Cikla rasa hampir semua orang mengalami masalah angin dalam badan. Bukan angin yang keluar kat bawah tu ye, ni angin yang kadang-kadang boleh membuatkan kita angin satu badan.
Macam cikla pulak, since bersalinkan adik Zara badan dan start ada angin. Selalu kentut dan kadang-kadang asyik sedawa je.
Kalau angin tu tak keluar dengan cara yang betul, mulalah perut rasa menggelodak, mencucuk dan macam-macamlah.
Ada sekali tu, sampai cikla tak boleh nak tunduk. Memang sangat sakit kalau kita buat macam tu. Mujurlah, cikla tuam dengan air panas yang dimasukkan di dalam botol, barulah rasa lega sikit. Kalau tak....
Untuk pengetahuan korang, angin ni semua wujud daripada gas di dalam sistem penghadaman ataupun sistem gastro usus (gastroenterologi).
Sistem ni mengandungi gas yang tidak berbau iaitu 99% gas buangan dari usus manakala gas yang tidak menyenangkan pula mungkin disebabkan oleh gas yang mengandungi sulfur.
Gas tak berapa nak best ni dilepaskan oleh bakteria di dalam usus besar, manakala angin yang disebabkan oleh gas atau angin dalam sistem penghadaman badan kita pulak datang daripada dua sumber iaitu udara yang disedut dan bakteria dalam usus besar.
Bakteria ini pulak wujud akibat gangguan daripada makanan yang tidak dihadamkan dengan baik. Kalau korang nak tau lagi, angin terbentuk ni jugak terjadi dari apa yang kita makan.
Akan tetapi, orang mempunyai tindak balas yang berbeza terhadap makanan yang mereka ambil. Ada orang ok makan ni, tapi tidak kita. Kita pulak ok makan tu, tapi orang lain tak pulak. Lain-lain effect.
Walaupun masalah angin ni bukanlah satu masalah yang mendatangkan memudaratkan, tapi ia akan menjadikan kita rasa tak selesa sampai menjejaskan aktiviti harian kita.
Antara makanan dan minuman yang boleh menyebabkan angin dalam badan adalah seperti berikut;
Sayur: yang berair di dalamnya seperti timun, petola, terung. Segala jenis sayur kacang termasuklah kacang panjang, buncis, taugeh, soya.
Buah: Cempedak, nangka, petai, jering.
Minuman: Berkafein seperti kopi, teh, air soda.
Makanan yang diproses berkali-kali sebelum di makan seperti bihun goreng, mee goreng, kuey tiau goreng, laksa.
Makanan bersantan: kebanyakan menyerang orang sakit gastrik seperti nasi lemak, nasi dagang, pulut dikukus dengan santan.
Makanan yang kaya dengan gula raffinose, fruktos, laktos dan sorbitol juga turut menyumbang kepada pembentukan angin. Raffinose terdapat pada makanan seperti kacang yang mengandungi banyak gula kompleks, manakala bunga kubis (cauliflower), kubis brussel (brussels sprouts), asparagus, brokoli dan kubis.
Laktosa: sejenis gula semulajadi (disakarida) yang terdapat dalam produk tenusu dan makanan yang mengandungi susu seperti keju dan aiskrim.
Fruktosa: sejenis ‘gula buah’ terdapat pada bawang, buah pir dan gandum. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis (sweetener) dalam minuman ringan dan jus buah-buahan.
Sorbitol: di dapati secara semulajadi daripada buah-buahan termasuk epal, pear, pic dan prun. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis dalam makanan untuk diet, gula-gula dan gula getah.
Kanji kebanyakannya didapati pada kentang, jagung, gandum di mana makanan ini dihancurkan di dalam usus besar. Akan tetapi, beras merupakan satu-satunya makanan berkanji yang tidak menghasilkan angin.
Serat (soluble-fiber): mudah larut dalam air kemudian bertukar menjadi tekstur menyerupai gel di dalam usus. Ia jugak boleh di jumpai dalam kacang, oat, bran, kacang panggang dan kebanyakan buah-buahan. Serat larut ini tidak dihancurkan sehinggalah ia sampai ke usus besar di mana proses penghadaman bermula dan angin dikeluarkan. Manakala, seserat tidak larut (insoluble-fiber) melalui usus tanpa sebarang perubahan dan tidak banyak menghasilkan angin. So, orang yang banyak angin dalam badan digalakkan mengambil lebih banyak serat dari jenis ini.
Ais (air batu) atau makanan sejuk yang disimpan dalam peti ais termasuklah buah tembikai.
Air gas atau minuman berkarbonat seperti air soda. Makanan pun ada yang bergas seperti ubi atau durian.
Ubat-ubatan tertentu yang mengandungi kokain.
Semoga bermanfaat.
Sumber Utusan.
Byk mkanam yg berangin..tq info..tp klu ena paling ketara xbole minum air teh o..mesti perut sebu mual n muntah..byk btol anginnya..minum kopi o ok plak..hehe..
ReplyDeleteTq for info ni cikla.. badan mama ni Pula tgh sakit2 Ada angin la ni
ReplyDeleteTerima ksh byak perkongsian yg baik
ReplyDeleteTerima kasih perkongsian yg baik
ReplyDeleteMang betul, sy pn dh x boleh nk mkn bendax yg cmtu. Nkx petai tu, tp mang favourite. Klo teringin sgt mkn, get ready la. Mang angin satu bdn.. Bisax pastu myesal lak mkn.
ReplyDeleteTembikai x blh mkn ka....alamak patut lah x lega gastrik
ReplyDeleteSusahnya nak kena jaga makan sejak kena gastrik angin teruk,sampai masuk wad. Dah la saya hantu buah. tiap2 kali ada pasar malam saya borong banyak buah.
ReplyDeletelagi satu saya suka minum air krim sodaðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
sy pon btl" bnyk angin dlm badan.tq info y.
ReplyDeletesmoa kita sllu di beri kesihatan yg baik oleh Alloh SWT
Abistu..menda je yg blh dimakan..bnyk mnda tkleh mkn nie..huwaaaaa..tk tahn angin nie..
ReplyDeleteAduiii...
ReplyDeleteTengok senarai tu macam dah xde benda yg boleh dimakan...camana ni...nangislah
haha abes ape aje boleh dimakan?> sebenarnya Islam suruh mkn yg halal..makanan di atas boleh dimkn oleh org yg normal tapi...tapi islam suruh kita sederhana, jgn berlebihan..yg berlebihan tulaa menyebabkan sakit dtg,angin dlm badan...pastikan dah mkn di atas, senaman kene buatlaa..kalau jenis mkn tido, tngk tv..so jgn salahkan makanan tersebut...sy bg contoh, org yg bersukan, minum 100plus yg banyak gula tu..tp dia tak kene kencing manis..kenapa? sebab dia gunakan di situasi yg betul..iaitu bersukan dan tak nak terhidrat, maka 100 plus membantu...tapi time tak sukan, jgn la mnum 100plus tu pulak..gula jd lemak nnti..hehe
ReplyDeleteMaklumat yang sangat berguna.
ReplyDeleteSaya seorang blogger baru, saya ingin memberikan maklumat pada waktu wabak seperti ini kita diharapkan dapat bekerja dari rumah.
Berdasarkan pengalaman baru-baru ini, saya menggunakan aplikasi Zoom untuk terus berhubung dengan rakan, saudara, keluarga dan pensyarah.
Anda boleh memuat download zoom free di laman web ini https://www.downloadzoomfree.com/
air teh sy x blh minum..kalau minum sakit dada..sakit belakang
ReplyDeleteSedangkan dulu air teh tu yang saya minum hari2, tapi sekarang kena jaga2.
Deleteslm
ReplyDeleteTerima kasih atas info. Saya dalam 2 tahun (bermula dari PKP) banyak barang yang dah tak dapat nak makan/minum. Kalau salah makan/minum, mula lah angin dlm perut hingga menyesak ke dada.
ReplyDeleteBanyak betul makanan yang boleh buat kita angin.. Terima kasih atas perkongsian :)
ReplyDelete