Apakah 10 tanda kita mengidap penyakit Diabetes Melitus?

Cikla percaya, saban tahun penambahan bilangan pesakit diabetes semakin meningkat. Mengapakah ia berlaku agaknya? Adakah disebabkan oleh diet harian yang buruk, atau kemalasan kita untuk bersenam. 

Allahu, sebenarnya penyakit diabetes ni sama je bahayanya dengan penyakit kronik yang lain kalau tak mendapat rawatan sepatutnya. 

Bagi cikla, kawalan terhadap corak pemakanan dan gaya hidup yang sihat perlu diambil kira jugak. Antara penyakit diabetes yang biasanya terjadi adalah Diabetes Melitus.

Apakah 10 tanda kita mengidap penyakit Diabetes Melitus?

Sebenarnya, untuk mengesan dan mengenal pasti apakah tanda kita mengidap penyakit Diabetes Melitus ni tak susah pun. So, cikla nak share 10 tanda adakah kita mengidap penyakit ini. Nak tau?  Jom baca sampai habis.

Untuk pengetahuan korang, diabetes melitus atau lebih dikenali sebagai kencing manis adalah keadaan atau sindrom di mana meningkatnya kandungan gula di dalam darah. 

Keadaan ini boleh menyebabkan komplikasi yang melibatkan hampir ke semua organ dalam badan kita. Antara 10 tanda itu adalah seperti berikut;

Apakah 10 tanda kita mengidap penyakit Diabetes Melitus?
Apakah 10 tanda kita mengidap penyakit Diabetes Melitus? Sumber Google. 

  1. Kerap kencing terutama pada waktu malam. 
  2. Cepat merasa lapar dan haus. 
  3. Nafsu makan meningkat, asyik nak makan je tapi berat badan turun. Pelik kan? 
  4. Cepat merasa letih dan selalu mengantuk.
  5. Mudah timbul bisul atau luka yang lambat nak baik. 
  6. Mengalami gatal-gatal terutama di bahagian alat sulit. 
  7. Selalu merasa kebas-kebas. 
  8. Nafsu seks menurun bagi yang sudah berumah tangga. 
  9. Penglihatan kabur atau mengalami rabun mata. 
  10. Bagi ibu yang mengandung, akan melahirkan bayi beratnya lebih dari 4 kg. Allahu, besarnya kan.

Apa yang penting, kita kena alert dengan keadaan diri kita sendiri sebab hanya kita yang dapat merasai kalau ada apa-apa perubahan pada diri. Kalau ada apa-apa yang tak kena, cepat-cepatlah mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Semoga bermanfaat.

4 comments:

  1. bw sini

    takutnya .. kata orang klu dah ada diabetes, ada juga penyakit 3 serangkai, diabetes, darah tinggi n jantung.. ye ke..

    ReplyDelete
  2. thanks sharing cikla..
    recently mrs pip selalu cepat dahaga, cepat letih dan pandangan kabur...
    nak buat pemeriksaan lah nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umur dh semakin meningkat better p check kesihatan kan. Kalau ada apa2 masalah cepatlah dpt rawatan...

      Delete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews