'santai tapi sampai'

Kalau sebelum ni kita pernah membaca cerita mengenai seorang budak yang menemui ajal sebab terhempap kerusi yang dibaling dari tingkat atas ...

Zaman dah moden, tapi manusia masih tidak bertamadun!

Kalau sebelum ni kita pernah membaca cerita mengenai seorang budak yang menemui ajal sebab terhempap kerusi yang dibaling dari tingkat atas sebuah pangsapuri, kali ni timbul lagi cerita pasal baling membaling ni. 

Kali ni baling tv pulak. Mak aiii, tv tu. Baling tingkat 13 pulak, kalau kena kepala, bocor. Kejadian berlaku di pangsapuri Ampang Jaya. 

Memang terkejut betul cikla baca berita pasal ni pagi tadi. Hairan pun ada. Macam manalah diaorang sesuka hati je nak buang barang dari tingkat atas.

Korang bayangkanlah, tv 10 kg dibaling dari tingkat 13. Gigih pulak dipembaling tu mengangkat tv berat tu semata-mata nak campak ke bawah. Teruk betullah. 

'Balingan tepat' tu telah menyebabkan sebuah kereta Perodua Myvi rosak. Kesian dekat pemilik kereta, tak pasal-pasal kena keluar duit nak repair kereta dek kerana sikap orang yang tak bertanggungjawab. 

Lagi satu, macam nak naya orang je kan. Tak fikir kot kat bawah tu punya banyak kereta parking. 

Teringat cikla, suatu ketika dulu cikla sekeluarga pun hampir menjadi mangsa 'kejahilan' dan 'ketaktamadunan' golongon suka campak barang ni. 

Masa tu kami berkunjung ke rumah mak andak cikla di pangsapuri area Kepong. Dah la baling botol kaca, memang sipi-sipi nak kena kita orang. Kalau kena, memang koyaklah kepala. Entah tangan ghaib mana tah yang mencampaknnya. Kalau dapat, kerat je. *geram. 

Macam mana kita nak describe 'golongan' sebegini? Buang sampah merata-rata satu hal. Baling objek sampai mencederakan orang lagi satu hal.

Mental problem maybe?

7 comments:

  1. Sikap pentingkan diri sendiri....

    ReplyDelete
  2. Org gila tu cikla, kan gila ada mcm2 gila, tu salah satu dari antaranya.aku pun hairan camna sanggup campak2 camtu, rasa2 if org buat kat dia, nak ke? Semakin manusia merasa diri moden semakin hilang sikap ke tamadunan. Sedih tgk...

    ReplyDelete
  3. Klau malas skali pun nk bwk turun tv tu, blh je upah org tolong bawak turun tv tu

    ReplyDelete
  4. dah kenapa nak baling2 ni? susah bila kita hidup dengan manusia yang tak reti nak berfikiran baik.

    https://aerillhassan.blogspot.my/

    ReplyDelete
  5. Diorg ni gila la.. bukan x bertambah to mmg dah gila aduii

    ReplyDelete
  6. Mentaliti orang2 macam ni memang susah nak diubah.

    ReplyDelete
  7. susah nak ubah kalau masyarakat sekeliling pun tak ada kesedaran sivik

    ReplyDelete