah 5 :

Jangan lupa merasa di sekeliling leher juga untuk mengesan kalau-kalau ada sebarang pembesaran, benjolan atau ketulan. 

*Korang boleh ulang langkah 1-5 beberapa kali sehingga korang berpuas hati dengan pemerhatian korang. 

Langkah 6 :

Kalau korang mengesan atau merasa sebarang pembesaran yang luar biasa, benjolan atau ketulan, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Korang mungkin mempunyai pembengkakan kelenjar tiroid atau nodul tiroid. Apa yang dirisaukan sama ada bengkak tersebut benign atau melignan yang mana terdapat sel kanser. 

Bagi cikla, ada bengkak risiko mendapat kanser tu ada walaupun tak semestinya. Jangan ambil ringan risiko walaupun ia kecil. Nauzubillah. 

Bertindaklah seawal mungkin supaya ia boleh dirawat segera. Peluang untuk sembuh sepenuhnya lebih besar, InshaAllah.

Kredit Page Mary Anne Pennington.

Siapa Azar Azmi? Heroin drama Cinta Fatamorgana, slot Akasia TV3.

April 25, 2018 2
Memang tak dinafikan terlalu banyak kemunculan artis-artis baru  di kaca tv sekarang. Ada yang cikla tak kenal pun. Ada sesetengahnya pulak, cikla biasa nampak dia berlakon tapi tak tahu nama. Pheww, saingan pun bertambah kan. 

Tapi, oklah. Asalkan saingan yang sihat, itu memang bagus. Lagipun, bagi cikla mereka-mereka ini adalah pengganti kepada pelakon lama yang sesetengahnya mungkin sudah tak aktif lagi. 

Salah satu dari pelakon baru yang semakin meningkat naik adalah, pelakon comel lote, AZAR AZMI.

Serius, sebelum ni memang cikla tak pernah tengok dia berlakon atau mungkin cikla yang terlepas pandang, tapi rasanya dia pernah berlakon dalam drama hot Tiada Arah Jodoh Kita di slot Akasia TV3 jugak. 

Rupanya, dia ni adalah bekas finalist Dewi Remaja 2010. Iyelah, orang cantik kan! Tapi, selepas pertandingan itu, setelah berlakon beberapa watak sampingan, dia telah mengambali keputusan untuk berehat dari dunia seni kerana memberi tumpuan kepada bisnes.

So, setelah lama menyepi, Azar Azmi kembali untuk menghangatkan arena seni ni dengan lakonannya yang sangat berbakat. 

Selain itu, Azar Azmi jugak merupakan seorang usahawan muda dan jugak founder kepada satu produk kosmetik ZS Instant White di samping pengasas butik AZARHOF. 

Bagus kan, muda-muda lagi dah bina kerjaya yang bagus. Pandai berdikari dan berdiri atas kaki sendiri. Salute sikit! 

Biodata ringkas Azar Azmi.

Nama sebenar : Siti Azhar A binti Azmi.
Nama pentas : Azar Azmi. 
Tarikh lahir : 13 Mac 1989. (Umur 28 pada 2018).
Drama popular lakonannya : Syurgaku tak sempurna, Red Velvet, Biar aku jadi penunggu, Mukhlis 2, Mr. Boss Miss Stalker, Suri hati Mr. Pilot, Gerak Khas, Tiada arah jodoh kita, Cinta Fatamorgana (sedang ditayangkan di slot Akasia TV3). 

Siapa Azar Azmi? Heroin drama Cinta Fatamorgana, slot Akasia TV3.
Siapa Azar Azmi? Heroin drama Cinta Fatamorgana, slot Akasia TV3. 

Siapa Azar Azmi? Heroin drama Cinta Fatamorgana, slot Akasia TV3.
Siapa Azar Azmi? Heroin drama Cinta Fatamorgana, slot Akasia TV3. 

Siapa Azar Azmi? Heroin drama Cinta Fatamorgana, slot Akasia TV3.
Siapa Azar Azmi? Heroin drama Cinta Fatamorgana, slot Akasia TV3. 

Siapa Azar Azmi? Heroin drama Cinta Fatamorgana, slot Akasia TV3.
Siapa Azar Azmi? Heroin drama Cinta Fatamorgana, slot Akasia TV3. 

Siapa Azar Azmi? Heroin drama Cinta Fatamorgana, slot Akasia TV3.
Siapa Azar Azmi? Heroin drama Cinta Fatamorgana, slot Akasia TV3. 

Siapa Azar Azmi? Heroin drama Cinta Fatamorgana, slot Akasia TV3.
Siapa Azar Azmi? Heroin drama Cinta Fatamorgana, slot Akasia TV3. 

Siapa Azar Azmi? Heroin drama Cinta Fatamorgana, slot Akasia TV3.
Siapa Azar Azmi? Heroin drama Cinta Fatamorgana, slot Akasia TV3. 

Siapa Azar Azmi? Heroin drama Cinta Fatamorgana, slot Akasia TV3.
Siapa Azar Azmi? Heroin drama Cinta Fatamorgana, slot Akasia TV3. 

Siapa Azar Azmi? Heroin drama Cinta Fatamorgana, slot Akasia TV3.
Siapa Azar Azmi? Heroin drama Cinta Fatamorgana, slot Akasia TV3. 

Bagi peminat Azar Azmi dan suka mengikuti perkembangan artis comel ni, korang boleh follow IG beliau di SINI

For Azar Azmi, good luck in whatever you do. Semoga terus sukses! 

Kredit info SINI. Kredit gambar SINI 

Mahu sediakan makanan yang berkhasiat untuk diri sendiri dan keluarga? Jom ambil 7 langkah bijak ni.

April 25, 2018 1
Memakan makanan yang berkhasiat sememangnya amat disarankan. Orang cakap, nak sihat haruslah bermula dari apa yang kita makan. 

Kita perlu tau makanan yang kita makan tu memberi kita kebaikan atau khasiat kepada diri kita. Jangan fikir sedap je, tapi bab nutrien dan zat yang terkandung di dalamnya langsung tak diambil kita. 

So, kali ni cikla nak share 7 langkah bijak menyediakan makanan yang berkhasia untuk diri sendiri dan keluarga. Nak tau? Jom baca perkongsian bermanfaat ini sampai habis ye. 

Berikut merupakan 7 langkah tersebut, iaitu : 

Ada orang menolak untuk memakan ayam sebab mereka cakap daging ayam itu berlemak. Sebenarnya, memakan daging putih (ayam dan ikan) adalah lebih baik daripada kita memakan daging merah. 

Tapi, bila kita decide untuk menjadikan ayam sebagai menu kita, jangan lupa untuk membuang lemak pada daging dan kulit ayam tersebut. 

Selain itu, kita boleh menggunakan kaedah merebus atau memanggang kerana ia dapat mengurangkan lemak. 

Ada orang suka makan buah terutamanya macam tu je. Maksud cikla, dia ambil dari peti sejuk lepas tu terus makan. Jangan, lepas ni elakkan dari melakukan sedemikian. 

Korang perlu membasuh buah dan sayur sebelum dimakan. Tapi, korang kena ingat satu perkara iaitu, elakkan dari merendam kedua-duanya, sebaliknya korang just guna air bersih yang mengalir untuk mengurangkan pencemaran makanan.

Kalau korang nak tau, bahan mentah termasuk air dan ais juga boleh dicemari bakteria dan bahan kimia berbahaya. *emmm, cikla selalu rendam buah atau sayur (terutamanya) dengan air garam sebelum dimakan atau dimasak. 

Kalau korang nak masak sayur khasnya (buah-buahan jugak), elakkan dari memotong atau menghiris kecil sayuran tersebut sebab semasa kita memasaknya nanti, sayur tersebut akan cepat masak, malah overcooked jugak.

Keadaan ini akan menyebabkan khasiat sayur tersebut akan hilang. So, lepas ni potong besar-besar ok, terutamanya sayuran berdaun. Hihi. 

Untuk mengekalkan khasiat ubi kentang, keledek atau sayuran yang sewaktu dengannya, masaklah bersama-sama dengan kulitnya. So, khasiatnya lebih terjamin. 

Lepas ni, tak perlu nak susah-susah nak kupas untuk buang kulitnya. Tapi, korang kena pastikan yang korang membasuh bersih-bersih sebelum memasaknya.

Mahu sediakan makanan yang berkhasiat untuk diri sendiri dan keluarga? Jom ambil 7 langkah bijak ni.
Mahu sediakan makanan yang berkhasiat untuk diri sendiri dan keluarga? Jom ambil 7 langkah bijak ni. Sumber Google.

Sebelum korang memasukkan makanan ke dalam minyak (menggoreng) atau air mendidih (merebus), pastikan kedua-duanya betul-betul panas.

Kalau korang memasak sayuran hijau contohnya, masak di dalam air atau minyak yang tak terlalu panas akan mengubah warna dan bentuknya. 

Jika ini berlaku, korang boleh menggunakan ketulan ais untuk memastikan kepanasan suhu sayuran tersebut yang dikeluarkan dari air panas itu dapat diturunkan dengan serta merta. 

Keadaan ini sekaligus akan menghentikan proses sayur menjadi terlebih masak dan sayur menjadi lebih rangup. Crunchy gitu! 

Gunakan bahan semulajadi seperti rempah ratus dan sayuran sebagai perasa tambaham makanan. 

So, penggunaan garam, gula dan perasa dapat dikurangkan malah dielakkan terus dalam makanan terutamanya bahan perasa. 

Penggunaan bahan semulajadi ini bukan saja selamat dan sihat, malah makanan pun jadi lebih sedap sehingga menjilat jari. Hehe.

Jangan atau elakkan sama sekali dari menggunakan minyak recycle. Maksudnya, minyak yang telah digunakan berulang kali. No, no, no. 

Ini kerana, minyak masak yang telah digunakan berulang kali akan menyebabkan tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak tersebut akan meningkat.

Keadaan ini akan memberi kesan buruk kepada kesihatan kita seperti saluran arteri tersumbat, hipertensi dan  kerosakan hati. Nauzubillah, mintak dijauhkanlah ye! 

So, apa yang terpenting rancanglah hidangan yang sihat demi memastikan diri kita sendiri dan keluarga sentiasa mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. Ubah cara memasak kita kepada cara yang lebih sihat. 

Macam diri cikla sendiri, memang dah start jaga pemakanan sebab umur pun dah masuk pertengahan 30-an dan berpenyakit pulak. Hihi. 

It's time to change! 

Kredit Majalah Mingguan Wanita. 

23 April 2018

8 gubahan pokok bertemakan haiwan yang menghijaukan pemandangan!

April 23, 2018 4
Sebelum tidur tu, cikla nak ajak korang cuci mata tengok benda-benda hijau. Nak tak? Walaubagaimanapun, cikla memang kagum sangat dengan mereka yang hasilkan landskap menarik ni. Berbakat sungguh aiihhh. 

8 gubahan pokok bertemakan haiwan yang menghijaukan pemandangan!
8 gubahan pokok bertemakan haiwan yang menghijaukan pemandangan! 

8 gubahan pokok bertemakan haiwan yang menghijaukan pemandangan!
8 gubahan pokok bertemakan haiwan yang menghijaukan pemandangan! 

8 gubahan pokok bertemakan haiwan yang menghijaukan pemandangan!
8 gubahan pokok bertemakan haiwan yang menghijaukan pemandangan! 

8 gubahan pokok bertemakan haiwan yang menghijaukan pemandangan!
8 gubahan pokok bertemakan haiwan yang menghijaukan pemandangan! 

8 gubahan pokok bertemakan haiwan yang menghijaukan pemandangan!
8 gubahan pokok bertemakan haiwan yang menghijaukan pemandangan! 

8 gubahan pokok bertemakan haiwan yang menghijaukan pemandangan!
8 gubahan pokok bertemakan haiwan yang menghijaukan pemandangan! 

8 gubahan pokok bertemakan haiwan yang menghijaukan pemandangan!
8 gubahan pokok bertemakan haiwan yang menghijaukan pemandangan! 

8 gubahan pokok bertemakan haiwan yang menghijaukan pemandangan!
8 gubahan pokok bertemakan haiwan yang menghijaukan pemandangan! 

Cantik kan? Sekali pandang macam betullah pulak. Cuba imagine yang gubahan ni semua menghiasi halaman rumah korang? Vahhhhh.

Kredit : Art and DIY Ideas.