*Apa? Teknik urutan anti kedut? Ehh, ada ke?
Memang tak dinafikan terlalu banyak produk kecantikan yang dijual di luar sana tapi mungkin kita boleh cuba cara atau kaedah yang lebih selamat dan semulajadi.
Bukan apa, kadang kala kita tak tau apakah kesan produk tersebut benar-benar membantu menyelesaikan masalah yang kita hadapi atau tidak. Nanti masalah tak selesai, masalah lain pulak timbul kan. Tak naklah macam tu.
So, cikla nak share dengan korang kaedah fisioterapi iaitu teknik urutan awet muda. Kaedah ini ia dikatakan dapat membantu menganjalkan kulit di samping dapat melancarkan aliran darah dan nampak awet muda.
Selain itu, kaedah ini boleh dijadikan rutin harian setiap kali korang bangun pagi dan sebelum korang tidur. Jom check apakah itu.
Teknik 1 - Ia dikatakan dapat membantu otot muka mendapatkan pengaliran darah yang lancar. Caranya:
- Mulakan dari bahagian bawah mulut.
- Dengan menggunakan 2 jari, urut secara perlahan dan berikan sedikit tekanan pada wajah, kemudian tarik ke atas.
- Ulang teknik ini selama 15 kali.
Teknik 2 - Kaedah ini bertujuan untuk mengelakkan otot muka menjadi kendur ke bawah. Caranya:
- Gunakan ibu jari tangan dan tarik di tepi sisi hidung dengan memberikan sedikit tekanan pada muka.
- Perlu diingat, urutan yang dilakukan mestilah hanya pada satu arah sahaja iaitu arah ke atas.
Teknik 3 - Cara ini bertujuan untuk membantu otot-otot di atas muka mendapatkan aliran darah yang baik. Caranya:
- Urutan di bahagian kening dan kelopak mata.
- Gunakan jari telunjuk dan secara perlahan dengan memberikan sedikit tekanan lakukan urutan dalam bentuk C ke bawah ianya mengikut bentuk otot muka yang berada di sekitar itu.
Teknik 4 - Teknik ini adalah bertujuan membuang lemak, mengurangkan double chin serta membantu melancarkan pengaliran darah ke muka kita. Caranya:
- Cara terakhir adalah dengan melakukan urutan ke arah dagu dan ke atas.
- Kemudian, lakukan proses urutan sebanyak 15 kali. Tarik dan berikan sedikit tekanan ke atas wajah.
Selamat mencuba!
Kredit SINI
kawan saya penah bagitau, lagi satu cara untuk elakkan muka kedut..bila pakai foundation/bedak kat muka..sapu ke arah atas..
ReplyDeleteBoleh cuba ni untuk cantikkan muka hehe
ReplyDeleteyang buang lemak dekat doble chin tu selalu buat. Menjadi jugak tapi sebab tak istiqomah sangat so tersesat la lemak tu dekat situ hehe
ReplyDeleteWah bagus tips ni, boleh cuba. Tq for sharing
ReplyDelete