13 April 2018

Tips memakan ubat tiroid secara berkesan untuk pesakit hypothyroidism. 

Bila seseorang itu telah didiagnosis menghidap penyakit tiroid tak kiralah hyperthyroidism dan hypothyroidism, mereka perlu mengambil ubat seperti mana yang telah disarankan oleh doktor. 

Macam cikla, selepas cikla menjalani pembedahan total thyroidectomy, cikla dah jadi hypothyroidismSo, cikla kena amik thyroxine setiap hari, selama-lamanya.

Ada jugak orang yang tanya cikla. Makan thyroxine tu tak effect kat buah pinggang ke? Tak memudaratkan ke? 

Sebenarnya, thyroxine tak mendatangkan apa-apa kemudaratan pada kita sebab ia hanya pengganti kepada kelenjar tiroid yang telah dibuang tu. Itu sebab kita boleh ambil thyroxine ni seumur hidup. Takde kesan buruk pun. 

Tapi, kalau orang yang hyperthyroidism pulak, biasanya dia akan ambil carbimazole dan propranolol. 

Setahu cikla, pil-pil tu semua ada dateline untuk mengambilnya, iaitu ia hanya boleh diambil selama 2 tahun je. Kalau selepas 2 tahun pesakit takde perubahan dalam bacaan hormonnya, doktor akan mencadangkan kaedah rawatan lain seperti RAI. 

RAI untuk hyperthyroidism biasanya diberi dalam dose rendah je. Dan kalau ada bengkak, mungkin kaedah pembedahan jugak disyorkan lebih-lebih lagi kalau bengkak tu akan memudaratkan korang dan rawatannya mungkin lebih detail lagi. 

Tips memakan ubat tiroid secara berkesan untuk pesakit hypothyroidism.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 
 
Ambil ubat tiroid semasa perut kosong. Ini kerana, doktor memang menyarankan pesakit tiroid memakan ubat semasa perut kosong kerana ia menjamin penyerapan ubat tersebut secara optimum. 

Ia perlu diambil 30 minit hingga 60 minit sebelum sarapan dan perlu diambil 4 jam sebelum atau selepas ubat-ubatan yang mengganggu penyerapannya (i.e .: besi, kalsium, antacid, dll.).

Macam cikla, cikla ambil thyroxine sebelum solat Subuh, dalam pukul 6 gitu. Lepas tu, dalam pukul 8 lebih baru sarapan. Dah terbiasa, lagipun sambil-sambil nak tunggu sarapan tu leka buat kerja itu ini, uruskan anak pergi sekolah lagi. So, memang tak terasa lamalah nak tunggu nak makan.

Kalau nak ambil minuman berkafein macam kopi ke, cikla minum dalam pukul 10 gitu. Sedang eloklah kan, ngam-ngam 4 jam lepas makan ubat. 

Walau apapun, ikut arahan pengambilan ubat seperti yang ditulis pada bungkusannya. Apa yang penting, jangan mengubah dos ubat tanpa arahan doktor. 

Bukan apa, nanti takut terkurang atau terlebih dosenya. Masalah lain pulak timbul. 

Kredit TIROID DAN ANDA (ORI).

3 comments:

  1. baru tahu kena ambik perut kosong ingatkan sama je semua cara pengambilan

    ReplyDelete
  2. mak aida da operate tiroid.
    bertambah byk ubat mak kena telan.
    Aida perati aje :-(

    ReplyDelete