'Santai Tapi Sampai'

Kebanyakan perempuan selepas bersalin pasti tak akan terlepas dari 'memiliki' strechmark di bahagian perut selain di bahagian peha ...

Nyahkan strechmark dengan 5 cara ini.

Kebanyakan perempuan selepas bersalin pasti tak akan terlepas dari 'memiliki' strechmark di bahagian perut selain di bahagian peha dan betis. Mereka yang mempunyai masalah berat badan jugak tak terkecuali walaupun tak semualah. 

Macam diri cikla sendiri, alhamdullilah strechmark takdelah teruk sangat, tapi adalah sikit. Orang tua-tua cakap masa mengandung jangan digaru perut tu sebab ini adalah salah satu puncanya. Betul ke tak, waallahualam.

Tapi korang jangan risau. Selain dari produk yang melambak-lambak di pasaran sana tu dan rawatan di pusat-pusat kecantikan yang dikatakan boleh membantu menghilangkan strechmark ni, korang jugak boleh mempraktikkan cara alami atau tradisional. 

Murah pun murah kan, dan yang paling penting selamat dan bebas dari bahan kimia yang mungkin memudaratkan. 

Nak tau tak? Jom baca sampai kesudah ye.

Nyahkan strech mark dengan 5 cara ini.

Kebaikan lidah buaya dalam bidang kecantikan terutamanya memang tak boleh disangkal lagi. 

So, apa kata korang guna lendir lidah buaya untuk mengatasi masalah korang tu. Lendir lidah buaya bukan saja membantu menghilangkan strechmark, malah ia turut menjadikan kulit korang lebih anjal, lembut dan cerah. 

Caranya, sapukan lendir pada bahagian yang bermasalah dan biarkan kira-kira 15 minit sebelum dicuci dengan air bersih. 

Kandungan minyak zaitun yang kaya dengan antioksidan dikenali sebagai polifenol dikatakan amat bagus untuk meregenerasikan kulit. Ia juga mengandungi zat linoleic acid yang dapat membantu memberi kelembapan kepada kulit. 

Untuk menghilangkan strechmark, korang just campurkan minyak zaitun bersama satu sudu madu dan sapukan pada bahagian yang bermasalah. 

Lakukan secara konsisten setiap hari, InshaAllah kesan strechmark akan beransur pudar dan perlahan-lahan menghilang. 

Kalau sebelum ni korang menggunakan coklat dalam kek korang, apa kata korang try lumurkan coklat pada badan korang terutama kat bahagian yang ada strechmark tu. Ini kerana coklat dikatakan mampu membantu merawat pelbagai masalah kulit. 

Caranya yang sangat senang iaitu, oleskan lulur coklat pada badan korang dua kali seminggu dan biarkan kering sekejap sebelum dicuci bersih dengan air. 

Untuk kesan yang lebih dahsyat, korang gosokkan bahagian yang bermasalah itu dengan air perahan lemon. Korang mesti tak sabar nak tunggu kesannya kan.

Cikla memang pernah dengar tentang skrub kopi yang sangat bagus untuk menghilangkan selulit, sel kulit mati dan semestinya ia jugak membantu menghilangkan kesan strechmark

Sapukan skrub kopi ke seluruh badan korang sebelum dibilas dengan air bersih. Ia akan menjadikan kulit korang lebih anjal, halus sekaligus parut-parut yang buruk itu akan pudar dan seterusnya hilang. Cubalah! 

Sapukan cocoa butter pada bahagian yang bermasalah dua kali sehari kerana ia dikatakan dapat membantu melembutkan dan melembapkan kulit sekaligus mengurangkan masalah strechmark kerana di dalamnya terkandung potasium, mangan dan vitamin E.

Selamat mencuba!

Kredit Ruangan Sekilas Cantik, Majalah Wanita.

2 comments:

  1. thanks ya...

    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #34. maaf, baru sempat nak blogwalking ni.

    blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2018/03/senarai-url-blog-34.html

    pemenang akan diumumkan pada malam ini... gud luck!

    ReplyDelete
  2. lulur coklat tu yang paling menangis sekali nak buat haha

    ReplyDelete