'Santai Tapi Sampai'

29 October 2017

Kenapa susah nak kurus? Nak tau, jom baca ni.

Ada orang bertahun-tahun diet itu ini, gigih nak turunkan berat badan. Tapi, malangnya berat tak turun pun tapi makin naik pulak. Aisehhh, tambah pening kepalalah dibuatnya. 

Sebenarnya, ada sebab kenapa ini berlaku. Semuanya berkaitan dengan metabolisme. Apa benda pulak metabolisme tu ye?

Untuk pengetahuan korang, metabolisme ialah keadaan atau kadar penghasilan tenaga yang berlaku dalam badan kita. Kadar ini dikawal oleh gandingan paling hot iaitu enzim dan hormon. 

Metabolisme bukan saja berfungsi menukarkan makanan menjadi tenaga bahkan ia turut memberi kesan keupayaannya membakar tenaga tersebut. 

Badan kita akan mendapat tenaga daripada kalori yang kita makan, manakala tahap metabolisme pulak berfungsi dalam pembakaran kalori samada cepat atau lambat kalori tu dibakar.

Kenapa susah nak kurus? Nak tau, jom baca ni.

Tapi, apa pulak kaitan metabolisme dengan 'kesukaran'  kita menurunkan berat badan? Betul ke metabolisme rendah punca kita nak kuruskan badan? Adoi, banyaknya persoalan yang berlegar-legar di benakku. Hihi.

Orang yang mempunyai metabolisme tinggi akan membakar tenaga dengan lebih cepat. Ini akan menyebabkan berat badan mudah untuk turun dan begitulah sebaliknya. 

Malah, keadaan metabolisme rendah akan mengakibatkan lemak terkumpul. Tapi korang kena ingat, setiap orang kadar kalori yang terbakar adalah tak sama. Kita tak boleh nak beza bandingkan diri kita dengan orang lain. Totally different.

Apa pulak yang mempengaruhi kadar metabolisme? Kalau korang nak tau, memang ada banyak sebab yang mempengaruhi metabolisme, iaitu;

  1. Sebenarnya, faktor usia jugak turut  mempengaruhi kadar metabolisme, sebab secara puratanya metabolisme akan menurun sebanyak 5% setiap 10 tahun, dan selepas berusia 40 tahun.
  2. Faktor jantina sebab kaum lelaki akan membakar lebih kalori berbanding dengan perempuan terutama pada waktu rehat. 
  3. Faktor nisbah jisim otot tanpa lemak, sebab lebih banyak jisim otot, lebih tinggi kadar metabolisme badan kita.
  4. Faktor keturunan dan masalah kelenjar tiroid jugak turut mempengaruhi kadar metabolisme.

Ada simptom ke kalau seseorang itu mengalami kadar metabolisme yang rendah dan macam mana nak atasinya?

Mestilah ada kan. Antara simptom atau tanda seseorang itu mengalami kadar metabolisme yang rendah adalah seperti berikut;

  1. Berat badan cepat naik. 
  2. Mengalami perubahan otot iaitu otot menjadi lemah, kaku dan sakit.
  3. Sentiasa merasa penat dan lesu. 
  4. Muka selalu pucat, rambut gugur dan rapuh serta sembap muka. 
  5. Kalau seseorang itu mengidap penyakit hipotiroidisme, so kadar metabolisme jugak turut terganggu dan mereka biasanya selalu mengalami menstruasi yg banyak.

Tapi, korang yang mempunyai kadar metabolisme yang rendah jangan risau. Ada cara macam mana nak mengatasinya, iaitu;

  1. Banyakkan minum air kosong sebab air kosong tak mengandungi kalori dan ia akan dapat membantu badan kita cepat membakar kalori. 
  2. Mengambil makanan dalam kuantiti yang sikit tapi kerap. Kalau korang nak tau, bila korang decide untuk tak makan sarapan, makan tengah hari dan makan malam ini bermakna korang 'memaksa' badan korang berada dalam keadaan 'survival mode'. Keadaan ini adalah keadaan di mana kadar metabolisme akan jadi slow untuk 'memelihara tenaga'. Metabolisme yang berlaku perlahan akan menyebabkan badan kita membakar kalori lebih perlahan. So, sebaiknya jangan elak untuk mengambil 3 hidangan utama setiap hari sebab ia akan mempengaruhi kadar metabolisme menjadi lebih tinggi sekaligus lebih banyak tenaga atau kalori akan terbakar. 
  3. Pada yang suka makan pedas dan berempah, korang boleh teruskan kesukaan korang tu. Ini kerana, ada kajian mengatakan kalau kita mengambil makanan berempah dan pedas ia boleh membantu kadar metabolisme kita menjadi lebih tinggi. Kehadiran capsaicin di dalamnya yang mana ia merupakan komponen bioaktif yang mana menjadikan cili berasa panas dan pedas. Selain itu, ia turut meningkatkan selera korang.
  4. Dalam apa jugak diet, senaman memang sangat penting sebab semasa bersenam, badan kita akan membakar kalori secara natural, macam tu jugak  semasa ia sedang rehat. Tapi, kalau korang nak tau senaman angkat berat akan membakar lebih banyak kalori kalau nak dibandingkan dengan senaman kardiovaskular seperti berlari. 
  5. Memperbanyakkan mengambil protein sebab otot akan membakar kalori dengan lebih cepat daripada lemak. So, itu akan mengekal ataupun membina jisim otot. Kesannya, metabolisme akan meningkat dalam kadar tetap.
  6. Ambil makanan dan minuman yang tinggi kalsium seperti susu dan ia akan menyebabkan badan kita  memetabolismekan lemak dengan lebih efisen. So, minumlah segelas susu sehari dan ia dapat membantu badan membakar kalori lebih kurang pantas.

So, sekarang dah tau kan kenapa selama ni kita gigih segigihnya nak turunkan berat badan tapi takde hasil pun. Lepas ni dah boleh dah kot korang atasi masalah ni.

Semoga bermanfaat.


2 comments:

  1. lepas ni nak tambah susu dalam diet. mrs pip dalam setahn dua ni mmg kurang minum susu.

    ReplyDelete
  2. Sangat bermanfaat.Terima kasih CikLa perkongsian :)

    ReplyDelete