Bagi cikla, walaupun sekarang ni terdapat bermacam-macam menu masakan moden diperkenalkan, tapi menu masakan kampung tetap di hati selamanya. Bukan apa, orang cakap menu kampung ni boleh menggamit kenangan dan nostagia masa kita kecik dulu. Memang tak rugilah belajar masakan kampung ni.
Kali ni cikla nak share dengan korang 8 menu masakan kampung yang pada cikla sungguh sedap dan bikin kita kecur liur walaupun hanya dengan menatap gambarnya. Wah, dashyat sungguh aihhh. Nak tau? Jom baca perkongsian ni sampai habis ye.
Mungkin ada di antara menu yang cikla nak share ni korang pernah tengok, masak dan makan. Hehe. Iyelah, ada di antaranya memang dah familiar dan popular di kenali. Ada juga yang menjadi makanan wajib ada di meja makan lebih-lebih lagi pada musim perayaan atau majlis tertentu.
Tumis betik muda.
Pertama kali cikla makan masakan ni since kawin. Kak ipar yang masak memula. Bukan tak pernah jumpa sebelum ni. Tapi, apa yang cikla tau, orang biasa masak betik muda ni masak 'bening' je. Itu yang agak so excited sikit bila pertama kali orang masak macam ni. Memang sedap! Manis, juicy, dan pedas (itu semestinya). Kalau cikla ratah gitu je, tak sedar habia semangkuk. Haha!
Nak resepi? Senang ke kot. Ambil betik muda atau separuh masak dan di buang kulitnya, kemudian sajat, ehh sagat. Then, tumiskan bawang merah, bawang putih dan sedikit halia yang hiris dengan sedikit minyak. Dah nampak garing, masukkam betik yang telah disagat tadi dan cili besar di hiris (kalau nak guna cili padi pun boleh. Lagi pedas lagi syok!).
Masukkan sedikit air, dan tutup kuali sekejap. Lepas tu, masukkan garam dan perasa (optional sebab cikla masak memang tak guna perasa). Kacau kejap, then bolehlah dihidang!
Kulit lembu masak pedas.
8 menu masakan kampung yang bikin kita kecur liur! - Kulit lembu masak pedas. |
Kalau masakan ni pulak, jujurnya sebelum ni cikla tak pernah tau pun yang kulit lembut tu boleh dimakan. Serius! Bila kahwin dengan orang jawa, barulah tau pasal masakan ni. First time tengok memang agak 'jakun' sikit, dan macam was-was nak makan. Hihi, kulit lembu kot.
Lagi satu, macam tak reti nak makan. Encik suami cakap, apa daa. Apa susahnya nak makan, buka mulut makanlah. Haha, lolsss! Padahal dia tak makan pun.
Nak resepi? Ala, resepi korang cari sendirilah, sebab cikla tak pernah masak masakan berasaskan kulit lembu ni. Gambar kat atas tu kak ipar yang masak. Tapi, apa yang cikla tau nak masak kulit lembut ni agak remeh sikit.
Bukan apa, sebelum nak masak kulit lembu tu, kulit tersebut kena dijemur sampai kering. Lepas tu, perlu di sangan kat atas api sebab nak buang bulu-bulu halus yang ada pada permukaan kulit. Sebab itulah, kulit lembu yang dijual tu yang telah siap dibersihkan agak mahal. Kalau kita beli yang dah siap tu pun, RM3 cononet je. Sekali hadap dah habis, haha.
Masak gulai asam pedas.
8 menu masakan kampung yang bikin kita kecur liur! - Masak gulai asam pedas. |
Masakan ni memang popular. Macam diri cikla sendiri, asam pedas menjadi salah satu makanan kesukaan. Kalau hari-hari masak asam pedas pun tak apa. Wah, macam tu sekali dashyatnya penangan asam pedas ni. Asam pedas ni pulak, ada macam-macam cara orang memasaknya.
Ada orang masak suka letak jintan-jintan, ketumbar dan halba. Kiranya letak rempah ratuslah. Ada sesetengahnya pulak, suka letak daun kesum dengan bunga kantan. Ikut selera masing-masing. Kalau cikla, dua-dua sedap aje, hehe. 'Hantu' asam pedas, confirm tak tolak punyalah.
Masak kari ikan.
8 menu masakan kampung yang bikin kita kecur liur! - Masak kari ikan. |
Haaa, ini lagi satu menu yang menjadi kegemaran ramai orang selain dari kari ayam. Tapi, kari kepala ikan paling best lah. Macam cikla, kalau masak kari tak kira ayam ke ikan suka letak bahan lain aneka warna. Haha, colourful sikit lauknya. Tengok je, terus berselera nak makan. Silap-silap hari bulan, makan berpinggan-pinggan.
Cikla suka tambah tomato, belimbing buluh, bendi dan kentang (biasanya kari ayam lah) ke dalam kuah. Konsep cikla senang je, masak lauk dengan sayur sekali harung. 2 in 1 gitu.
Senang, cepat dan semestinya sedap. Haha. Ni kes malas nak masak banyak-banyaklah ni. Hehe. Ada yang tak tau nak masak kari? Kalau cara cikla senang je.
Bersihkan ikan, kemudian perapkan dengan sedikit garam dan kunyit. Tumiskan bawang merah, bawang putih, dan sedikit halia yang dihiris bersama sedikit halba.
Bila dah kekuningan, masukkan serbuk kari (cikla biasa guna rempah IKAN ADABI), daun kari dan sedikit air. Tumis sekejap sampai naik bau. Selepas itu, masukkan ikan bersama santan, asam keping dan sedikit air. Biarkan seketika sehingga kuah menggelegak dan ikan masak.
Last, masukkan garam dan serbuk perasa. Senang je kan? Tip nak masak ikan adalah kalau ikannys jenis isi lembut, sebaiknya masak kuah dulu. Bila kuah dah masak, baru masuk ikan. Itu pun kejap je. Kalau tak isinya mudah hancur.
Sup ikan.
8 menu masakan kampung yang bikin kita kecur liur! - Sup ikan. |
Bagi cikla, masakan sup paling senang nak masak kot. Betul tak? Dalam gambar tu sup ikan kerapu. Sebenarnya, ini pertama kali cikla masak dan makan ikan kerapu. Emm, sedap ke? Bila tengok dalam gambar macam sedap kan. Hehe.
Macam biasa, cikla memang suka benda yang colourful. Cikla suka tambah tomatom dalam sup selain dari daun sup (benda wajib ni, kalau tak memang tak sedap!)
Nak resepi jugak? Aiseh, oklah cikla share. Tapi, ni resepi sup ni versi cikla tau. Mungkin korang ada cara tersendiri nak masak sup.
Hiriskan sedikit bawang merah dan bawang putih, kemudian tumiskan dengan sedikit minyak. Selepas kekuningan, masukkan sup bunjut atau serbuk sup dan air. Air tu ikut suka korang nak banyak mana. Kalau suka banyak kuah, lebihkanlah. Bila dah menggelegak masukkan ikan dan halia yang diketuk.
Lastly, masukkan tomato, serbuk lada hitam, garam dan serbuk perasa Bila dah masak semua, taburkan daun sup dan bolehlah ditutup apinya. Sedia untuk dihidang. Kalau korang suka pedas, ketukan cili padi. Pergghh, memang terangkatlah. Hehe. Memang senang je kan, selamat mencuba!
Gulai lemak ayam.
8 menu masakan kampung yang bikin kita kecur liur! - Gulai lemak ayam. |
Masakan yang ni pun antara masakan kesukaan cikla. Caranya sama macam masak lemak biasa tu je, cuma bezanya ikan dengan ayam ajelah. Tapi, macam cikla, cikla suka tambah serbuk ketumbar semasa menumis bahan asasnya.
Ayam masak ungkep.
8 menu masakan kampung yang bikin kita kecur liur! - Ayam masak ungkep. |
Menu ni jugak merupakan salah satu masakan orang jawa. Pertama kali makan dan masak. Rasa, sedap juga. Nak masaknya pun tak susah mana. Senamg cakap, resepi ni banyak guna jintan-jintan. Tapi, rasanya kalau guna ayam kampung sedap jugak.
Gulai lemak nangka tulang ayam.
8 menu masakan kampung yang bikin kita kecur liur! - Gulai lemak nangka tulang ayam. |
Kalau masakan yang ni pun sedap jugak. Gabungan nangka muda yang manis dan tulang ayam memang tip top. Kalau cikla, cikla suka ratah je.
Tapi, kalau korang yang ada masalah angin dalam badan eloklah dikurangkan atau dielakkan ye. Tak pasal-pasal pulak memudaratkan korang. Jangan fikir nak sedap tekak je tau. Hihi.
Cara nak masak, kalau cara cikla sama je macam kita masak lemak tu. Cuma nangkanya kena rebus bagi empuk dulu. Bila ayam dan kuah lemak tu dah masak, baru masukkan nangka. Tambah sedikit ketumbar menjadikan kuahnya lagi sedap dan wangi je.
Jangan lupa tumbukan cili padi, bertambah-tambah marvelous. Sedapnya!
Apa menu masakan kampung kegemaran korang ye? Share jom!
tak pernah makan lagi kulit lembu
ReplyDeletememang terliur.. hehehe
ReplyDeleteJemput join segmen ejulz k. :)
http://ejulz.blogspot.my/2018/04/segmen-aminkan-doa-sahabat.html
Dah dekat Ramadhan 2018 nih, macama2 anak2 pesan menu berbuka nanti... this year masih kekalkan menu kampung rasanya sepanjang bulan... thanks share sis ;)
ReplyDeletemakanan kampung byk yg sedap2. part sambal is the best :D
ReplyDeleteTumis betik muda & kulit lembu tu akak x pernah makan lg.Kulit lembu tu, serious eh boleh makan?
ReplyDeleteSlurrrppp!! Semua sedap tu kecuali yg kulit lembu. Mmg tak pernah makan eh
ReplyDeletetentulah masak ungkep.
ReplyDeletekecik2 dulu masa susah, mak selalu masak tumis buah betik muda (sebenarnya yang hampir masak tetapi masih keras) dan masak lemak nangka r pisang kapas muda.