Kebelakangan ini, rajin benar encik suami beli sotong. Katanya, memang ada masa-masa tertentu boleh jumpa orang jual sotong murah. Tapi itulah. Rugilah jugak sebab cikla tak boleh makan seafood dah sekarang ni.
Bukan apa, disebabkan pernah kena bengkak-bengkak dek kerana kesan alergik makan udang tempoh hari, cikla jadi macam serik dan trauma pulak nak makan sotong. Lagipun sotong dengan udang kan dalam kategori seafood jugak kan. Cikla tukang masak ajelah. Amik bau je. Biarlah mereka yang tak alergik makan. Janji ia dimasak dengan penuh kasih sayang. Hehe.
Fikir punya fikir nak masak apa, last last masak sambal ajelah. Menu yang sangat senang dan ringkas aje. Bahan-bahannya pun yang basic je. Takdelah yang pelik-pelik pun. Cikla share resepi ni mungkin ada yang tak pernah masak sotong atau first time masak sotong. So, mungkin perkongsian ni memberi manfaat kepada yang berkenaan. Jom kita tengok tatacara nak membuatnya. Hehe.
Resepi sotong sambal cili banjir. |
Bahan-bahannya :
1 kilo sotong (dibersihkan dan ditoskan).
1 labu bawang besar (dimayang halus).
2-3 ulas bawang putih (dimayang halus).
1/2 inci halia (dimayang halus).
1 sudu kecil serbuk ketumbar.
1 senduk cili giling (ikut kesesuaian kepedasan yang diingini).
1/2 cawan air asam jawa.
Sedikit minyak untuk menumis, garam dan serbuk perasa (optional).
Cara membuatnya :
Panaskan minyak di dalam kuali. Kemudian, masukkan bahan yang dihiris (bawang besar, bawang putih dan halia). Goreng sampai kekuningan. Selepas itu, masukkan serbuk ketumbar dan kacau sekejap. Bila naik bau, masukkan cili giling dan air asam jawa. Kacau sampaikan cili masak, garing dan kurang pedas. Kalau masih pedas, masukkan lagi air.
Bila cili dan garing, masukkan sotong. Tambahkan sedikit je air (kalau korang nak berkuah sikit), then tutup kuali. Lagipun, nanti sotongnya keluar air. So, tak payah letak banyak air. Biarkan sampai sotong masak dan berkuah sedikit. Kata sambal banjir kan. Lastly, tambah garam dan serbuk perasa. Kacau rata dan siap untuk dihidang.
Bila cili dan garing, masukkan sotong. Tambahkan sedikit je air (kalau korang nak berkuah sikit), then tutup kuali. Lagipun, nanti sotongnya keluar air. So, tak payah letak banyak air. Biarkan sampai sotong masak dan berkuah sedikit. Kata sambal banjir kan. Lastly, tambah garam dan serbuk perasa. Kacau rata dan siap untuk dihidang.
Resepi sotong sambal cili banjir. |
Resepi sotong sambal cili banjir. |
Masak seafood ni tak perlu lama-lama, sebab nanti isinya jadi keras dan tak fresh dah. Selamat mencuba!
Pergh!! Betul-betul banjir tu.. Ohsem..
ReplyDeletesedapnya cikla. alahai dah la memang minat dengan sotong ni hehe
ReplyDeleteterus rasa lapar tengok gambar ni hahaha
ReplyDeleteSeriously aku mmg tak pandai masak sambal sotong. Tq for sharing 😘😘
ReplyDelete