Sejujurnya, walaupun cikla sudah melahirkan anak 4 kali, tapi kadang-kadang macam tak dapat cam jugak apakah tanda-tanda awal kita nak bersalin tu. Macam cikla, anak pertama cikla kena induce sebab lebih hari. Pergi hospital lenggang kangkung serah diri. Hehe.
Tapi, anak yang lainnya memang bersalin ikut fitrah kata orang. Merasalah sakit semulajadi tu dan semuanya awal dari tarikh jangkaan. Macam kakak Damia, sebelum bersalin cuma kontraksi je tanpa turun tanda. Sampai hospital dah bukak 6 cm.
Abang Ammar pun sama, cuma rasa sakit tanpa tanda. Tapi lambat sikitlah bersalinnya. Cuma adik Zara je sebelum bersalin, keluar tanda. Lagipun masa mengandung adik Zara banyak sangat dugaannya. Siap jatuh motor lagi. Rasanya cikla ada share pasal ni.
Macam yang ibu-ibu semua tahu antara tanda-tanda nak bersalin adalah seperti perut memulas dan rasa macam nak membuang, pinggang pulak rasa macam nak patah dan tanda yang paling popular adalah keluar tanda lendir dan darah. Apa kata kita baca lagi pasal ni secara detail dalam perkongsian berikut.
(1) Berlaku pengeluaran dalam betuk lendir atau darah dari faraj.
Kalau tanda ni memang cikla pernah alami dulu sebelum melahirkan adik Zara. Untuk pengetahuan korang, pengeluaran lendir bercampur darah ni menunjukkan ruang serviks korang telah terbuka.
(2) Kontraksi adalah tanda awal yang biasa berlaku kalau korang hampir nak bersalin.
Tanda ni pun cikla pernah alami sebelum melahir kakak Damia dan abang Ammar. Maksud cikla, kontraksi semulajadilah. Bukan rasa sakit sebab dimasukkan ubat, di induce! Semasa kontraksi, biasanya perut akan menegang setiap 10 minit, dan masa yang paling kerap adalah pada kadar 20 saat bagi setiap kontraksi.
Apa yang korang kena tahu, kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur pada jarak yang konsisten. Kalau ini berlaku, segeralah ke hospital ye. Kalau kontraksi palsu tu, ia selalunya berlaku pada kadar 10 minit, kemudian 45 minit, selanjutnya lima minit dan hilang dengan sendirinya selepas itu.
(3) Cikla rasa kebanyakan ibu melahirkan jarang mengalami pecah ketuban dengan sendiri, melainkan ia dipecahkan dengan bantuan doktor semasa di dalam bilik bersalin.
Macam cikla jugak keempat-empat anak cikla semua doktor yang pecahkan ketuban. Ketuban dipecahkan untuk mempermudahkan proses melahirkan kelak. Kalau keadaan ini berlaku, air ketuban yang pecah itu adalah jernih dan tidak berwarna, melainkan ia berwarna hijau menandakam baby dah berak dalam perut.
So, kalau baby dah berak dalam perut, segeralah mendapat rawatan doktor sebab baby mungkin boleh terkena jangkitan. Cikla merasa jugaklah pengalaman baby berak dalam perut tu masa bersalinkan abang Ammar. Berkampung di ward hampir 2 minggu lepas bersalin sebab abang Ammar ada masalah jantung laju. Cikla ingat lagi masa tu raya haji. Sedih dengar takbir raya time tu.
(4) Rasa sakit belakang semakin kerap dan teruk sebab baby telah mula beralih dan menekan tulang belakang korang.
Tambahan pula, korang akan merasa sakit yang semakin kerap dan kuat di bahagian bawah belakang.
(5) Sakit perut, rasa macam urat perut dipulas-pulas!
Keadaan ini disebabkan oleh baby telah mula bergerak ke saluran peranakan. So, ini akan terjadinya tekanan kepada saluran terutamanya saluran untuk membuang air besar. Sebab itulah, korang akan rasa macam nak membuang je. Time ni, kena jaga-jaga terutama kalau korang berada di dalam tandas seorang diri. Ingatkan nak membuang, tapi rupa-rupanyaaaaa. Lepas tu, asyik nak terkencing je. Asyik ulang alik ke tandas. Keadaan ini terjadi sebab baby semakin ke bawah dan menolak pundi kencing korang. Sebab tu asyik rasa nak kencing je.
Kenalilah setiap tanda untuk mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku.
Kredit SINI
sakit tu kalau sakit perut dengan belakang jadi serentak. Masa tengah period pun tak daya, ni kan pulak masa beranak fuhhhh
ReplyDelete