Advertisement

10 info menarik mengenai pelakon Nadiya Nisaa.

10 INFO MENARIK MENGENAI PELAKON NADIYA NISAA. Nadiya Nisaa, pelakon yang sangat berbakat dan sudah lama berada dalam dunia hiburan. Rasanya tak salah kot cikla katakan pelakon comel ini  adalah pelakon versatile. Berilah apa saja watak pada dia, memang menjadilah. Watak berat, watak air mata even watak komedi pun memang 'makanan' dia ni haa. Cikla minat jugak tengok dia berlakon, tapi lately macam jarang pulak cikla nampak dia berlakon di tv. Atau cikla yang terlepas pandang kot.

10 info menarik mengenai pelakon Nadiya Nisaa.
10 info menarik mengenai pelakon Nadiya Nisaa. 

So, untuk peminat Nadiya Nisaa khasnya, cikla nak share dengan korang 10 info menarik mengenai pelakon kesayangan korang ni... Jom baca!

10 info menarik mengenai pelakon Nadiya Nisaa.

  1. Nama penuh Nadiya Nisaa adalah Nadiyatul Nisaa' merupakan anak kelahiran Gombak, Selangor yang dilahirkan pada 11 Julai 1985. *budak gombak rupanya.. Hehe.. Anak kedua dari 5 beradik. 
  2. Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Penyiaran dari Uitm Shah Alam dan pernah bekerja sebagai pegawai perhubungan awam di sebuah jabatan kerajaan. 
  3. Turut dikenali sebagai Icha di kalangan kawan rapat artist (Cristina Suzanne, Sherry al-Hadad, Nadia Aqilah, Sharifah Amani, Dira Abu Zahar). The Sonias menjadi nama gelaran dalam persahabatan mereka. 
  4. Mendirikan rumah tangga dengan seorang pelukis, Saiful Razman dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Omar yang berusia 7 tahun. 
  5. Sekitar tahun 2004, pelakon ini pernah muncul dalam iklan TV Hotlink Siti Nurhaliza Fantasia Tour. 
  6. Lakonan pertamanya di tv adalah drama Dengan Nama Cinta arahan Osman Ali. Tapi, dia start popular bila membintangi drama Adam dan Hawa pada tahun 2012 bersama aktor Aaron Aziz sebagai pelakon utama. 
  7. Pernah bergelar penyampai radio di stesen radio IM4U selama 3 bulan menggantikan penyampai radio tetap radio itu yang cuti bersalin. 
  8. Pernah memenangi 2 trofi (pelakon pembantu wanita terbaik dan pelakon harapan wanita terbaik) melalui filem yang sama iaitu Cun, arahan Osman Ali di 2 majlis anugerah yang berlainan. 
  9. Pernah dinobatkan sebagai pelakon pembantu wanita terbaik melalui filem Terbaik Dari Langit selain dari pelakon komedi wanita terbaik menerusi filem Gila Baby (Anugerah Lawak Warna 2015).
  10. Pernah berlakon teater menerusi nashkah Asrama-Ra dan Jam Dinding Yang Berdetak.

10 info menarik mengenai pelakon Nadiya Nisaa.
10 info menarik mengenai pelakon Nadiya Nisaa. 

Bila cikla baca info ni, banyak jugak pengikhtirafan yang diterima oleh pelakon ini kan. Baguslah, memang setimpal dengan hasil lakonannya yang tak pernah mengecewakan. Kepada mereka yang minat pada pelakon ni dan nak tau all about her terutamanya perkembangan kerjaya beliau, jom terjah IG beliau di SINI.  All the best to you!

Kredit Ruangan Trivia Selebriti, Sinar Harian.
Kredit gambar carian Google. 

Post a Comment

2 Comments

  1. memang suka sangat tengok dia berlakon nak pulak dalam Adam & Hawa

    ReplyDelete
  2. Suka tengok lakonan dia.. Comel..

    ReplyDelete