Sebagai sebuah negara demokrasi berpelembagaan, setiap 5 tahun sekali, Malaysia akan mengadakan pilihan raya umum untuk memberi peluang kepada rakyat memilih kerajaan yang akan memerintah kelak. Rasanya semua orang dah tahu kot yang kita bakal menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini.
Bagi mereka yang pertama kali berpeluang mengundi, mesti korang excited kan. Betul tak? Tapi, excited excited jugak. Jangan korang lupa nak menyemak maklumat yang berkaitan dulu ye. Nanti bila dah tiba hari mengundi, maklumat tak cukup tak pasal-pasal tak jadi nak mengundi. Kena tunggu 5 tahun lagi pulak sebab mengundi lagi. Korang jangan risau. Zaman semakin canggih, macam-macam kemudahan dalam talian sudah diperkenalkan. Ini termasuklah kewujudan aplikasi mySPR SEMAK.
Aplikasi mySPR SEMAK adalah aplikasi yang boleh dimuat turun di platform App Store dan Play Store telefon pintar korang. Untuk pengetahuan korang, aplikasi ini dibangunkan untuk menyediakan kemudahan semakan secara online kepada orang awam untuk mengetahui status pendaftaran mereka sebagai pemilih. Selain itu, korang juga boleh menyemak lokasi korang mengundi masa PRU nanti, di samping korang berpeluang menyemak nama calon yang bertanding di negeri dan parlimen masing-masing. Apa yang paling best, result pilihan raya pun kita boleh tahu melalui aplikasi ini.
Langkah demi langkah menggunakan aplikasi MySPR SEMAK.
Jom semak lokasi undi dengan aplikasi MySPR SEMAK! |
Jom semak lokasi undi dengan aplikasi MySPR SEMAK! |
Jom semak lokasi undi dengan aplikasi MySPR SEMAK! |
Jom semak lokasi undi dengan aplikasi MySPR SEMAK! |
Jom semak lokasi undi dengan aplikasi MySPR SEMAK! |
Jom semak lokasi undi dengan aplikasi MySPR SEMAK! |
Jom tunaikan tanggungjawab kita dengan jiwa yang tenang dan fikiran yang matang.
Selamat mengundi korang!
Pssttt : Korang mengundi dekat mana tu kali ni?
Senang bila dah ada apps macam ni..terbaik!
ReplyDeleteYeah!! Dah semak..
ReplyDeletedah check! Tak sabar nak mengundi nanti :D
ReplyDeletePastikan semak dengan betul2 yew... especially tempat membuang undi. Sekarang ini macam2 boleh berlaku huhuhu...
ReplyDelete