Korang nak cantik tak? Guna tomato je...

Sejak menjadi pesakit tiroid ni, memang tomato menjadi bahan wajib ada dalam setiap masakan cikla. Boleh dikatakan mesti adalah. 

Memang sejak dulu lagi cikla suka makan tomato, lebih-lebih lagi tomato ceri yang kecik-kecik tu. Cikla suka ratah mentah je gitu. 

Tapi, sejak cikla terbaca yang tomato ni sebenarnya elok dimakan bila di masak, dah kurang dah ratah mentah.

Alasannya, sebab kita hanya boleh dapat zat dari tomato bila dia di masak je. Kalau mentah, takde zat sangat. 

Walau bagaimanapun, khasiat tomato sebenarnya banyak je, tak kira untuk kesihatan dan kecantikan. Macam-macam petua yang kita boleh praktikkan dengan menggunakan tomato ni.

Korang nak cantik tak? Guna tomato je...
Gnar diubahsuai dari carian Google. 

Masker tomato untuk mengatasi masalah jerawat.

Untuk pengetahuan korang, tomato dikatakan  berfungsi menyejukksn kulit dan dan menyerap lebihan minyak pada muka korang. 

Caranya sangat mudah, iaitu lenyekkan beberapa biji tomato (ikut keperluan masing-masing) sehingga lumat. Kemudian, sapukan hasil lenyekan tadi pada seluruh muka korang terutama pada bahagian yang bermasalah. Biarkan ia kering seketika kira-kira setengah jam gitu sebelum dibilas dengan air suam. 

Untuk hasil yang terbaik, buatlah rutin ini secara konsisten 2 kali seminggu. InshaAllah, hasilnya pasti tak mengecewakan korang. Jerawat di muka korang akan mengecut, sekaligus menjadikan kulit lebih licin dan fresh.

Hirisan tomato membantu merawat dan memudarkan bintik hitam pada muka.

Caranya adalah, potong tomato kepada dua bahagian dan ambil setengah daripadanya, kemudian sapukan pada kulit muka bermasalah. Lakukan secara konsisten, InshaAllah bintik gelap di muka korang akan semakin pudar dan kulit semakin cerah.

Masker tomato dan putih telur untuk mengecilkan liang pori kulit muka.

Dengan cara yang senang iaitu mencampurkan putih telur dengan sedikit air perahan tomato, kemudian oleskan campuran tersebut pada muka dan biarkan ia kering sendiri. 

Selepas itu, cuci mima dengan jus lemon atau jus limau nipis sebelum dibilas bersih dengan menggunakan air suam. Campurkan air perahan tomato dan yogurt asli, kemudian jadikan ia seperti pupur. 

Sapukan  secara rata ke muka kemudian biarkan ia kering kira-kira 30 minit sebelum dibilas dengan air suam. Petua ini dikatakan dapat membantu kulit menjadi lebih lembap, berseri dan nampak bermaya.

Bagi mereka yang mempunyai masalah ton kulit tak sekata, apa kata korang try petua ni iaitu campuran jus tomato dan madu. 

Hanya dengan menyapu campuran ini secara rata ke muka dan biarkan kering sebelum dicuci bersih dengan air suam yang dicampur dengan jus limau nipis. Hasilnya, kulit muka akan menjadi lebih cerah dan sekata.

Korang nak cantik tak? Guna tomato je...
Korang nak cantik tak? Guna tomato je... Sumber Google. 

Minum jus tomato untuk menurunkan berat badan.

Di samping memakan buah tomato pada waktu pagi untuk menyingkirkan lemak di dalam badan. Untuk jus tomato, minumlah jus ini 15 minit sebelum makan, kerana ia membuatkan kita rasa berasa kenyang sokmo. So nanti, makan pun kurangkan. 

Kalau korang mempunyai masalah kulit bersisik terutamanya, lumurkan tomato yang telah dilenyek ke seluruh badan semasa mandi lebih-lebih lagi kawasan  bermasalah untuk mengembalikan kelembapan kulit. 

Selepas itu, biarkan ia kering, sebelum dibilas dengan air bersih. Buat seminggu sekali untuk hasil yang bagus.

Manfaat tomato bukan hanya untuk kecantikan muka, tapi untuk kesihatan rambut juga. Bagi mereka yang mengalami masalah rambut kering dan bercabang, lenyekkan buah tomato sampai keluar jusnya. 

Kemudian, lumurkan lumur jus tersebut pada rambut, kemudian balut kepala dengan tuala dan biarkan selama 15 hingga 20 minit. Hasilnya, rambut akan menjadi rambut sihat dan bersinar. 

Untuk masalah kelemumur pula, lenyek tomato dan sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama 15 hingga 20 minit, sebelum dibilas dengan air bersih.

Masalah lingkaran hitam di bawah mata atau panda eyes jugak boleh diatasi dengan tomato. Caranya mudah je, hiriskan tomato kemudian rendamkan dengan yogurt asli sebelum dilekapkan pada mata yang bermasalah. 

InshaAllah, bagi menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata, lekapkan hirisan tomato yang 'disalut' dengan yogurt asli pada mata. Ia mengurangkan kesan gelap di bawah mata, malah ia akan menjadikan kulit lebih cerah.

Selamat mencuba!

Kredit Akhbar Harian Metro.

4 comments:

  1. Banyak kebaikan tomato kan. Siqah tak makan tomato. maybe boleh beli untuk buat petua ini :D TQ for sharing CIk La.

    Btw, jemput join Giveaway Siqah ye :) LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikla kalau terjumpa dlm lauk tu mkn je hiihii

      btw tq invite join giveaway. lama tak join mana2 giveaway..

      Delete
  2. Thanks for this post. I really enjoy your point of view on this topic.
    Dermal filler malaysia
    Skin specialist in KL
    Aesthetic clinic in KL

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (59) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews