'Santai Tapi Sampai'

30 October 2017

Kerana dendam... Drama TITIAN KASIH slot akasia TV3 - episod akhir hari ni.

Cikla rasa peminat slot akasia mesti tau pasal drama TITIAN KASIH ni kan, lebih-lebih lagi peminat hero pujaan Malaysia tu, siapa lagu kalau bukan si Zul Arifin (watak Umayr Haris). Heroinnya pulak, pelakon Farah Nabilah (watak Aisy) ni first time cikla tengok dia berlakon dekat Astro Prima cerita Papa Ricky tu.

Tapi, gandingan diaorang ni kiranya menjadi jugaklah sebab cikla tengok keserasian diaorang melakonkan watak suami isteri dalam drama adaptasi novel yang popular ni. 

Cikla memang follow cerita ni dari episod 1 lagi, bukan sebab ada Zul Arifin tapi sebab cikla rasa jalan ceritanya macam menarik. Bagi cikla cerita ni macam menuntut kita untuk tak miss mengikuti apa kesudahannya sampai habis. 

Senang cakap, lepas tengok episod ni tak sabar nak tengok episod seterusnya. Dan lagi, dan lagi, dan lagi sampailah selesai cerita. 

Drama TITIAN KASIH slot akasia TV3
Drama TITIAN KASIH slot akasia TV3.
Credit pic

Pelakon yang melakonkan watak antagonis jugak tak kurang hebatnya. Watak Ryan dibawa oleh pelakon yang semakin meningkat nama, Daler Yusuf pun memang menjadi sungguh. Memang nampak sangat jahat dan liciknya dia dalam drama tu. 

Macam tu jugak dengan watak Sofea yang dilakonkan oleh Tisha Shamsir pun sama. Geram je cikla tengok. Dengki sokmo. Ada je idea jahatnya nak kenakan si Aisy. Macam tu jugak dengan watak Danial lakonan Shah Jaszle. Ini antara watak-watak utama dalam drama ni.

Kerana dendam Ryan kepada keluarga Haris.

Korang mesti dah dapat agak kan apa kaitan mereka-mereka ini kan? Sebenarnya, since dari 2 episod last hari tu cikla macam dah dapat agak apakah kaitan Ryan dengan Haris dan keluarganya. 

Rupanya si Ryan tu adalah anak kepada Tan Sri Hakim lakonan Arash Mohd dengan Melissa, isteri pertama dia. 

Tapi, masa dulu-dulu, muda remaja gitu, emak Tan Sri Hakim (Hajah Mariah lakonan Dian P. Ramlee) tu tak suka si Melissa tu so dia suruh anaknya itu tinggalkan wanita itu. 

Rupa-rupanya, Melissa tu mengandung tapi Tan Sri Hakim tak tau, dan hal ini turut diketahui oleh isteri Tan Sri Hakim, Puan Sri Nora (emak Haris) lakonan Marisa Yasmin. Akibat dari peristiwa itu, Melissa menghilangkan diri. 

Dan anak Melissa itu adalah Ryan. Selepas ibunya meninggal dunia, Ryan telah diambil oleh Mr. Smith sebagai anak angkatnya. 

So, sebab itulah kedatangan Ryan adalah untuk membalas dendam kepada keluarga Haris. Semua yang berlaku adalah dirancang oleh dia. Si sofea cuma jadi boneka suruhan dia je. 

Begitu agakan cikla. So, kalau nak tau betul ke tak 'agakan' ku ini, jangan lupa tengok drama ni episod akhir petang ni.

Mesti happy ending kan.

*nak baca sinopsis drama ni klik SINI.

5 comments:

  1. Singgah sini cik la, ramai yg follow cerita ni,, tapi kita x follow ni x berapa nak tahu cerita hii..

    ReplyDelete
  2. ramai duk demam cerita ni. lelatak pernah tgk lagi ni

    ReplyDelete
  3. PC tengok sekali dua je CikLa...

    ReplyDelete
  4. tak tengok pun cerita ni sebab baca sinopsis macam sama je dengan drama lain

    ReplyDelete
  5. Pleаse let me know if you'rе looking for a article auth᧐r foг your
    site. You have some really great articles and I think I ᴡould be a good asset.
    If you eνeг want to taкe some of the load off, I'd really like
    to write some articles for your blog in exchange for a link
    back to mine. Plеase shoot me an email іf intereѕted.
    Thank you!
    you can try here : How To Password Protect Folder In Three Easy Steps

    ReplyDelete