Apakah tanda-tanda awal buah pinggang kita bermasalah?

By Cikla Shahril - April 03, 2018

Semua orang tau, buah pinggang atau ginjal merupakan salah satu organ yang sangat penting dalam badan seseorang. Fungsi buah pinggang amnya adalah untuk menapis kira-kira 120-150 quarts darah setiap hari, selain dari mengekalkan kestabilan darah, mencegah pengumpulan sisa dab cecair dalam badan dan sebagainya. 

Jika seseorang mengalami masalah buah pinggang, dikhuatiri akan menyebabkan komplikasi yang besar. So, adalah sangat penting untuk mengetahui tanda-tanda kerosakan buah pinggang supaya masalah kesihatan ini dalam diatasi sebaiknya. 

Apakah tanda-tanda awal buah pinggang kita bermasalah?

  1. Bengkak (swelling) - Buah pinggang yang bermasalah dan rosak biasanya menyebabkan pembengkakan di dalam badan, terutamanya pada kaki, buku lali, tangan, muka, dan kaki. Ini kerana, badan tak boleh menyingkirkan sisa dan cecair yang terkumpul. So, sebab itulah ia bengkak. 
  2. Keletihan (fatigue) - Bagi mereka yang sihat, buah pinggang akan menghasilkan hormon EPO (erythropoietin), yang mana ia akan membentuk sel darah merah. Sel-sel ini amat penting sebagai medium pengangkutan oksigen ke seluruh badan. So, kalau sel darah merah yang terhasil berkurangan, mereka akan mengalami simptom seperti kerosakan otot, anemia, keletihan, dan kerosakan otak. 
  3. Kulit mengalami kegatalan (rashes). 

Antara tanda-tanda awal lain kerosakan buah pinggang adalah seperti berikut :
  1. Perubahan urin (jumlah air kencing yang dikurangkan).
  2. Perubahan warna air kencing kepada warna pucat, di samping kerap, dan dalam jumlah besar.
  3. Air kencing berbuih.
  4. Perubahan warna air kencing  kepada lebih gelap, tapi kurang kencing dan dalam jumlah yang kecil.
  5. Mengalami masalah membuang air kencing.
  6. Kerap membuang air kecil pada waktu malam. 

Marilah sama-sama kita menjadi buah pinggang kita, kerana sekali ia bermasalah selamanya ia begitu. Lagi memburukkan, ia turut memberi kesan kepada sistem badan yang lain... 

Semoga bermanfaat. 

Kredit  SINI

  • Share:

You Might Also Like

5 Comments

  1. nice sharing. sangat berguna :)

    https://aerillhassan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. so far alhamdulillah okay lagi. nice sharing cikla! :D

    ReplyDelete
  3. kena take note.
    cegah sebelum parah.
    better than nanti nak kena merawat.

    ReplyDelete