Siapa yang tak suka melancong kan lebih-lebih lagi kalau melancong keluar negara bersama orang yang tersayang. Lepas tu, semua perbelanjaan dan kos ditanggung pulak tu. Lagilah berbunga-bunga hati. Hehe. Berbunga berbunga jugak, tapi ada beberapa hal yang korang kena pastikan supaya masa korang kat sana takde masalah yang timbul. Kita melancong, nak happy happy kan. Betul tak?
So, untuk pengetahuan korang ada beberapa kesilapan yang sepatutnya korang kena elakkan. Nak tau? Jom baca apa yang cikla nak share ni. Antara kesilapan itu adalah seperti berikut;
Menukar duit last minute.
Bila dah sampai sana, baru tergesa-gesa nak tukar. Bukannya nak tukar awal-awal. Bukan apa, kalau korang tukar kat sini (Malaysia) sebelum bertolak, korang boleh je cari pengurup wang yang memang banyak di sini. Tapi, kalau dah sampai sana korang baru sibuk nak tukar. Lepas tu tercari-cari lagi tempat nak tukar duit, nanti tak pasal-pasal kena tipu pulak. Lagilah haru dibuatnya.
Terlupa membawa ubat-ubatan.
Sebenarnya, membawa ubat-ubatan semasa bercuti adalah sangat penting. Manalah tau time kat sana korang tetiba demam, at least ada korang boleh makan kan. Kalau tak, terpaksa pulak pergi ke klinik kat tempat korang pergi tu. Haa, masa habis kat situ je. Dah rugi masa kan. Ini penting sebab orang cakap keperluan waktu kecemasan.
Tak buat checklist.
Sebenarnya, checklist penting sangat walaupun kita dengar mcm leceh je kan. Betul tak? Sediakan senarai yang memudahkan korang check barang-barang yang perlu dibawa di sampai tempat korang nak pergi nanti semasa di sana. So, kita boleh tengok mana yang penting supaya perjalanan kita nanti takde masalah.
Beg overload.
Ada orang nak pergi bercuti, begnya.. MasyaAllah, macam orang nak pergi bercuti setahun. Nak-nak pulak first holiday. Rasa terujanya tu lain macam. Haha. Bukan main banyak beg. Kalau boleh kosong almari tu, sebab semua baju nak dibawaknya. So, elakkan membawa pakaian berlebihan sebab kat sana nanti korang mesti borong baju semua kan. Betul tak? Nanti bila nak balik, beg dah overload tak pasal-pasal kena kos kompaun. Korang bawaklaj pakaian yang senang nak cuci dan pakaian yang kita boleh pakai berulang kali seperti jeans dan jacket.
Tak bawak makanan ringan.
Makanan ringan jugak penting sebenarnya lebih-lebih lagi kalau korang bercuti di tempat nak susah nak cari makanan halal. So, kalau ada biskut ke, sekurang-kurangnya boleh jugak korang buat lapik perut kan. Selain tu, korang boleh jugak bawak makanan yang tahan lama seperti serunding, instant mee, makanan dalam tin dan sebagainya.
Selamat bercuti.
Sumber Ruangan Horizon, Akhbar Kosmo.
Sekali je saya pernah melancong ke luar negara.. antara kesilapa ialah tak bawa makanan ringan..
ReplyDeleteDah penat berjalan, tak sempat pula nak beli makanan.. berlapar je la :D
salam ziarah sis...tq atas perkongsian tu.. cam mknn plak, ade sesetengah negara x blh bawak masuk..kene google ape mknn yg dilarang kat sesebuah negara.. kalo tak, x pasal2 kene buang gitu jer kat kaunter pemeriksaan sana.. huhu
ReplyDelete