'santai tapi sampai'

Semua orang menganggap semua bengkak atau ketulaan yang wujud di sekitar leher itu adalah bengkak tiroid. Ye, memang betullah tu sebab keban...

Confius... ada tak bengkak di leher? Jom ikut perkongsian di bawah!

Semua orang menganggap semua bengkak atau ketulaan yang wujud di sekitar leher itu adalah bengkak tiroid. Ye, memang betullah tu sebab kebanyakan bengkak tiroid memang begitulah cirinya. 

Akan tetapi, korang kena ingat dan tahu yang bengkak tiroid berada di hadapan leher. Bukan di tepi, bukan di belakang. 

Macam cikla sendiri, dulu cikla mempunyai bengkak di hadapan sebelah kiri dan ketulan d sebelah kanan tiroid. Seingat cikla, bengkak masa tu almost 5 cm jugaklah, dan sebelah kanan pulak 2 cm.

Memang sebelum ni (masa ada bengkak), kalau cikla duduk kat depan cermin mesti belek-belek leher yang bengkak tu. 

Tapi takdelah terfikir sampai ke tahap kanser kan. Allah lebih mengetahui apa yang tidak kita ketahui. Walau apapun, cikla bersyukur sebab bertindak awal. Dah selamat operation pun. Alhamdullilah! 

Sebenarnya, ada beberapa langkah atau tip macam mana kita nak check bengkak kelenjar tiroid di leher kita. Senang je. Jom kita tengok langkah demi langkah. 

Confius ada tak bengkak di leher? Jom ikut perkongsian di bawah!
Confius ada tak bengkak di leher? Jom ikut perkongsian di bawah! Sumber Google.  

Apa yang korang perlukan adalah segelas air dan cermin. 

Langkah 1 : 

Lihat pada cermin. Sebelum tu, tanggalkan semua aksesori yang ada di leher korang terutamanya scarves dan sebagainya sebab nak bagi jelas keadaan leher korang tu. 

Fokus pada kawasan hadapan leher korang (di atas tulang selangka atau collarbone dan halkum atau adam's apple bagi lelaki) sebab di kawasan inilah kelenjar tiroid korang berada. 

Langkah 2 :

Sambil korang melihat pada bahagian leher terbabit, dongakkan sedikit kepala korang ke belakang. 

Langkah 3 :

Ambil segelas air tersebut  minum dan telan. 

Langkah 4 :

Sambil menelan tu, lihat pada bahagian leher. Periksa kalau ada sebarang pembesaran di kawasan ini bila korang menelan. 

Langkah 5 :

Jangan lupa merasa di sekeliling leher juga untuk mengesan kalau-kalau ada sebarang pembesaran, benjolan atau ketulan. 

*Korang boleh ulang langkah 1-5 beberapa kali sehingga korang berpuas hati dengan pemerhatian korang. 

Langkah 6 :

Kalau korang mengesan atau merasa sebarang pembesaran yang luar biasa, benjolan atau ketulan, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Korang mungkin mempunyai pembengkakan kelenjar tiroid atau nodul tiroid. Apa yang dirisaukan sama ada bengkak tersebut benign atau melignan yang mana terdapat sel kanser. 

Bagi cikla, ada bengkak risiko mendapat kanser tu ada walaupun tak semestinya. Jangan ambil ringan risiko walaupun ia kecil. Nauzubillah. 

Bertindaklah seawal mungkin supaya ia boleh dirawat segera. Peluang untuk sembuh sepenuhnya lebih besar, InshaAllah.

Kredit Page Mary Anne Pennington.

4 comments:

  1. good info Cik La..setahu akk kan, tirod terjadi kepada wanita semasa proses bersalin dan sesiapa yg ada tirod tak boleh makan sayuran putih antaranya pucuk ubi kayu..Wallahualam

    ReplyDelete
  2. Terima kasih share info ni. Terus rasa nak check.

    ReplyDelete
  3. Terbaik. Saya pun ada baca ini di laman web The Diagnosa

    ReplyDelete