Mungkin sebelum ni kita tau hanya barang tertentu je mempunyai tarikh luput. Tapi, apa yang sebenarnya adalah ada lagi barangan lain yang kita tak sangka pun mempunyai tarikh luput. Jom baca perkongsian menarik yang ditulis oleh Farra Vy.
So, memang tak dinafikan yang mungkin ramai di antara kita tak ambil kisah pun pasal ni, walaupun sebenarnya ia amat penting untuk diambil tahu. Semoga lepas ni kita lebih alert demi kesihatan seisi keluarga.
Antaranya adalah:
Bantal.
Untuk pengetahuan korang, jangka hayat sebiji bantal adalah selama 2 hingga tahun.
Ini kerana, bila bantal tersebut telah mencapai atau melebih tempoh hanyat sepatutnya, ia akan mula menjadi tempat pembiakan bakteria dan kuman. Keadaan ini secara tak langsung akan menjadi punca utama masalah kesihatan kita.
Walaupun semahal mana pun bantal yang dibeli, bila sampai tamat tempohnya, sebaik-baiknya dibuang dan gantilah dengan yang baru.
Selipar.
Mungkin korang tau atau tak tau yang tarikh luput sepasang selipar adalah dalam masa 6 bulan saja.
Walau bagaimanapun, kita semua tau yang selipar adalah habitat paling baik untuk fungus dan kulat membiakkan dirinya.
So, walaupun jangka hayatnya 6 bulan, tapi masa first time selipar itu menjejakkan tapaknya ke tanah, bakteria sudah mula membiak.
Apa yang terbaik, pastikan selipar korang tu dibasuh dengan kerap, dan bila cukup 6 bulan, tukar je dengan yang baru.
Tapi macam cikla, tak dan kot nak tunggu 6 bulan. Pakai tak sampai 6 bulan pun selipar dah putus. Hehe.
Span mandi.
Ada orang suka mandi pakai span, sebab senang nak menyental. Tapi, korang kena tau yang mana tariku luput span mandi hanyalah 2 minggu saja tau.
Bukan apa, kegunaan span itu sendiri 'tugasnya' setiap hari adalah untuk menyental badan, sudah tentulah banyak bakteria yang disisihkan daripada badan melekat ke span tadi.
Apa yang terbaik adalah untuk dengan menukar span mandi korang 2 minggu sekali. Kalau tak nak pun, korang boleh merendamkan span tersebut ke dalam air panas menggelegak untuk memusnahkan bakteria yang mungkin berkampung di situ.
Tuala.
Walaupun hari-hari korang membasuh tuala, tapi masalah bakteria tetap tak boleh diselesaikan. Jangka hayat sehelai tuala adalah antara 1 hingga 3 tahun.
Bila tiba masa untuk menukar tuala kepada yang baru, tukarlah. Apa yang korang kena tau, elakkan dari memakai yang sudah relai benangnya.
Berus gigi.
Untuk pengetahuan korang penggunaan berus gigi adalah dalam tempoh 3 bulan saja. Selepas tempoh itu, korang perlu menukar berus gigi korang dengan yang baru.
Lagi satu, kalau korang mengalami batuk atau selsema selepas korang sembuh korang jangan guna lagi berus gigi korang tu. Tukar ke berus gigi yang lain sebab korang mungkin akan dijangkiti penyakit tu semula. Berus gigi itu telah menjadi tempat pembiakan bakteria.
Selain tu, pastikan berus gigi sentiasa dalam keadaan baik dan jangan gunakan berus gigi yang telah kerinting atau kembang bulunya.
Sikat rambut.
Apa yang terbaik, basuhlah sikat rambut korang tu dengan air panas seminggu sekali dan gantilah dengan yang baru setahun sekali. Jangka hayat sikat adalah 1 tahun saja.
Minyak wangi.
Jangka hayat minyak wangi adalah antara 3 hingga 4 tahun. Biasanya EDP yang mengandungi essential oil hanya mampu bertahan selama 3 tahun dalam bekas kedap udara. Manakala, bagi EDT pulak, ia mampu bertahan sehingga 4 tahun.
Puting botol baby.
Cikla pun baru tau yang tempoh hayat puting botol adalah dalam masa 2 hingga 5 minggu. So, ia wajib ditukar setiap 5 minggu tak kiralah puting tersebut masih dalam keadaan elok atau sebaliknya.
Bra.
Tempoh hanya bra adalah antara 1 hingga 2 tahun. Walau bagaimanapun, bila struktur bara dah tak selesa untuk dipakai seperti bentuk asal, korang kena menukarnya tanpa perlu menunggu tempoh setahun.
Rempah ratus dan tepung.
Rupanya rempah ratus pun ada tempoh hayatnya. Rempah ratus seperti kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga akan mula hilang rasa dan aromanya bila disimpan lebih dari 1 hingga 3 tahun.
Akan tetapi, kalau rempah tersebut telah diproses menjadi serbuk, tempoh luputnya menjadi lebih cepat iaitu selama 6 bulan.
Ohh, patutlah serbuk jintan manis, ketumbar dengan lada hitam yang cikla beli jadi macam keras bila dah disimpan lama. Baru tahu!
Begitu jugak dengan tepung, jangka masa luputnya adalah dalam tempoh 6 hingga 12 bulan. Bila ia sudah melebihi tempoh luput, tepung tersebut akan mula dihadiri parasit dan ulat tepung (kutu).
Penyambung elektrik dan power soket.
Tempoh hayat sebuah penyambung soket adalah antara 1 hingga 2 tahun. Manakala, untuk power soket ia boleh bertahan dalam masa 4 hingga 5 tahun saja.
Walau bagaimanapun, ada di antaranya yang tidak mempunyai tarikh luput, tapi pakar menyarankan agar ia diganti setiap 4 atau 5 tahun sekali bagi mengelakkan masalah litar pintas.
Selain itu, bila power soket mula keras atau sukar ditekan dan berwarna, ia wajib diganti.
Semoga info memberi manfaat untuk anda.
Kredit : SINI
Lazimnya bila sebut tarikh luput...kita lebih fokus pada makanan kan CikLa..
ReplyDeleteNice info cikla.. Tak sangka barang-barang ini ada jangka hayat..
ReplyDeletealaaaa banyaknya tak tahu patutlah orang kata bantal ni punca jerawat rupanya tempat bakteria membiak. Kena shopping bantal la macam ni
ReplyDelete