'santai tapi sampai'

Memakan makanan yang berkhasiat sememangnya amat disarankan. Orang cakap, nak sihat haruslah bermula dari apa yang kita makan.  Kita perlu ...

Mahu sediakan makanan yang berkhasiat untuk diri sendiri dan keluarga? Jom ambil 7 langkah bijak ni.

Memakan makanan yang berkhasiat sememangnya amat disarankan. Orang cakap, nak sihat haruslah bermula dari apa yang kita makan. 

Kita perlu tau makanan yang kita makan tu memberi kita kebaikan atau khasiat kepada diri kita. Jangan fikir sedap je, tapi bab nutrien dan zat yang terkandung di dalamnya langsung tak diambil kita. 

So, kali ni cikla nak share 7 langkah bijak menyediakan makanan yang berkhasia untuk diri sendiri dan keluarga. Nak tau? Jom baca perkongsian bermanfaat ini sampai habis ye. 

Berikut merupakan 7 langkah tersebut, iaitu : 

Ada orang menolak untuk memakan ayam sebab mereka cakap daging ayam itu berlemak. Sebenarnya, memakan daging putih (ayam dan ikan) adalah lebih baik daripada kita memakan daging merah. 

Tapi, bila kita decide untuk menjadikan ayam sebagai menu kita, jangan lupa untuk membuang lemak pada daging dan kulit ayam tersebut. 

Selain itu, kita boleh menggunakan kaedah merebus atau memanggang kerana ia dapat mengurangkan lemak. 

Ada orang suka makan buah terutamanya macam tu je. Maksud cikla, dia ambil dari peti sejuk lepas tu terus makan. Jangan, lepas ni elakkan dari melakukan sedemikian. 

Korang perlu membasuh buah dan sayur sebelum dimakan. Tapi, korang kena ingat satu perkara iaitu, elakkan dari merendam kedua-duanya, sebaliknya korang just guna air bersih yang mengalir untuk mengurangkan pencemaran makanan.

Kalau korang nak tau, bahan mentah termasuk air dan ais juga boleh dicemari bakteria dan bahan kimia berbahaya. *emmm, cikla selalu rendam buah atau sayur (terutamanya) dengan air garam sebelum dimakan atau dimasak. 

Kalau korang nak masak sayur khasnya (buah-buahan jugak), elakkan dari memotong atau menghiris kecil sayuran tersebut sebab semasa kita memasaknya nanti, sayur tersebut akan cepat masak, malah overcooked jugak.

Keadaan ini akan menyebabkan khasiat sayur tersebut akan hilang. So, lepas ni potong besar-besar ok, terutamanya sayuran berdaun. Hihi. 

Untuk mengekalkan khasiat ubi kentang, keledek atau sayuran yang sewaktu dengannya, masaklah bersama-sama dengan kulitnya. So, khasiatnya lebih terjamin. 

Lepas ni, tak perlu nak susah-susah nak kupas untuk buang kulitnya. Tapi, korang kena pastikan yang korang membasuh bersih-bersih sebelum memasaknya.

Mahu sediakan makanan yang berkhasiat untuk diri sendiri dan keluarga? Jom ambil 7 langkah bijak ni.
Mahu sediakan makanan yang berkhasiat untuk diri sendiri dan keluarga? Jom ambil 7 langkah bijak ni. Sumber Google.

Sebelum korang memasukkan makanan ke dalam minyak (menggoreng) atau air mendidih (merebus), pastikan kedua-duanya betul-betul panas.

Kalau korang memasak sayuran hijau contohnya, masak di dalam air atau minyak yang tak terlalu panas akan mengubah warna dan bentuknya. 

Jika ini berlaku, korang boleh menggunakan ketulan ais untuk memastikan kepanasan suhu sayuran tersebut yang dikeluarkan dari air panas itu dapat diturunkan dengan serta merta. 

Keadaan ini sekaligus akan menghentikan proses sayur menjadi terlebih masak dan sayur menjadi lebih rangup. Crunchy gitu! 

Gunakan bahan semulajadi seperti rempah ratus dan sayuran sebagai perasa tambaham makanan. 

So, penggunaan garam, gula dan perasa dapat dikurangkan malah dielakkan terus dalam makanan terutamanya bahan perasa. 

Penggunaan bahan semulajadi ini bukan saja selamat dan sihat, malah makanan pun jadi lebih sedap sehingga menjilat jari. Hehe.

Jangan atau elakkan sama sekali dari menggunakan minyak recycle. Maksudnya, minyak yang telah digunakan berulang kali. No, no, no. 

Ini kerana, minyak masak yang telah digunakan berulang kali akan menyebabkan tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak tersebut akan meningkat.

Keadaan ini akan memberi kesan buruk kepada kesihatan kita seperti saluran arteri tersumbat, hipertensi dan  kerosakan hati. Nauzubillah, mintak dijauhkanlah ye! 

So, apa yang terpenting rancanglah hidangan yang sihat demi memastikan diri kita sendiri dan keluarga sentiasa mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. Ubah cara memasak kita kepada cara yang lebih sihat. 

Macam diri cikla sendiri, memang dah start jaga pemakanan sebab umur pun dah masuk pertengahan 30-an dan berpenyakit pulak. Hihi. 

It's time to change! 

Kredit Majalah Mingguan Wanita. 

1 comment:

  1. Info yang bermanfaat terutama untuk suri/sura rumah yang biasa memasak

    ReplyDelete