'Santai Tapi Sampai'

Bila demam, memang satu benda pun tak boleh buat. Badan rasa lemah dan letih, dengan tekak yang makin perit, lepas tu hidung pulak dah mula ...

Demam sembuh tanpa ubat? Jom cuba petua ni...

Bila demam, memang satu benda pun tak boleh buat. Badan rasa lemah dan letih, dengan tekak yang makin perit, lepas tu hidung pulak dah mula berair. Adoiii, memang berlengkar di katillah jawabnya kan. Jangan ingat badan kita terlalu kebal ye. Sesekali kalah jugak. Betul tak?

Selain dari mengambil paracetamol atau ubat hospital yang lainnya, cikla percaya sesetengah orang kurang gemar untuk mengambil ubat-ubatan jika mereka demam. 

Macam cikla sendiri, kalau demam setakat dedar-dedar tu takdelah cepat-cepat nak makan panadol. Cikla cuba dulu petua orang lama untuk kurangkan ketakselesaan badan cikla terutamanya. 

Tapi, kalau dah tak tahan sangat, barulah cikla ajak encik suami pergi klinik minta ubat demam. Lagipun, cikla ni agak susah nak telan panadol tu sewenang-wenangnya.

Korang semua tentu tau kan yang orang lama ni memang banyak petua yang berguna yang boleh dipraktikkan termasuklah petua untuk mengurangkan demam. 

Tapi korang kena ingat, segala petua ni hanya relevan untuk demam yang tak begitu teruk. Kalau demam teruk dan suhu yang tinggi, better pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Demam sembuh tanpa ubat? Jom cuba petua ni...
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Halia

Kelebihan halia yang mungkin korang tau hanya untuk membuang angin je. Tapi sebenarnya, halia juga dikatakan boleh menghilangkan rasa sejuk semasa demam. Just masukkan beberapa hirisan halia dan limau di dalam air panas, lalu diminum 2 kali sehari. InshaaAllah, ia pasti membantu meredakan demam korang tu. 

Bawang putih

Untuk pengetahuan korang, bawang putih turut dikenali sebagai antibiotik semulajadi yang membantu dari terkena jangkitan kuman, selain dari beberapa ciri antivirus dan antioksidan. Ambil 2 - 3 ulas bawang putih, kemudian bakar bawang putih tersebut sebelum ia dimakan dengan nasi. Rasanya macam mana ye? Rasanya takdelah sedap sangat tapi korang kena percaya yang bawang putih itu mampu menyembuhkan demam dan selsema dengan pantas. 

Madu 

Untuk mengurangkan rasa panas badan tu, cuba korang minum campuran madu dan lemon. Madu dikatakan dapat membantu melawan jangkitan penyakit, selain ia amat sesuai untuk mereka yang mengalami sakit tekak. Apa yang disarankan, minum campuran madu dan lemon ini pada waktu lagi sebaik saja korang bangun dari tidur. 

Air buah/jus 

Semasa demam, adalah penting untuk memastikan badan kita tidak mengalami dehidrasi. So, minumlah air yang cukup tak kiralah air yang kaya dengan elektrolit atau paling senang minum jus buah. Ini kerana, minuman sebegini mengandungi vitamin yang boleh menjadikan badan korang lebih fresh

Kunyit 

Penggunaan kunyit dikatakan mampu  merawat jangkitan virus dan bakteria. Korang tambahkan je kunyit ke dalam masakan korang. Nak campur dalam susu panas. 

Ikan 

Makanlah ikan yang kaya dengan Omega-3 dan asid lemak. Selain itu, ia juga akan mengurangkan keradangan dan menguatkan sistem imun badan kita.

Semoga bermanfaat.

Kredit Ruangan Hati, Harian Metro.

6 comments:

  1. in shaa Allah boleh dicuba ketika memerlukan nanti..

    memang pernah cuba minum madu..

    memang berkesan ketika alami batuk

    ReplyDelete
  2. selalunya demam minum air banyak2 je lepastu tidur sebab badan dehydrate & tak cukup rehat. Tapi kalau dah lebih 3 hari terus jumpa doktor

    ReplyDelete
  3. thanks share petua ni. Blogwalking here done follow

    ReplyDelete